KitKat® Bawa Debaran Formula 1® Ke Malaysia, Peminat Berpeluang Ke Singapore Grand Prix 2026
Menerusi kerjasama ini, peminat di Malaysia berpeluang memenangi perjalanan lengkap ke Formula 1 Singapore Grand Prix 2026 serta lebih 1,000 hadiah menanti.
- KitKat® dan Formula 1® bekerjasama sempena ulang tahun ke-90 dan ke-75 masing-masing, menyatukan peminat menerusi pengalaman interaktif.
- Peminat Malaysia berpeluang memenangi percutian ke Singapore Grand Prix 2026 dengan pembelian KitKat® minimum RM10.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Malaysia kini secara rasmi menyertai sambutan KitKat® Formula 1®.
Kerjasama ini diadakan sempena ulang tahun ke-90 KitKat® dan ulang tahun ke-75 Formula 1®, untuk menyatukan peminat kedua-dua jenama menerusi aktiviti dan pengalaman interaktif di Grand Prix sepanjang tahun 2026.
Di bawa oleh Nestlé Malaysia, peminat dapat menikmati coklat edisi terhad serta berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik.
Kerjasama Berasaskan Falsafah ‘Pit Stop’ Yang Sama

Selama lebih 60 tahun, slogan ikonik ‘Have a Break, Have a KitKat®’ mengajak orang ramai berhenti sejenak, menyegarkan minda dan memulihkan tenaga semula.
Dalam dunia Formula 1® pula, pada kelajuan 200 km/j, pit stop‘ merupakan waktu paling penting kerana setiap saat dimanfaatkan sebelum kembali semula ke litar.
Menerusi kerjasama ini, KitKat® membawa semangat tersebut kepada rakyat Malaysia, sekali gus mengingatkan mereka tentang pentingnya untuk ada pit stop sendiri di tengah kesibukan harian.
Perkongsian falsafah inilah yang menjadi tunjang kerjasama antara KitKat® dan Formula 1®, dengan pelbagai aktiviti dan pengalaman interaktif di Grand Prix terpilih sepanjang 2026.
Kini, Nestlé Malaysia berbangga membawa keterujaan acara ini kepada para peminat tempatan.
Kempen Di Malaysia Menampilkan Siri Jelajah Dan Coklat Edisi Terhad

Di Malaysia, kempen KitKat® Formula 1® menampilkan siri jelajah imersif serta rangkaian coklat KitKat® F1® edisi terhad.
Ia turut membuka peluang kepada peminat untuk memenangi percutian ke Formula 1 Singapore Airlines Singapore Grand Prix 2026, salah satu acara perlumbaan paling dinanti-nantikan di Asia.
Inisiatif berskala nasional ini bertujuan untuk membawa debaran sukan pemotoran kepada rakyat Malaysia.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Juan Aranols, Formula 1® telah berkembang menjadi salah satu fenomena budaya paling berpengaruh yang berjaya menarik minat generasi baharu peminat di Malaysia dan rantau ini.
“Kerjasama ini dibawa ke Malaysia sebagai lanjutan kepada misi KitKat® untuk mengingatkan orang ramai agar berhenti sejenak, menyegarkan diri dan menikmati setiap detik.”
“Kami mahu setiap rakyat Malaysia, tidak kira peminat setia Formula 1® mahupun yang baru mengenali sukan ini, dapat merasai keseronokannya sambil menikmati waktu rehat yang bermakna,” katanya.
Peminat Boleh Menguji Kemahiran Melalui Simulasi Perlumbaan

Bagi meraikan pelancaran ini, KitKat® membawa pengalaman Formula 1® lebih dekat kepada peminat menerusi siri jelajah di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang.
Pengunjung berpeluang menguji kemahiran menerusi simulasi perlumbaan dan merasai sendiri debaran adrenalin seolah-olah berada di litar Formula 1®.
Beli KitKat® RM10 Untuk Peluang Menang Lebih 1,000 Hadiah
Setiap pembelian produk KitKat® yang mengambil bahagian ini dengan nilai minimum RM10 melayakkan pembeli menyertai peraduan.
Pembeli hanya perlu memuat naik resit menerusi laman web peraduan atau WhatsApp untuk berpeluang memenangi lebih 1,000 hadiah sepanjang tempoh 12 minggu, termasuk barang edisi kerjasama KitKat® F1®.
Pemenang hadiah utama bakal menikmati pengalaman lengkap Formula 1 Singapore Airlines Singapore Grand Prix 2026 untuk dua orang, termasuk peluang menyaksikan aksi di Litar Marina Bay serta penginapan hotel lima bintang di tengah Singapura.
Manakala, lima pemenang hadiah pertama bakal memenangi sepasang tiket Pit Grandstand selama 3 hari untuk dinikmati sepanjang hujung minggu perlumbaan.
Produk Edisi Terhad Kini Di Pasaran

Koleksi produk KitKat® Formula 1® edisi terhad kini boleh didapati di seluruh negara di pasar raya besar, pasar raya dan kedai serbaneka.
Ia juga boleh dibeli secara dalam talian menerusi Kedai Rasmi KitKat di Shopee dan Lazada, sementara stok masih ada.
Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan, produk yang mengambil bahagian serta terma dan syarat penuh, orang ramai boleh melayari laman rasmi peraduan.
Ikuti juga KitKat Malaysia di Facebook dan Instagram untuk perkembangan serta aktiviti terkini.
Baca Artikel Berkaitan: Boleh Tengok Kereta F1 & MotoGP Di Galeri PETRONAS, Masuk Percuma Je! | TRP
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lewis Hamilton Lawat Sekolah Di Lembah Keramat, Ramai Netizen Teruja! | TRP
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.