Now Reading
M K Land Perkukuh Pembangunan Rumah Mampu Milik Di Ipoh Menerusi Projek Lily

M K Land Perkukuh Pembangunan Rumah Mampu Milik Di Ipoh Menerusi Projek Lily

Menurut M K Land, fasa pertama yang melibatkan 54 unit dan dilancarkan pada Januari 2026 menerima sambutan yang memberangsangkan daripada pembeli.

In Brief
  • M K Land membangunkan projek Lily di Ipoh, menawarkan 134 unit rumah teres dua tingkat bermula RM250,000 untuk pelbagai lapisan masyarakat.
  • Pembeli boleh memanfaatkan skim pembiayaan sehingga 100% menerusi Rumah Perakku 3 dan Skim Jaminan Kredit Perumahan untuk memiliki rumah sendiri.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


M K Land Holdings Berhad (M K Land) terus memperkukuhkan kehadirannya di koridor utara menerusi pembangunan projek perumahan mampu milik terbaharu, Lily di Raia Perdana, Ipoh.

Projek rumah teres dua tingkat itu direka bagi memenuhi keperluan pelbagai lapisan masyarakat termasuk pembeli rumah pertama, keluarga muda dan golongan profesional yang mencari kediaman selesa dalam persekitaran yang semakin pesat membangun.

Dibangunkan di atas tanah berkeluasan 20 kaki x 60 kaki, setiap unit Lily menawarkan keluasan binaan sekitar 1,150 kaki persegi dengan empat bilik tidur dan tiga bilik air. Lebih menarik, kediaman ini ditawarkan pada harga bermula RM250,000.

Pembeli juga boleh memanfaatkan skim Rumah Perakku 3 dan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) yang menawarkan pembiayaan sehingga 100%, sekali gus membantu lebih ramai rakyat memiliki rumah sendiri.

Menurut M K Land, fasa pertama yang melibatkan 54 unit dan dilancarkan pada Januari 2026 menerima sambutan yang memberangsangkan daripada pembeli.

Susulan permintaan yang tinggi, syarikat itu merancang melancarkan fasa kedua yang menawarkan tambahan 80 unit, menjadikan keseluruhan pembangunan Lily sebanyak 134 unit.

Ketua Hartanah Wilayah Utara M K Land, Norida Abu Kassim berkata sambutan positif tersebut mencerminkan keyakinan pembeli terhadap rekod prestasi syarikat dalam membangunkan projek kediaman berkualiti di Ipoh sejak lebih 25 tahun lalu.

Beliau berkata M K Land komited menyediakan pembangunan yang bukan sahaja memenuhi keperluan perumahan semasa, malah memberi nilai jangka panjang kepada komuniti setempat.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd