Kuih Nyonya, Laksa & Kebaya Nyonya Mewarnai Nyonya Fest Di Sunway Velocity
Berlangsung dari 19 Mei hingga 2 Jun 2026, festival ini memberi peluang kepada pengunjung menikmati keunikan budaya Baba Nyonya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Budaya Baba Nyonya cukup dikenali dengan gabungan pengaruh Melayu dan Cina jelas terlihat melalui pakaian, seni hiasan, seni pertukangan serta paling terkenal ialah makanan.
Keunikan campuran budaya tempatan ini dapat dilihat di Nyonya Fest, Sunway Velocity sempena kempen Visit Malaysia 2026.
Nyonya Fest kini berlangsung dari 19 Mei hingga 2 Jun 2026 di Vanity Atrium, Ground Floor. Festival ini mengajak para pengunjung menyelami keindahan budaya Peranakan melalui dekorasi, jualan kraf tangan, produk, makanan tradisional, persembahan budaya dan aktiviti interaktif.
Dekorasi Peranakan Baba Nyonya Mewarnai Sunway Velocity
Sepanjang festival ini berlangsung, ruang acara dihias dengan elemen yang diinspirasikan daripada kediaman dan rumah kedai Peranakan.
Pengunjung akan disambut dengan jubin Baba Nyonya berwarna-warni yang menampilkan motif floral dan geometri, selain perabot kayu berinspirasikan vintaj, sentuhan rotan, fabrik bersulam serta elemen dekorasi yang pasti dapat bangkitkan nostalgia lama.
Gabungan ini bukan sahaja menghidupkan suasana tetapi turut menyediakan latar bergambar menarik untuk para pengunjung.
Fesyen, Kraft Tangan, Makanan Warisan Dan Bermacam-Macam Lagi

Nyonya Fest turut menghimpunkan barisan penjual yang menawarkan pelbagai produk berinspirasikan budaya Baba Nyonya.
Antaranya termasuk fesyen kebaya tradisional, aksesori manik, motif batik berwarna-warni, dekorasi buatan tangan dan barangan warisan dengan sentuhan kontemporari.
Selain itu, para pengunjung juga boleh mencuba kebaya Nyonya melalui sewaan daripada D Sunshine Studio, manakala Sophiesticated Collection pula menampilkan pelbagai pilihan fesyen Peranakan.
Untuk aksesori pula, Shamrada Craft & Shimmer G menawarkan pilihan perhiasan moden untuk melengkapkan gaya fesyen terkini.
Pencinta makanan pula boleh menikmati cita rasa tradisional daripada Original Nyonya dan My Moments Presents Heristaste, termasuk kuih Nyonya, kacang tumbuk serta snek warisan yang diinspirasikan daripada resipi turun-temurun. Pengunjung juga boleh mendapatkan biskut daripada Joymom’s cookies yang membawa sentuhan rasa homemade dan nostalgia.
Hujung Minggu Dipenuhi Dengan Pelbagai Aktiviti & Bengkel Kraf Tangan

Untuk menambah kemeriahan suasana, Nyonya Fest turut menampilkan persembahan budaya mingguan serta bengkel interaktif yang diadakan setiap hujung minggu dan cuti umum sepanjang tempoh festival ini.
Antara aktiviti yang boleh disertai termasuk The Great Nyonya Tile Painting Contest pada 23 Mei 2026 serta bengkel kraf tradisional yang memberi peluang kepada pengunjung mengenali seni dan warisan Baba Nyonya dengan lebih dekat.
Menurut Darren Chear, Pengarah Kanan Pemasaran, Sunway Malls Kuala Lumpur, Nyonya Fest diwujudkan untuk membawa warisan lebih dekat kepada komuniti terutama generasi muda yang mungkin belum pernah berpeluang menikmati keunikan budaya ini secara menyeluruh.
Jangan Lepaskan Peluang Mengambil Gambar Di AI Photo Booth

Menariknya, festival ini turut menggabungkan elemen moden menerusi pengalaman Step Into Glam AI Photo Booth.
Melalui pengalaman ini, pengunjung boleh menukar imej diri kepada persona berinspirasikan Baba Nyonya menerusi potret yang dijana menggunakan kecerdasan buatan (AI).
Pengunjung yang membuat penebusan daripada Pesona Nyonya Redemption atau menyewa Nyonya Kebaya atau Batik layak mendapatkan foto di booth tersebut.
Pendekatan ini memberi sentuhan lebih segar kepada pameran budaya, khususnya untuk pengunjung yang mahu membawa pulang kenangan dalam bentuk lebih interaktif.
Berpeluang Menikmati Pelbagai Hadiah Menarik Dengan Pesona Nyonya Redemption

Selain pengalaman budaya, pengunjung juga boleh menikmati penebusan khas menerusi Pesona Nyonya Redemption.
Dengan perbelanjaan RM450 dalam maksimum dua resit, pengunjung boleh menebus Starbucks Keepsake Tumbler dan Nyonya Edition Sticker Pack.
Tambahan pula, jika salah satu resit tersebut dibelanjakan di mana-mana outlet kedai makanan di Sunway Velocity, pengunjung berpeluang untuk menikmati baucar tunai F&B bernilai RM10.
Khusus untuk outlet Sunway Velocity Two, pengunjung yang berbelanja minimum RM80 dalam satu resit pula boleh menebus baucar tunai Home’s Harmony bernilai RM50.
Dengan gabungan dekorasi berwarna-warni, makanan warisan, fesyen kebaya, bengkel budaya dan pengalaman AI Photo Booth, Nyonya Fest menawarkan sebuah pengalaman budaya yang menyeronokkan untuk anda nikmati bersama seisi keluarga.
Baca Artikel Berkaitan: “Kupas Satu-satu” – Pengacara Cooking Show Di Australia Ajar Cara Sebenar Nikmati Kuih Lapis
Baca Artikel Berkaitan: 4 Wanita Malaysia Tersenarai Dalam Forbes 50 Over 50 : Asia Pasifik 2023
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



