Kempen ‘Jalan Dekat-Dekat Je’: ikhlas.com Tawar Percutian Santai Ke Negara Jiran
Menurut ikhlas.com, tempahan boleh dibuat untuk perjalanan sehingga 31 Disember 2026.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bagi mereka yang sedang mencari idea percutian ringkas tanpa perlu berbelanja besar, kempen terbaharu daripada ikhlas.com mungkin boleh dipertimbangkan.
Menerusi kempen “Jalan Dekat-Dekat Je”, platform pelancongan dan Umrah mesra Muslim itu mengetengahkan konsep percutian santai ke destinasi negara jiran popular seperti Indonesia dan Vietnam, dengan fokus kepada pengalaman yang lebih mudah dan kurang memeningkan kepala.
Kempen ini menawarkan pakej percutian persendirian yang sesuai untuk keluarga mahupun kumpulan rakan-rakan, lengkap dengan pengangkutan lapangan terbang, kenderaan peribadi bersama pemandu pelancong, penginapan, sajian harian serta tiket masuk ke beberapa lokasi tarikan.
Menariknya, pengguna juga boleh membuat tempahan lebih awal dengan deposit bermula RM365 seorang, sekali gus memberi lebih fleksibiliti untuk merancang percutian tanpa perlu mengeluarkan kos tinggi secara sekaligus.
Destinasi Indonesia Bermula RM1,490 Seorang
Bagi destinasi Indonesia, kempen ini turut hadir dengan promosi “Beli 4, Diskaun RM1,000” untuk tempahan minimum empat orang pengembara.
Antara lokasi yang ditawarkan termasuk:
- Lombok (4 hari 3 malam)
- Jogjakarta (4 hari 3 malam)
- Jakarta & Bandung (4 hari 3 malam)
- Labuan Bajo (3 hari 2 malam)
Harga pakej bermula serendah RM1,490 seorang dan promosi berlangsung sehingga 20 Mei 2026.
Selepas itu, kempen diteruskan dengan tawaran percutian ke Vietnam bermula 21 Mei hingga 11 Jun 2026.
Antara destinasi yang ditawarkan ialah:
- Ho Chi Minh City
- Da Nang & Hoi An
- Phu Quoc
- Hanoi & Ha Long Bay
Harga bagi pakej Vietnam pula bermula daripada RM1,350 seorang.
Boleh Rancang Percutian Hingga Hujung Tahun
Menurut ikhlas.com, tempahan boleh dibuat untuk perjalanan sehingga 31 Disember 2026, menjadikannya sesuai untuk percutian hujung minggu, cuti sekolah mahupun percutian spontan bersama insan tersayang.
Orang ramai yang berminat boleh membuat tempahan menerusi laman rasmi ikhlas.com Travel atau aplikasi mudah alih ikhlas.com.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.