Kempen ‘Hybrid Done Right’ Honda Malaysia Memperkukuh Teknologi Hibrid Dengan Waranti Selama 10 Tahun
Langkah ini mencerminkan keyakinan Honda terhadap ketahanan teknologi e:HEV, sambil menawarkan nilai pemilikan jangka panjang yang lebih menyeluruh kepada pengguna.
Honda Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam teknologi hibrid menerusi kempen “Hybrid Done Right”, sambil memperkenalkan penambahbaikan signifikan dari segi jaminan pemilikan untuk pelanggan.
Bermula 1 Mei 2026, semua pelanggan yang membeli model Honda e:HEV layak menikmati waranti bateri hibrid & komponen selama 10 tahun bersama jarak tanpa had.
Penambahbaikan ini mencerminkan keyakinan Honda terhadap ketahanan serta prestasi jangka panjang teknologi e:HEV, yang kini semakin relevan dalam landskap automotif semasa.
Antara model terlibat termasuk City e:HEV, City Hatchback e:HEV, HR-V e:HEV, Civic e:HEV dan CR-V e:HEV, menjadikan tarawan ini antara nilai pemilikan paling komprehensif dalam segmen hibrid.

Pemilik Semasa e:HEV Turut Dapat Menerima Manfaat Ini
Selain pembeli baru, pemilik sedia ada model e:HEV dan generasi i-DCD terdahulu seperti Jazz, City dan HR-V juga akan dapat menikmati tawaran ini.
Waranti bateri hibrid kini dipanjangkan daripada 8 tahun kepada 10 tahun dengan jarak tanpa had. Manakala, komponen hibrid terpilih turut dinaik taraf daripada perlindungan 5 tahun kepada 10 tahun.

Langkah ini memastikan pemilik menikmati jaminan berterusan yang konsisten sepanjang pemilikan.
‘Second-hand’ Honda e:HEV dan i-DCD Pun Terlindung Dalam Waranti Ini
Dalam usaha memperluas keyakinan terhadap ekosistem hibrid. Honda Malaysia turut melanjutkan perlindungan waranti kepada pemilik kedua atau seterusnya untuk model e:HEV dan i-DCD.
Waranti bateri dan komponen masih sah walaupun berlaku pertukaran pemilikan, selangi masih dalam tempoh 10 tahun yang ditetapkan.
Ini menjadikan pemilikan kereta hibrid Honda lebih bernilai dan menyakikan pembeli dalam pasaran terpakai.
Komitment Jangka Panjang Honda Malaysia Terhadap Teknologi Hibrid
Inisiatif ini selari dengan usaha berterusan Honda Malaysia dalam menawarkan pengalaman pemanduan yang cekap dan menyeronokkan, sambil memastikan manfaat jangka panjang kepada pembeli.
Komitment ini turut disokong dengan menguatkan perkhidmatan selepas jualan di seluruh negara dan ketersediaan alat ganti yang konsisten.

Dengan pendekatan ini, Honda Malaysia terus memperkukuh keyakinan pengguna terhadap teknologi hibrid sebagai pilihan kenderaan masa depan.
Baca Artikel Berkaitan: Honda Malaysia Perkenal HR-V Facelift Dengan Rekaan Lebih Sporty & Teknologi Terkini
Baca Artikel Berkaitan: Honda City Baharu Dilancarkan, Harga Bermula RM84,900 | TRP



