Now Reading
M&M’S & Marvel Berganding Bahu Dalam Kolaborasi Baharu

M&M’S & Marvel Berganding Bahu Dalam Kolaborasi Baharu

Kolaborasi ini juga akan hadir di kedai melalui tujuh pek edisi terhad M&M’S x Marvel yang menampilkan gabungan watak istimewa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Jenama kebanggaan di bawah Mars, bersama The Walt Disney Company melancarkan kempen global antara M&M’S dan Marvel, dan kini telahpun tiba di Malaysia!

“Di Mars, hubungan global kami dengan Disney sentiasa berteraskan kepercayaan bersama terhadap kuasa keseronokan dan penciptaan detik-detik bermakna yang menghubungkan orang ramai,” kata Rankin Carroll, Ketua Pegawai Jenama, Mars Snacking.

“Peminat M&M’S dan Marvel berkongsi minat terhadap watak-watak ikonik dan penceritaan yang menarik.

“Fasa seterusnya dalam kolaborasi ini menggabungkan kelebihan kedua-dua jenama untuk menyampaikan pengalaman imersif, kandungan menarik serta cara baharu untuk peminat berinteraksi.

“Dengan memberi tumpuan kepada apa yang digemari pengguna kami, kami mengilhamkan keseronokan, fandom dan hubungan yang hanya dapat diwujudkan oleh kedua-dua jenama ini.”

Sertai Peraduan Digital Interaktif & Menang Hadiah Menarik

Bermula 1 April hingga 31 Mei 2026, rakyat Malaysia boleh menyertai peraduan digital interaktif dengan membeli produk M&M’S bernilai minimum RM15.

Dengan mengimbas kod QR pada bungkusan, peminat akan mendapat akses kepada permainan kempen tersebut dan menghantar penyertaan mereka untuk peluang memenangi hadiah menarik.

Setiap peserta juga akan menerima baucar e-dagang percuma selepas mendaftar.

Kempen ini terbuka kepada rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas dengan bukti pembelian yang sah, tertakluk kepada terma dan syarat.

Pelbagai ganjaran menarik menanti—pemenang hadiah utama akan menerima tiket ke Taman Tema di Shanghai untuk dua orang.

Hadiah utama tersebut juga termasuk tiket penerbangan pergi-balik dan penginapan hotel selama dua malam untuk dua orang, memastikan pengalaman percutian yang tidak dapat dilupakan.

Selain itu, lima pemenang juga akan menerima tablet premium bernilai sehingga MYR2,000.

Dengan pelbagai hadiah yang ditawarkan, kempen ini memberi lebih banyak sokongan kepada peminat di seluruh Malaysia untuk turut serta dan meraikan watak kegemaran mereka daripada M&M’S dan Marvel.

Koleksi Edisi Terhad Dengan Watak M&M’S dan Marvel

Peminat juga boleh menantikan kandungan digital yang menghiburkan dan pengalaman luar biasa serta tujuh pek koleksi edisi terhad menampilkan gabungan watak M&M’S dan Marvel yang belum pernah dilihat sebelum ini—menggabungkan elemen keseronokan, perisa dan fandom.

Dengan menggabungkan penceritaan ikonik Marvel dengan dunia M&M’S yang penuh warna dan keceriaan, kedua-dua jenama ini akan bersatu untuk menceritakan kisah baharu—kisah yang meraikan peminat dalam diri setiap orang.

“Kami mempunyai hubungan jangka panjang yang hebat dengan Mars yang membolehkan kami bekerjasama dalam cara yang menarik,” kata Mindy Hamilton, Naib Presiden Kanan, Alliance Marketing & Creative di The Walt Disney Company.

“Marvel Universe telah membina legasi yang kukuh melalui penceritaan ikonik yang dekat di hati generasi peminat, dan kami seronok membayangkan apa yang akan berlaku jika watak-watak M&M’S turut menjadi sebahagian daripada fandom tersebut.

“Hasilnya ialah kempen global yang meraikan peminat kedua-dua jenama dan  detik-detik kerbersamaan dan keseronokan.”

Watak M&M’S Masuk Uji Bakat Untuk Peranan Impian Marvel Mereka

Watak M&M’S merupakan peminat tegar Marvel.

Apabila mereka menerima panggilan untuk mengunjungi Marvel Studios, mereka segera bertindak seperti adiwira sebenar.

Setiap watak M&M’S yakin inilah peluang besar mereka — namun adakah ini benar-benar peluang untuk mereka menyerlah, atau sebenarnya mereka hanya snek yang disediakan di meja hidangan di set penggambaran?

Melalui kandungan yang penuh keseronokan, peminat akan menyaksikan watak-watak M&M’S mengikuti uji bakat untuk peranan impian Marvel mereka, dengan sentuhan tersendiri sebagai adiwira ikonik.

Antara gabungan watak yang ditampillkan ialah Yellow sebagai Wolverine, Red sebagai Deadpool, Blue sebagai Daredevil, Purple sebagai Elektra, Green sebagai She-Hulk, Brown sebagai Yelena dan Orange sebagai Red Guardian.

Pek edisi terhad ini akan mula dijual pada 1 April 2026 di kedai terdekat anda dalam perisa M&M’S Susu Coklat dan Kacang.

Selain itu, imbas kod QR pada bungkusan untuk peluang memenangi hadiah menarik dan mengetahui lebih lanjut tentang kolaborasi ini.

M&M’S x Marvel


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd