Subway Malaysia Santuni Wira Barisan Hadapan Menerusi Inisiatif Ramadan ‘Rayakan Bersama’ 2026
Melalui inisiatif ini, Subway Malaysia berharap lebih ramai rakyat Malaysia dapat menghayati semangat memberi dan menghargai pengorbanan wira barisan hadapan, khususnya sepanjang bulan Ramadan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bersempena Ramadan dan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, Subway Malaysia kembali dengan inisiatif komuniti “Rayakan Bersama” 2026 sebagai tanda penghargaan kepada wira barisan hadapan yang terus berkhidmat kepada masyarakat sepanjang musim perayaan.
Jika tahun lalu kempen ini memberi fokus kepada pengagihan makanan kepada petugas barisan hadapan, edisi tahun ini diperluaskan dengan aktiviti lapangan di Hospital Kuala Lumpur.
Sepanjang inisiatif tersebut, pasukan Subway turun padang untuk mengagihkan Beg Hidangan “Rayakan Bersama” yang disediakan khas kepada para petugas kesihatan sebagai simbol penghargaan atas dedikasi dan pengorbanan mereka.
Setiap beg hidangan mengandungi sandwic enam inci Subway, biskut Subway bersaiz satu kaki serta minuman, lengkap dengan nota peribadi sebagai tanda terima kasih.
Walaupun kelihatan sederhana, sentuhan ini membawa mesej penghargaan yang tulus buat mereka yang terus bertugas ketika orang lain meraikan musim perayaan.
Selain pengagihan makanan, inisiatif ini turut membuka ruang interaksi antara kakitangan Subway dan para penerima, sekali gus mewujudkan suasana mesra yang menyemarakkan semangat kebersamaan melalui sapaan dan senyuman.
Menurut Pengarah Pemasaran Subway Malaysia, Evelyn Lee, kempen ini bertujuan menghargai individu yang terus berkhidmat kepada komuniti sepanjang musim perayaan.
“Melalui ‘Rayakan Bersama’, kami ingin meraikan individu yang terus berkhidmat kepada masyarakat ketika orang lain sedang menyambut salah satu perayaan paling bermakna dalam setahun.
“Melihat impak positif serta reaksi penuh penghargaan di lapangan menguatkan keyakinan kami bahawa walaupun tanda penghargaan itu kecil, ia mampu membawa makna yang besar,” katanya.
Kini memasuki tahun kedua penganjurannya, “Rayakan Bersama” mencerminkan komitmen berterusan Subway Malaysia dalam memperkukuh hubungan dengan komuniti.
Selepas pelaksanaan aktiviti ini, Subway Malaysia juga akan berkongsi sorotan serta kisah penghargaan terhadap wira seharian di platform digital mereka bagi memastikan dedikasi para petugas ini terus dihargai walaupun selepas musim perayaan berakhir.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.