Now Reading
M K Land Santuni Lebih 250 Anak Yatim & Tahfiz Dalam Siri Jelajah Ramadan

M K Land Santuni Lebih 250 Anak Yatim & Tahfiz Dalam Siri Jelajah Ramadan

Siri Jelajah Ramadan M K Land ini mencerminkan nilai teras syarikat dalam mengutamakan kesejahteraan sosial serta memastikan tiada golongan yang terpinggir daripada arus pembangunan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


M K Land Holdings Berhad (M K Land) meneruskan komitmen tanggungjawab sosial korporatnya dengan menyantuni lebih 250 anak-anak yatim dan tahfiz menerusi Siri Jelajah Ramadan M K Land sepanjang bulan Ramadan ini.

Program tersebut berlangsung di empat lokasi utama operasi syarikat iaitu Damansara Perdana, Ipoh, Bukit Merah dan Langkawi sebagai usaha menyemarakkan semangat kebersamaan serta berkongsi kegembiraan bersama golongan yang memerlukan.

Siri jelajah ini turut disertai barisan pengurusan kanan M K Land termasuk Nazri Tumin, Ketua Pegawai Operasi Wilayah Utara; Ahmad Soalahuddin Al-Thani Ahmad Termizi, Ketua Pegawai Operasi Wilayah Tengah; Frankie Chai, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Sumber, serta Norida Abu Kassim, Ketua Hartanah Wilayah Utara.

Di setiap lokasi, anak-anak yatim dan tahfiz daripada rumah kebajikan serta pusat tahfiz terpilih diraikan dengan pelbagai juadah berbuka puasa sebelum diteruskan dengan solat sunat Tarawih secara berjemaah dan jamuan moreh.

Pada majlis yang sama, M K Land turut menyampaikan sumbangan duit raya sebagai simbolik meraikan kemeriahan Syawal, sekali gus membawa kegembiraan dan senyuman kepada anak-anak ini.

Menurut Nazri Tumin, inisiatif ini bukan sekadar program menyantuni komuniti setempat, malah merupakan satu usaha untuk memberi inspirasi serta menyemai keyakinan diri dalam kalangan anak-anak tersebut agar mereka terus berani bermimpi besar.

“Di M K Land, kami percaya setiap anak mempunyai potensi dan masa depan yang cerah sekiranya diberikan dorongan serta peluang yang sewajarnya.

“Siri Jelajah Ramadan ini bukan sahaja bertujuan meraikan mereka, tetapi juga membuka mata dan hati mereka bahawa dunia ini luas dan dipenuhi pelbagai peluang yang boleh diterokai.

“Kami mahu mereka yakin bahawa mereka juga berhak untuk berjaya dan membina masa depan yang lebih baik,” katanya.

Tambah beliau, komitmen M K Land dalam aspek sosial juga selari dengan agenda M K Land Holdings Berhad berkaitan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), yang menekankan pembangunan komuniti secara inklusif dan mampan.

“Sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab, M K Land bukan sahaja membangunkan hartanah, malah turut komited dalam membangunkan nilai kemanusiaan dalam komuniti di mana kami beroperasi.

“Inisiatif seperti ini adalah antara usaha kami untuk menyemai nilai kasih sayang, empati dan semangat saling membantu dalam kalangan generasi akan datang,” tambahnya.

Sementara itu, Norida Abu Kassim berkata penganjuran program di Ipoh, Bukit Merah dan Langkawi, lokasi yang berada dalam kawasan operasinya amat bermakna kerana ia mencerminkan komitmen berterusan syarikat untuk memberi kembali kepada komuniti setempat.

“Sebagai organisasi yang beroperasi dan membesar bersama komuniti ini, menjadi tanggungjawab kami untuk turut berkongsi rezeki dan kegembiraan, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

“Melalui program ini, kami bukan sahaja menyantuni anak-anak yang memerlukan, malah turut mengeratkan hubungan dengan para pemegang taruh dalam suasana yang lebih santai dan bermakna selepas setahun bekerjasama.

“Inilah masa untuk kita memperkukuhkan silaturahim dan membina hubungan yang lebih tulus bersama komuniti,” ujarnya.

Program sebegini akan terus menjadi sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) M K Land pada masa hadapan, sejajar dengan komitmen untuk memperkasakan komuniti setempat serta menyumbang ke arah pembangunan sosial yang mampan dalam jangka masa panjang.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd