Now Reading
Tahun Kuda Lebih Meriah Di LEGOLAND Malaysia Resort Dengan Sambutan Lunar New Year

Tahun Kuda Lebih Meriah Di LEGOLAND Malaysia Resort Dengan Sambutan Lunar New Year

Sempena Year of the Horse, LEGOLAND Malaysia Resort turut menawarkan promosi khas untuk Day Ticket dan Annual Pass bagi tempoh terhad.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tahun Baru Cina kali ini, LEGOLAND Malaysia Resort mengajak seisi keluarga meraikan Year of the Horse dengan sambutan penuh warna menerusi Lunar New Year Celebration yang berlangsung dari 22 Januari hingga 22 Februari 2026.

Foto: LEGOLAND Malaysia

Mengangkat tema “Garden of Prosperity”, seluruh resort bertukar menjadi taman perayaan meriah dengan tanglung merah bercahaya, bunga sakura yang berkembang mekar serta dekorasi LEGO® yang cukup immersive.

Foto: LEGOLAND Malaysia

Tarikan utama sudah tentu arca LEGO® Horse setinggi 2.4 meter, simbol kekuatan, pembaharuan dan tuah untuk tahun baharu.

Foto: LEGOLAND Malaysia

Diinspirasikan daripada set terhad LEGO 40779 Year of the Horse Chinese Zodiac, kuda megah ini membawa gulungan skrol penuh kata-kata keberkatan, menjadikannya spot OOTD wajib untuk keluarga dan peminat LEGO.


Build Your Luck, Brick by Brick

Keluarga dan kanak-kanak boleh ambil kad aktiviti dan mula “berlari” sekitar taman untuk menyelesaikan cabaran kreatif bagi membuka magis Garden of Prosperity, satu bata demi satu bata.

Foto: LEGOLAND Malaysia

Antara aktiviti menarik:

  • Build-A-Horse – bina simbol tenaga, keberanian dan tuah versi sendiri
  • LEGO Orange Tree Making – bina pokok limau simbol kemakmuran dan bawa pulang hasil ciptaan
  • LEGO Chinese Calligraphy Mural – seni kaligrafi dalam versi bata yang unik
  • Minifigure Trading – aktiviti klasik kegemaran peminat LEGOLAND
  • LEGO Horse Post & Win – ambil gambar dengan arca utama dan berpeluang menang hadiah mingguan

Spring Festival Spectacular (17 – 22 Februari 2026)

Foto: LEGOLAND Malaysia
Foto: LEGOLAND Malaysia

Dari 17 hingga 22 Februari 2026, kemeriahan memuncak dengan Spring Festival Spectacular, persembahan budaya penuh tenaga yang menghidupkan tradisi Tahun Baru Cina dalam gaya LEGO.

Antara persembahan yang dinanti:

  • Tarian Singa & aksi akrobatik tiang tinggi
  • Tarian Naga
  • Persembahan akrobat stilts walker
  • Muzik tradisional secara langsung
  • Aksi Face-Changing Cina
  • Persembahan gendang klasik

Sepanjang tempoh sambutan, tetamu juga boleh menikmati persembahan harian seperti Brick of Prosperity (Opening Show), Lunar Beats Spectacular, dan Finale of Fortune (Farewell Show) — semuanya sarat dengan muzik, warna dan momen interaktif yang meraikan perpaduan serta permulaan baharu.

Foto: LEGOLAND Malaysia
Foto: LEGOLAND Malaysia

Fortune Fest: Rezeki Berganda!

Rezeki tak berhenti setakat hiburan saja. Dari 17 hingga 22 Februari 2026, pengunjung yang berbelanja minimum RM188 dalam satu resit di outlet runcit atau F&B terpilih berpeluang menyertai Fortune Fest.

Set LEGO bernilai sehingga RM800, dengan jumlah keseluruhan hadiah mencecah RM10,000. Memang betul-betul brick-tastic!

Sempena Year of the Horse, LEGOLAND Malaysia Resort turut menawarkan promosi khas untuk Day Ticket dan Annual Pass bagi tempoh terhad.

Lebih menarik, terdapat juga Family Annual Pass Bundle eksklusif untuk pasaran Malaysia. Dengan pembelian minimum tiga Triple Park Annual Pass, keluarga boleh menikmati penjimatan istimewa dan kunjungan tanpa had sepanjang tahun.

Daripada dekorasi bertemakan perayaan, aktiviti LEGO yang hands-on, persembahan budaya yang meriah hinggalah ke peluang memenangi hadiah menarik, sambutan Lunar New Year 2026 di LEGOLAND Malaysia Resort memang port terbaik untuk cipta memori manis bersama keluarga.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, layari laman rasmi LEGOLAND Malaysia Resort atau kunjungi Facebook dan Instagram mereka.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd