Now Reading
Makan-Makan Bersama Di The Farm: Port Iftar & Dinner Untuk Bulan Puasa Nanti!

Makan-Makan Bersama Di The Farm: Port Iftar & Dinner Untuk Bulan Puasa Nanti!

Berbaloi kalau nak berbuka puasa beramai-ramai ataupun berdua.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bermula 23 Februari hingga 15 Mac 2026, The Farm memperkenalkan kempen Makan-Makan Bersama iaitu satu set hidangan lengkap yang memang direka untuk dikongsi. Sama ada nak dine-in, takeaway atau delivery, semuanya tersedia.

Konsepnya mudah: hidangan dulang yang penuh lauk, nasi beraroma dan ulam-ulaman tradisional, sesuai untuk iftar, reunion kawan lama atau makan malam keluarga.

#1. The Farm Signature Nasi Dulang (RM119++, untuk 2 orang)

Sumber: The Farm

Set ini guna Nasi Ulam yang wangi dan segar, dipadankan dengan lima lauk tradisional — Winged Bean & Mango Kerabu, Gado Gado, Vegetable Dhal, Mixed Crackers dan Sambal Bumbu Bali.

Sebagai lauk utama, ada Roast Chicken dengan Signature Percik Sauce The Farm. Gabungan rasa klasik dan moden yang memang ngam untuk kongsi dua orang.

#2. The Farm Rasa Nusantara Nasi Dulang (RM119++, untuk 2 orang)

Sumber: The Farm

Kalau suka rasa yang lebih “deep” dan berempah, ini pilihan tepat. Menggunakan Nasi Kapitan Tanjung, set ini dihidangkan bersama lauk sampingan yang sama dan dilengkapkan dengan Daging Berlengas yang dimasak perlahan sampai empuk dan penuh rasa.

#3. The Farm Rasa Laut Nasi Dulang (RM119++, untuk 2 orang)

Sumber: The Farm

Untuk pencinta makanan laut, set ini tampil dengan Nasi Ulam bersama pilihan sama ada Steamed Barramundi with Nam Jim atau Barramundi Bakar dengan Sos Panggang.

Segar, ringan tapi tetap puas.

#4. The Farm Rasa Nostalgia Nasi Dulang (RM139++, untuk 2 orang)

Sumber: The Farm

Set paling “comfort food”. Gabungan Nasi Kapitan Tanjung dengan lauk tradisional dan Kashmiri Lamb Stew yang dimasak perlahan hingga kuahnya pekat dan berempah.

Ini jenis hidangan yang rasa macam makan kat rumah nenek, hangat dan penuh kenangan.

#5. The Farm Makan Bersama-Sama Feast (RM228++, sehingga 6 orang)

Sumber: The Farm

Kalau datang ramai-ramai, ambil terus set ini. Ada tiga jenis nasi — Nasi Kapitan Tanjung, Nasi Ulam dan Nasi Wangi Kukus — bersama lima lauk sampingan klasik.

Lauk utamanya pula memang all-star line up:

  • Roast Chicken dengan Signature Percik Sauce
  • Kashmiri Lamb Stew
  • Steamed Barramundi with Nam Jim

Memang cukup untuk satu meja besar.

Nak Mix & Match pun boleh!

Semua lauk utama (kecuali side dish) juga tersedia secara à la carte:

  • Nasi Kapitan Tanjung – RM18++
  • Nasi Ulam – RM18++
  • Nasi Wangi Kukus – RM12++
  • Whole Roast Chicken (±1.5kg) – RM58++
  • Kashmiri Lamb Stew – RM60++
  • Steamed Barramundi with Nam Jim – RM62++
  • Barramundi Bakar dengan Sos Panggang – RM62++
  • Daging Berlengas – RM56++

Tambah RM24 untuk setiap minuman atau RM60 untuk tiga sekali (dengan pembelian set). Pilihan termasuk:

  • Bandung Soda
  • Thai Milk Tea
  • Coconut Shake

Memang lega tekak lepas makan berempah!

Oh ya, kesemua set ini memerlukan tempahan sekurang-kurangnya 24 jam lebih awal untuk pastikan kesegaran. Boleh dine-in, takeaway atau delivery di:

  • 📍 The Sphere, Bangsar South
  • 📍 Subang Parade

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd