Now Reading
Rexona Malaysia Sertai Pentas Dunia Sebagai Penaja Rasmi FIFA World Cup 2026

Rexona Malaysia Sertai Pentas Dunia Sebagai Penaja Rasmi FIFA World Cup 2026

Untuk meraikan detik bersejarah ini, Rexona memperkenalkan Rexona Ice Cool Spray Edisi Terhad FIFA World Cup 2026™, dengan formulasi yang sama seperti pek Ice Cool asal.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Rexona dengan bangganya mengumumkan peranannya sebagai Penaja Rasmi Deodoran bagi FIFA World Cup 2026™, menyatukan pentas bola sepak terbesar dunia dengan semangat mendalam rakyat Malaysia terhadap sukan yang menjadi nadi kepada peminat di seluruh negara ini.

Sama ada menonton perlawanan tengah malam bersama rakan-rakan, bermain futsal di hujung minggu, atau bersorak untuk wira negara, bola sepak menjadi penghubung yang menyatukan rakyat Malaysia.

Rexona sentiasa bersama rakyat Malaysia dalam setiap detik itu, meraikan cara unik rakyat Malaysia menghayati dan mencintai sukan bola sepak, sambil memastikan setiap peminat kekal segar dan yakin sepanjang aksi yang penuh mendebarkan.

Rexona Ice Cool Spray Edisi Terhad FIFA World Cup 2026

Untuk meraikan detik bersejarah ini, Rexona memperkenalkan Rexona Ice Cool Spray Edisi Terhad FIFA World Cup 2026™, dengan formulasi yang sama seperti pek Ice Cool asal.

Dengan teknologi anti-noda, Rexona memastikan anda kekal yakin sama ada beraksi di padang, bersorak di stadium, atau menikmati suasana di kedai mamak kegemaran anda. 

Ia memberi perlindungan sehingga 72 jam daripada peluh dan bau badan, disertai sensasi sejuk untuk kesegaran berpanjangan.

Sherlyn Heng, Ketua Pemasaran Unilever – Penjagaan Kulit & Deodoran MYSG, berkongsi, “Apabila emosi memuncak dan debaran perlawanan semakin terasa, Rexona menyerlahkan erti sebenar untuk kekal tenang dan yakin pada detik yang paling bermakna.

“Bola sepak bukan sekadar sukan tetapi ia merupakan satu budaya yang menyatukan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang.”

“Melalui penajaan ini, Rexona bukan hanya tampil sebagai produk, tetapi sebagai penyokong sejati terhadap semangat luar biasa yang dibawa oleh rakyat Malaysia ke dunia bola sepak.

“Kami berbangga meraikan semangat itu bersama peminat dan membawa pengalaman FIFA World Cup 2026™ lebih dekat ke tanah air,” tambah Sherlyn Heng.

Penajaan ini bukan sekadar pengiktirafan bertaraf global, tetapi mencerminkan komitmen Rexona dalam meraikan semangat peminat, komuniti, dan budaya bola sepak tempatan daripada suasana hangat di kedai mamak hinggalah ke sorakan gemuruh di perlawanan terbuka.

Peminat berpeluang memenangi pengalaman eksklusif bernilai RM50,000 untuk dua orang ke Amerika Syarikat, bagi menyaksikan FIFA World Cup 2026™ secara langsung dari 11 Jun hingga 19 Julai 2026.

Untuk menyertai, peminat harus membeli mana-mana produk Rexona di kedai-kedai yang mengambil bahagian di seluruh negara.

“Sebagai salah satu jenama deodoran terkemuka dunia, Rexona komited untuk membantu orang ramai bergerak dengan penuh keyakinan.

“Melalui penajaan FIFA World Cup 2026™, kami bukan sahaja menjadi sebahagian daripada dunia bola sepak global. Malah, membuka peluang untuk rakyat Malaysia merasai kemeriahan sukan yang mereka cintai di pentas paling berprestij.

“Kami teruja untuk meneruskan perjalanan ini dan menjemput semua rakyat Malaysia untuk turut serta. Bersama Rexona, marilah kita bersama-sama nyalakan semangat FIFA World Cup 2026™,” ujar Sherlyn Heng.

[REXONA]

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd