Proton Business Case Challenge 2025: Pelajar Tangani Senario Perniagaan Automotif
Proton Business Case Challenge 2025 terbuka kepada warganegara Malaysia yang merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana, berumur 26 tahun ke bawah pada tahun 2025.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
PRO-NET, anak syarikat PROTON, turut menjadi sebahagian daripada Proton Business Case Challenge 2025, sebuah pertandingan peringkat nasional yang mengumpulkan mahasiswa dari seluruh negara untuk menguji ketajaman pemikiran perniagaan dan keupayaan inovasi golongan belia.
Sebagai sebahagian daripada Program Proton Young Talent (PYT), cabaran ini menyediakan platform untuk para pelajar menangani senario perniagaan automotif sebenar dan mengemukakan penyelesaian kreatif berasaskan data yang selari dengan landskap mobiliti yang semakin berkembang pesat.
“Proton Business Case Challenge ialah peluang untuk melihat bagaimana anak muda Malaysia memandang masa depan industri automotif,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PRO-NET, Zhang Qiang.
“Dengan perkembangan pesat kenderaan elektrik di Malaysia, kami mahu menginspirasikan golongan belia untuk berfikir lebih jauh dan bertindak dengan yakin. PRO-NET sentiasa bersedia membimbing bakat baharu dan menyediakan ruang untuk mereka berkembang dalam industri ini.”

Proses Pencarian Bakat Proton Business Case Challenge 2025 Diadakan Di UM, UUM & UTHM
Pertandingan ini akan diadakan dalam enam pusingan serantau, sebelum mencapai ‘Grand Finale’ pada 13 Disember 2025.
Setiap pasukan yang terdiri daripada empat hingga lima orang pelajar akan ditugaskan untuk menganalisis, merangka, dan membentangkan penyelesaian perniagaan strategik dalam masa yang ditetapkan, menguji kerjasama, kreativiti, dan pemikiran strategik mereka
PRO-NET akan berada di lokasi berikut:
| Wilayah | Lokasi | Tarikh |
| Lembah Klang | Universiti Malaya (UM) | 17 November 2025 |
| Utara | Universiti Utara Malaysia (UM) | 19 November 2025 |
| Selatan | Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) | 26 November 2025 |
Proton Business Case Challenge 2025 terbuka kepada warganegara Malaysia yang merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana, berumur 26 tahun ke bawah pada tahun 2025.

Pelajar Dengan Prestasi Terbaik Berpeluang Sertai Proton Young Talent
Pemenang Proton Business Case Challenge akan menerima hadiah wang tunai sehingga RM5,000, manakala Top Presenter akan dianugerahkan hadiah khas sebanyak RM1,000.
Pelajar yang menunjukkan prestasi terbaik akan menerima Tawaran Bersyarat untuk menyertai Program Proton Young Talent selepas tamat pengajian, satu peluang eksklusif untuk membina kerjaya profesional di PROTON, lengkap dengan bimbingan, pembangunan berstruktur, dan pengalaman praktikal di syarikat automotif Nasional Malaysia.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



