M K Land Terima 2 Pengiktirafan Berprestij, Perkukuh Reputasi Sebagai Pemaju Hartanah Terulung
Pencapaian ini menyerlahkan daya tahan dan daya saing M K Land dalam menyampaikan projek hartanah berkualiti.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
M K Land Holdings Berhad (M K Land) dengan berbesar hati mengumumkan penerimaan dua pengiktirafan berprestij yang mengukuhkan komitmen syarikat terhadap kecemerlangan dan inovasi dalam industri pembangunan hartanah:
- The Edge Malaysia Top Property Developers Award 2025 – 30 Pemaju Terbaik Keseluruhan dan 20 Pemaju Terbaik bagi Atribut Kuantitatif
- The BrandLaureate – Brand of the Year (Township Development Excellence) bagi pembangunan utama di Bandar Damansara Perdana
Diiktiraf Sebagai Antara Pemaju Hartanah Terunggul Negara
Mengulas kejayaan disenaraikan dalam 30 Pemaju Terbaik, Pengarah Eksekutif M K Land, Lau Shu Chuan berkata, “Kami amat berbesar hati untuk kembali tersenarai.
“Pengiktirafan ini membuktikan usaha berterusan kami dalam melaksanakan projek pembangunan di seluruh Malaysia daripada kediaman premium di Damansara Perdana hinggalah pembangunan di Damansara Damai, Taman Bunga Raya dan Ipoh.
“Portfolio kami yang merangkumi kediaman mampu milik, sederhana serta komersial menggambarkan komitmen kami terhadap penyediaan solusi kehidupan yang menyeluruh dan mampan.”

Pencapaian ini menyerlahkan daya tahan dan daya saing M K Land dalam menyampaikan projek hartanah berkualiti, sekali gus mencerminkan nilai jangka panjang yang diberikan kepada pembeli, pasaran dan pihak berkepentingan.
Legasi Pembangunan Bandar: Damansara Perdana
Bagi Anugerah The BrandLaureate, Ketua Pegawai Operasi, Ahmad Soalahuddin Al-Thani Ahmad Termizi, berkata, “Pengiktirafan ini mencerminkan dedikasi kami dalam pembangunan bandar serta usaha kolektif seluruh warga M K Land.
“Kami berterima kasih kepada pasukan dan pihak berkepentingan atas sokongan padu mereka, dan kami akan terus melangkah lebih jauh.”
Sejak pembangunan pertamanya pada 1995, Damansara Perdana telah berkembang menjadi mercu tanda dalam portfolio M K Land.
Bermula dengan sebuah bangunan komersial lima tingkat, projek ini berkembang dengan pembangunan kediaman seperti Flora Damansara (20 tingkat, 1,440 unit mampu milik), diikuti projek berskala sederhana hingga mewah seperti The Tropics, Armanee Terrace serta pelbagai kondominium lain yang membentuk komuniti dinamik.
Projek terbaru, Rafflesia @ Hill, menampilkan kediaman separa berkembar mewah dengan seni bina premium serta perancangan bandar yang teliti.
Kemampanan & Komuniti Sebagai Teras
M K Land terus komited kepada pembangunan mampan dan hubungan kukuh dengan komuniti. Syarikat berinteraksi aktif dengan pihak berkepentingan melalui platform digital bagi berkongsi perkembangan projek serta inisiatif berteraskan kelestarian.
Projek seperti Senja by Ombak Villa Langkawi menonjolkan amalan hijau, manakala Residensi Suasana @ Damai serta pembangunan di Damansara Perdana, Taman Bunga Raya dan Ipoh mempamerkan usaha syarikat dalam mewujudkan persekitaran inklusif dan harmoni untuk didiami, bekerja dan berkembang.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.