Now Reading
M K Land Komited Pelihara Alam Sekitar: 44,000 Ekor Benih Anak Ikan Lampan Sungai Dilepaskan

M K Land Komited Pelihara Alam Sekitar: 44,000 Ekor Benih Anak Ikan Lampan Sungai Dilepaskan

Pelepasan benih ikan ini melibatkan lebih 40 peserta, termasuk pengurusan kanan M K Land, kakitangan Bukit Merah Laketown Resort dan anak-anak mereka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


M K Land Holdings Berhad (M K Land) melalui pusat pelancongan lestarinya, Bukit Merah Laketown Resort (BMLR), meneruskan usaha menjaga alam sekitar dengan melepaskan 44,000 anak ikan Lampam Sungai ke Tasik Bukit Merah.

Program ini dijalankan bersama Jabatan Perikanan Negeri Perak sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memulihara alam sekitar serta menjaga sumber ikan air tawar dan biodiversiti melalui aktiviti penambahan stok ikan dan penjagaan habitat tasik.

Selain membantu mengekalkan keseimbangan ekosistem semula jadi, inisiatif ini juga diharapkan dapat menambah sumber makanan, serta merancakkan lagi aktiviti rekreasi dan ekopelancongan di Tasik Bukit Merah.

Pelepasan benih ikan ini melibatkan lebih 40 peserta, termasuk pengurusan kanan M K Land, kakitangan Bukit Merah Laketown Resort dan anak-anak mereka sebagai simbol komitmen syarikat untuk terus menjaga alam sekitar demi generasi masa depan.

Pengurus Bukit Merah Laketown Resort, M. Danesh, berkata, “Program pelepasan anak ikan Lampam Sungai ini bukan sahaja menunjukkan tanggungjawab sosial kami terhadap alam sekitar, tetapi juga melambangkan hubungan harmoni antara manusia dan alam.

“Tasik Bukit Merah adalah khazanah bersejarah yang perlu kita sama-sama jaga supaya terus memberi manfaat kepada komuniti dan generasi akan datang.

“Bukit Merah Laketown Resort menawarkan keindahan alam semula jadi yang unik dengan flora dan fauna yang menarik, berlatarbelakangkan Tasik Bukit Merah, tasik buatan tertua di Malaysia sejak tahun 1906.

“Keindahan ini ialah warisan yang perlu dipelihara dan kami komited memastikan ia kekal terjaga.”

Sementara itu, Nurul Farhanis Syatila binti Kamaruzaman, Ketua Cawangan Sumber Perikanan Tangkapan yang mewakili Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Perak berkata, “Sebanyak 44,000 anak ikan Lampam Sungai berjaya dilepaskan hasil kerjasama Jabatan Perikanan Perak dan Bukit Merah Laketown Resort.

“Usaha ini membantu memulihara dan menstabilkan ekosistem perikanan semula jadi melalui aktiviti pengkayaan sumber dan habitat di tasik.”

Beliau turut berharap agar usaha ini dapat membantu menjaga keseimbangan ekosistem tasik dalam jangka panjang.

Sebagai destinasi pelancongan ikonik di utara tanah air, Bukit Merah Laketown Resort terus komited meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya memelihara alam sekitar, seiring aspirasi M K Land dalam membangunkan komuniti dan destinasi pelancongan secara mampan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd