Now Reading
GrabRewards Kini Dikenali Sebagai ‘GrabCoins’, Boleh Tebus Untuk Lebih Penjimatan

GrabRewards Kini Dikenali Sebagai ‘GrabCoins’, Boleh Tebus Untuk Lebih Penjimatan

Setiap GrabRewards yang terkumpul sebelum ini akan secara automatiknya ditukar menjadi GrabCoins pada kadar satu-satu (1:1) selepas pengguna mengemas kini aplikasi Grab.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Boleh dikatakan rata-rata orang pasti mempunyai aplikasi Grab di dalam telefon pintar mereka. Senang nak pesan makanan atau tempah pengangkutan e-hailing!

Kalau sebelum ini, setiap transaksi dalam aplikasi itu akan menerima mata ganjaran dalam bentuk GrabRewards yang boleh digunakan untuk menebus baucar atau hadiah tertentu.

Namun, Grab kini telah menjenamakan semula GrabRewards sebagai GrabCoins serta memperkenalkan lebih banyak cara untuk membolehkan pengguna berjimat menerusi aktiviti harian di aplikasi Grab.

GrabCoins kini aktif di Singapura, Malaysia, Thailand, Filipina, Kemboja, Myanmar dan Vietnam (dikenali sebagai GrabXu di Vietnam).

Pengguna hanya perlu mengemas kini aplikasi Grab kepada versi 5.380.0 (atau lebih baharu) untuk mula mengumpul dan membelanjakan GrabCoins. 

GrabCoins Akan Diterima Dengan Setiap Pembelian & Tempahan

Pengguna boleh memperoleh GrabCoins dengan membuat pembelian atau tempahan melalui aplikasi Grab.

GrabCoins boleh dikumpul melalui transaksi Food, Delivery, Transport, Express dan Mart, di samping menerusi GrabPay, PayLater dan bank digital (GXS Bank, GXBank) di pasaran terpilih.

Selain itu, pengguna boleh memperoleh lebih banyak GrabCoins bagi transaksi tertentu, yang mana peluang memperoleh ganjaran ini diperkenalkan secara berperingkat dalam pelaksanaan berfasa.

Ini termasuk menjadi hos GrabFood Group Orders, menempah meja melalui Grab Dine Out, membayar dengan GrabPay dan PayLater, membuat tempahan kenderaan melalui Advance Booking ataupun menggunakan perkhidmatan Partner App yang baru dilancarkan, serta ketika berbelanja di kedai fizikal seperti Jaya Grocer.

Peluang memperoleh bonus GrabCoins tersedia melalui tindakan tertentu dan kaedah pembayaran terpilih, dengan ganjaran antara 0.5X hingga 5X, termasuk ganjaran nilai tetap.

Tebus GrabCoins Untuk Nikmati Penjimatan

Pengguna kemudian boleh menebus GrabCoins yang telah dikumpul dan menikmati penjimatan untuk tempahan dan transaksi yang akan datang.

Mereka boleh membuat penebusan melalui butang di laman daftar keluar Food dan Mart. Ini membolehkan mereka mengurangkan jumlah yang perlu dibayar secara langsung. 

Pengguna boleh mengetahui cara-cara terbaru untuk mengumpul GrabCoins dengan mengunjungi halaman GrabCoins di versi terkini aplikasi Grab. 

Halaman GrabCoins merupakan hab yang diperibadikan untuk pengguna menemui cara paling sesuai bagi mengumpul lebih GrabCoins serta menebus tawaran yang paling relevan untuk mereka.

Bahagian ini dalam aplikasi Grab membimbing pengguna dalam mempertimbangkan pelbagai cara mendapatkan nilai daripada transaksi harian melalui Grab dengan mendapatkan dan mengumpul GrabCoins. 

Apakah perbezaan Antara GrabCoins & GrabRewards?

Grab memperbaharui GrabRewards untuk membolehkan pengguna mengumpul dan menebus ganjaran dengan lebih mudah dan pantas.

Pengguna kini boleh melihat dengan mudah nilai GrabCoins yang telah dikumpul, termasuk maklumat mengenai keseluruhan bilangan GrabCoins yang telah dikumpul sejak sekian lama, bilangan GrabCoins yang boleh diperoleh bagi setiap transaksi, serta jumlah yang boleh dibelanjakan untuk transaksi akan datang sebelum membuat pembayaran.

Dengan mempertingkatan ketelusan mengenai cara GrabCoins dinilai, dikumpul dan dibelanjakan, pengguna dapat menikmati lebih banyak manfaat sebagai sebahagian daripada ekosistem Grab.

GrabCoins boleh ditebus serta-merta untuk mengurangkan pembayaran, memberi pengguna gambaran jelas tentang cara mengumpul dan menggunakan mata ganjaran.

Dalam masa sama, Grab juga telah memperkenalkan cara tambahan untuk pengguna mengumpul lebih banyak Mata GrabRewards sebelum pelancaran rasmi GrabCoins pada November 2025.

Kadar pengumpulan GrabCoins untuk perkhidmatan Grab, pembelian atas talian, dan di kedai fizikal menggunakan PayLater, GrabPay, serta kaedah pembayaran lain.

Mata GrabRewards Yang Terkumpul Akan Ditukar Menjadi GrabCoins

Mata GrabRewards yang telah diperoleh dan dikumpul oleh pengguna akan ditukar secara automatik kepada GrabCoins pada kadar satu-satu sebaik sahaja pengguna mengemas kini aplikasi Grab mereka.

Sebagai contoh, jika seorang pengguna mempunyai 2000 Mata GrabRewards, ia akan terus ditukar menjadi 2000 GrabCoins. 

Bermula Januari 2026, pengguna digalakkan untuk membelanjakan GrabCoins yang telah diperoleh dalam tempoh enam bulan selepas ianya diberikan, sebelum tarikh luput.

Berikut ialah beberapa perubahan utama yang perlu diberi perhatian pengguna semasa fasa peralihan ini:

Kemaskini tarikh luput GrabCoins: baki setakat 17 November 2025 dan GrabCoins yang diperoleh sehingga 31 Disember 2025 akan luput pada 31 Julai 2026.

Ketahui lebih lanjut mengenai GrabCoins di laman Inside Grab.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd