Now Reading
Scoot Mulakan Penerbangan Sulung Ke Kota Bharu Kelantan

Scoot Mulakan Penerbangan Sulung Ke Kota Bharu Kelantan

Kota Bharu adalah destinasi penerbangan ke-12 Scoot di Malaysia dan akan dioperasikan oleh pesawat terkini Scoot, pesawat Embraer E190-E2.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Scoot, pesawat EScoot, anak syarikat tambang rendah Singapore Airlines (SIA), memulakan khidmat penerbangan ke Kota Bharu pada 26 Oktober 2025.

Dengan Kota Bharu sebagai destinasi terbaru tambahan, Scoot kini beroperasi ke 12 destinasi di seluruh Malaysia termasuk Ipoh, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Kuching, Kuantan, Pulau Langkawi, Melaka, Miri, Pulau Pinang, Sibu dan Subang. 

Scoot akan mengoperasikan penerbangan dua kali seminggu antara Kota Bharu dan Singapura dengan pesawat Embraer E190-E2.

Direka untuk keselesaan tambahan, pesawat berkapasiti 112 tempat duduk ini menampilkan susunan lajur tempat duduk 2-2 satu kelas penerbangan, enjin yang lebih senyap dan tingkap kabin yang lebih luas. 

Bagi meraikan detik penting ini, Tourism Malaysia bersama-sama pihak berkuasa tempatan lapangan terbang telah menganjurkan sebuah acara sambutan ketibaan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

Penumpang yang tiba di Kota Bharu disambut meriah dengan persembahan budaya dan cenderamata bagi meraikan penerbangan sulung ini. 

Encik Calvin Chan, Ketua Pegawai Komersial Scoot berkata, “Kami teruja untuk melancarkan penerbangan ke Kota Bharu, sekaligus mengukuhkan kehadiran Scoot di Malaysia dan meningkatkan keterhubungan rantau.

“Untuk warga tempatan dan penduduk di Pantai Timur Malaysia, laluan penerbangan baru ini akan menawarkan lebih kemudahan untuk terbang ke Singapura dan rangkaian luas Kumpulan SIA yang lain.

“Kami akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi perdagangan dan pelancongan untuk meningkatkan jumlah penerbangan masuk ke Malaysia.”

Tambang tiket satu hala Kelas Ekonomi dari Kota Bharu ke Singapura termasuk cukai bermula pada RM125, sedia untuk tempahan melalui laman web Scoot, aplikasi mudah alih dan saluran jualan yang dilantik.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd