Now Reading
Petron Malaysia Perkenal Kempen ‘PASTI OK’, Tawar Perkhidmatan Mesra Pelanggan

Petron Malaysia Perkenal Kempen ‘PASTI OK’, Tawar Perkhidmatan Mesra Pelanggan

Petron Malaysia membantu pelanggan menyesuaikan diri dengan perubahan landskap bahan api di bawah kerangka subsidi baharu, BUDI RON95.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selaras dengan pelaksanaan program subsidi bersasar kerajaan, BUDI MADANI  RON95, Petron Malaysia memperkenalkan kempen ‘PASTI OK’ sebagai usaha memperkukuh peranannya.

Bukan sekadar sebagai pembekal bahan api yang dipercayai, tetapi juga penyedia perkhidmatan yang mesra dan prihatin kepada semua rakyat Malaysia, menawarkan kemudahan terjaga rapi, tandas yang bersih dan layanan mesra. 

‘PASTI OK’ Adalah Janji Petron Untuk Pengalaman Positif Di Kalangan Pengguna

Selepas pelancaran awal pada bulan September lalu, kempen PASTI OK kini diteruskan dengan pelancaran rasmi di Petron Shah Alam Seksyen 24. Majlis tersebut menekankan komitmen berterusan Petron dalam membantu pelanggan menyesuaikan diri dengan perubahan landskap bahan api di bawah kerangka subsidi baharu. 

“Kami faham bahawa perubahan boleh menimbulkan ketidakpastian. Namun di Petron, kami mahu pelanggan tahu bahawa PASTI OK bukan sekadar slogan, ia adalah satu janji.

“Kami komited untuk menjadikan peralihan ini lebih mudah dengan mewujudkan pengalaman di stesen minyak yang disambut dengan kakitangan yang mesra, prihatin, serta bersifat inklusif dan memperkasa. Pelanggan boleh ‘Semak, Bayar, Isi’ dan berasa tenang kerana kami sentiasa bersedia membantu,” kata Ketua Perniagaan Runcit Petron Malaysia, Shaliza Mohd Sidek.

Foto: Petron Malaysia

Kempen PASTI OK Turut Perkenalkan Isyarat Tangan

Pada asasnya, PASTI OK bukan sekadar inisiatif penjenamaan. Ia turut memperkenalkan isyarat tangan bagi Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) untuk ‘PASTI OK’, yang telah disahkan oleh Persekutuan Orang Pekak Malaysia.

Isyarat ini mencerminkan usaha Petron untuk mewujudkan suasana perkhidmatan mesra, terbuka dan mudah diakses oleh semua, termasuk golongan kurang upaya serta komuniti yang terpinggir. 

Foto: Petron Malaysia

Kempen PASTI OK melambangkan semangat Petron sebagai stesen minyak mesra kejiranan untuk semua. Sama ada mengisi minyak, menikmati secawan kopi atau sekadar singgah menggunakan kemudahan, pelanggan sentiasa dialu-alukan dan rasai pengalaman seperti di rumah sendiri. 

MV Mimifly ‘Semak, Bayar, Isi’ Selari Dengan Pelaksanaan Subsidi BUDI MADANI

Antara kemuncak majlis pelancaran ialah persembahan langsung video muzik rasmi ‘PASTI OK’ oleh artis tempatan Mimifly.

Foto: Petron Malaysia

Lagu yang rancak ini selari dengan slogan yang digunapakai oleh kerajaan untuk BUDI MADANI RON95 “Semak, Bayar, Isi”, iaitu panduan tiga langkah mudah untuk membantu pengguna menyesuaikan diri dalam persekitaran subsidi baharu.

Video muzik ini menyampaikan mesej tersebut melalui penceritaan yang menarik, lirik mudah diingati dan nada yang membangkitkan semangat, menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyesuaikan diri dengan lebih yakin. 

Pelanggan Boleh Kumpul Mata Ganjaran Guna MyKad Sahaja

Dalam usaha menyesuaikan diri dengan pelaksanaan subsidi bersasar, Petron melangkah lebih jauh dalam mempertingkat pengalaman dengan menyediakan kaunter BUDI95 di semua stesen bagi menjawab sebarang pertanyaan pelanggan.

Selain itu, Petron juga sedang beralih kepada sistem baharu yang membolehkan pelanggan mengumpul mata ganjaran PMiles dengan menggunakan MyKad tanpa perlu menggunakan kad PMiles. 

Foto: Petron Malaysia

Pelanggan hanya perlu menyentuh MyKad ketika transaksi dibuat dan mereka akan beroleh mata ganjaran secara automatik. Dengan setiap perjalanan, rakyat Malaysia boleh menantikan  pengalaman stesen minyak yang mesra, inovatif dan PASTI OK! 


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd