Now Reading
Nikmati BUDI95 Menerusi Aplikasi Setel, Tak Perlu Sahkan MyKad Secara Manual Lagi

Nikmati BUDI95 Menerusi Aplikasi Setel, Tak Perlu Sahkan MyKad Secara Manual Lagi

Menerusi aplikasi Setel, pengguna juga boleh menyemak kelayakan dan baki BUDI95.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setel Ventures Sdn Bhd (Setel), aplikasi pengisian bahan api dan mobiliti pertama yang paling pesat berkembang di Malaysia, memberikan akses yang mudah kepada rakyat Malaysia yang layak untuk program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) bermula 30 September 2025.

Melalui pengesahan akaun yang hanya perlu dilakukan sekali sahaja dalam aplikasi, pengguna boleh mengisi minyak di lebih 1,000 stesen PETRONAS tanpa perlu pengesahan MyKad secara manual pada setiap transaksi.

Selepas pengesahan dilakukan, pengguna boleh menikmati manfaat tambahan di dalam ekosistem Setel.

Pam Minyak Terus Dari Kenderaan Dengan Ciri ‘One-Tap’ Setel

Ciri-ciri seperti pengisian One-tap membolehkan pengaktifan pam terus dari kenderaan, manakala Setel Lite memberikan pengalaman lancar yang sama pada telefon mudah alih yang lama.

Setiap transaksi juga akan memperoleh sehingga tiga kali ganda mata ganjaran Mesra Rewards, memberikan nilai tambah pada setiap liter.

Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Abdullah Ayman Awaluddin berkata, “Penambahbaikan ini merupakan usaha kami untuk menyokong gaya hidup digital yang selaras dengan rutin masyarakat kita. Keutamaan Setel adalah untuk memberi kemudahan dengan menjadikan pengisian bahan api lebih lancar dan pantas bagi rakyat Malaysia.

“Dengan pengesahan akaun sekali sahaja di aplikasi Setel, pengguna boleh terus ke pam tanpa perlu beratur dan memperoleh ganjaran untuk setiap transaksi mereka.

“Kami akan terus mengutamakan inisiatif yang boleh memanfaatkan serta memberi nilai kepada pelanggan kami bagi setiap keperluan mereka,” katanya.

Sumber: Setel

Setel Diselia Di Bawah BNM, Utamakan Keselamatan & Privasi

Selain kemudahan, Setel menjadikan keselamatan dan privasi satu keutamaan. Beroperasi di bawah seliaan Bank Negara Malaysia, Setel memastikan perlindungan data pengguna sepanjang proses pengesahan dan pengisian bahan api.

Kerangka kerja ini membuktikan komitmen Setel untuk memastikan setiap transaksi adalah selamat, boleh dipercayai dan lancar.

Di bawah program BUDI95 yang diumumkan oleh Kerajaan, rakyat Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas dengan MyKad dan lesen memandu yang sah akan menikmati RON95 pada harga RM1.99 seliter, dengan had 300 liter sebulan.

Pemandu e-hailing juga akan diberi liter tambahan yang melebihi had bulanan bagi membantu kehidupan mereka.

Semak Baki Budi95 Di Setel

Pengguna boleh menyemak kelayakan dan baki BUDI95 mereka di aplikasi Setel mulai 25 September 2025, dengan maklumat penuh yang tersedia melalui saluran rasmi Setel.

Pengguna baharu yang mendaftar dan membuat pengesahan akaun juga berpeluang mendapatkan ganjaran melalui aplikasi Setel, pengedar stesen PETRONAS, acara jelajah serta rakan kongsi yang terlibat.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd