Petron Malaysia Terima Pensijilan SIRIM, Lindungi Pengguna Dari Minyak Enjin Tiruan
Untuk info, pensijilan berasaskan piawaian SIRIM 58, Skim Pensijilan Produk Tulen ini memastikan produk mematuhi piawaian dan minyak enjin mengikut spesifikasi.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Petron Malaysia kini berjaya meraih Lesen Produk Tulen SIRIM, lesen yang diperoleh di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Minyak Enjin Bagi Kenderaan Bermotor) 2024.
Lesen ini membolehkan syarikat memohon Label Produk Tulen SIRIM untuk minyak enjin Petron di pasaran Malaysia. Memiliki label ini dalam masa sama memberikan jaminan kepada para pelanggan bahawa minyak enjin Petron adalah tulen dan dihasilkan mengikut spesifikasi.
Untuk info, pensijilan ini berasaskan piawaian SIRIM 58, Skim Pensijilan Produk Tulen (Minyak Enjin untuk Kenderaan Bermotor).
Skim ini memastikan setiap produk mematuhi piawaian, melindungi pengguna daripada minyak enjin tiruan serta memberi keyakinan bahawa minyak enjin Petron dihasilkan secara konsisten mengikut spesifikasi.

Antara rangkaian pelincir Petron yang akan membawa pelekat SIRIM ialah:
- Petron Blaze Racing series
- Petron Rev-X series
- Petron Rider 4T series
- Petron 2T series
- Super Tractor Universal Oil (STOU)
Sijil SIRIM Bukti Komitmen Petron Untuk Menghasilkan Minyak Enjin Berkualiti Tinggi
Pengiktirafan ini diberikan selepas Petron berjaya melalui proses pemeriksaan, audit dan pensijilan, sekaligus mengukuhkan lagi reputasi syarikat dalam aspek kualiti, keaslian dan kepercayaan pelanggan.
“Selaras dengan garis panduan dan prosedur baharu, Petron berbangga menerima Lesen Produk Tulen SIRIM yang menegaskan lagi kualiti, keaslian dan kebolehpercayaan minyak enjin kami. Ia juga membuktikan komitmen kami untuk menghasilkan produk yang mampu memberi perlindungan lebih baik kepada enjin kenderaan pelanggan,” kata Ketua Perniagaan Komersial Petron Malaysia, Mohd Asri Ibrahim.
Majlis penyerahan sijil rasmi diadakan di ibu pejabat Petron Malaysia di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, yang mana penyampaian sijil disempurnakan oleh Azmi Musa, Pengurus Besar Kanan, Jabatan Perkhidmatan Ujian, SIRIM QAS International Sdn. Bhd.
Dengan pengiktirafan ini, Petron layak memohon dan menggunakan Tanda Pensijilan SIRIM serta Label Keselamatan pada produk yang diperakui. Petron terus komited membekalkan minyak enjin dan pelincir berkualiti tinggi melalui rangkaian stesen minyak dan pengedarnya di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan Petron Malaysia, anda boleh layari [DI SINI] atau ikuti akaun Facebook dan Instagram.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



