Cetaphil SkinLABS Bantu Orang Ramai Dapatkan Info & Ilmu Penjagaan Kulit Yang Betul
Strategi berasaskan sokongan advokasi dilancarkan Cetaphil ini mengutamakan pendedahan pengguna kepada kepakaran dermatologi.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Hari ini (12 Ogos), rangkaian penjagaan kulit sensitif dan jenama penjagaan kulit dermatologikal No. 1 di Malaysia Cetaphil®, mengumumkan transformasi penjenamaan semulanya dengan langkah berani menggunakan strategi berasaskan sokongan advokasi.
Pendekatan baharu ini diperkenalkan semasa pelancaran rasmi Cetaphil SkinLABS dengan kolaborasi bersama pakar-pakar dermatologi, di samping turut menjalinkan kerjasama baharu dengan komuniti pempengaruh.
Ini bagi memastikan nasihat dan ilmu daripada mereka yang berpengalaman dapat diakses oleh semua pihak. Bukan itu sahaja, Cetaphil juga memperkenalkan rangkaian yang lebih inovatif dengan melancarkan dua produk perintis iaitu rangkaian Gentle Exfoliating Salicylic Acid dan Cetaphil Baby Soothing Moisturising Cream.
Cetaphil Kolaborasi Bersama Pakar Dermatologi Untuk Sebarkan Ilmu Tentang Penjagaan Kulit
Bertindak di atas penerimaan cadangan dan nasihat yang terlalu banyak berkaitan penjagaan kulit di media sosial, Cetaphil telah melancarkan strategi berasaskan sokongan advokasi.
Ia mengutamakan pendedahan pengguna kepada kepakaran dermatologi. Kekurangan pengetahuan dermatologi boleh menyebabkan seseorang mendapat maklumat yang salah dan berkemungkinan terdedah kepada amalan penjagaan yang memudaratkan.
Oleh disebabkan itu, Cetaphil menjalinkan kolaborasi dengan pakar dermatologi dan influencer untuk belajar dan mendapatkan sokongan berkaitan penjagaan kulit yang berkesan buat semua.

Produk Kulit Sensitif Kurang Berkesan, Betul Ke?
Untuk info, kulit sensitif menjejaskan hampir 50% orang dewasa di Malaysia. Meskipun perkara ini agak mengejutkan, salah faham sejak sekian lama telah menghalang perkembangan kategori jenis kulit sensitif ini.
Antara stigma orang ramai adalah produk yang direka untuk kulit sensitif sering dilihat sebagai terlalu lembut atau kurang dari segi keberkesanannya.
Cetaphil dengan tegas telah menolak stigma ini dengan memberikan solusi penjagaan kulit yang berkesan di samping melindungi lapisan pelindung kulit tanpa menjejaskan hasil keseluruhannya.
Rangkaian Pembersih & Losyen Cetaphil Bantu Perbaiki Tona Kulit
Dihasilkan untuk kulit berminyak dan mudah berjerawat, Pembersih dan Losyen Lembut Cetaphil Gentle Exfoliating SA adalah gabungan yang hebat.
Ia menggabungkan tiga asid lembut—PHA (Glukonolakton) untuk melembap dan hidrasi, AHA (Asid Mandelik) bagi memperbaiki tona kulit serta penghasilan sel kulit baharu, dan BHA (Asid Salisilik) untuk mengawal minyak dan mengurangkan kemerahan iaitu pengelupasan yang lembut tanpa kerengsaan.
Campuran unik ini menggalakkan pembaharuan sel untuk menghasilkan kulit yang lebih lembut dan berseri selepas dengan hanya sekali penggunaan, secara klinikal dapat mengurangkan jeragat sebanyak 28% dan bintik hitam sebanyak 45% pada kulit yang mudah berjerawat.
Ia juga meningkatkan kesemua 15 seramida penting untuk memulihkan lapisan pelindung kulit, sementara losyennya memberikan hidrasi selama 48 jam.
- Gentle Exfoliating SA Cleanser: Pembersih ini berkesan menanggalkan kekotoran dan mengelupas dengan lembut, menjadikan kulit lebih lembut dan halus selepas dengan hanya sekali penggunaan. 90% pengguna bersetuju kulit mereka terasa lebih lembut dan halus selepas satu kali menggunakannya.
- Gentle Exfoliating SA Lotion: Terbukti secara klinikal mampu memberikan hasil yang pantas dan ketara ke atas tekstur dan tona kulit. Losyen ini meningkatkan penghidratan segera sebanyak 83% dan bertahan sehingga 48 jam, di samping mengelupas dengan lembut untuk tona kulit lebih sekata.
Memahami keperluan unik kulit halus bayi yang baru lahir, Cetaphil berasa bangga untuk memperkenalkan Cetaphil Baby Soothing Moisturising Cream baharu, formulasi yang telah diuji secara klinikal, bebas pewangi dan bebas jeli petroleum.
Ia direka untuk kulit halus bayi yang baru lahir dengan memberikan tiga manfaat utama:
- Melegakan: Gabungan Gliserin, Minyak Bunga Matahari dan Minyak Badam dapat segera melegakan kerengsaan dan kekeringan. Ia memelihara lapisan pelindung kulit dan meningkatkan kelembapan.
- Menghidratkan: Memberikan penghidratan sehingga 48 jam, menjadikan kulit lembut dan licin.
- Melindungi: Menghasilkan lapisan pelindung untuk perlindungan terhadap 5 tanda kulit sensitif. Terbukti secara klinikal dapat memperbaiki lapisan pelindung kulit daripada aplikasi pertama selama sehingga 8 jam, penghalang terhadap punca luaran kerengsaan.
Cetaphil SkinLABS Kongsi Ilmu Kepada Gen Z & Milenium Tentang Penjagaan Kulit
Cetaphil SkinLABS bukan sekadar pameran rangkaian produk, ia merupakan sebuah platform pembelajaran yang direka untuk membina pertalian jenama dengan pengguna di kalangan Gen Z dan Milenium bagi mengukuhkan lagi kedudukan Cetaphil sebagai teman penjagaan kulit seumur hidup.
Acara ini menghidupkan etos kempen melalui pengalaman yang mendidik dan menarik, meningkatkan lagi keyakinan dari segi klinikal melalui penceritaan berinteraktif yang berteraskan sokongan advokasi.

Dalam masa sama acara tersebut menampilkan ahli dermatologi terkemuka, pempengaruh KOL kecantikan dan gaya hidup, media dan pengguna jenama lain, di mana kesemuanya dijemput untuk menerokai pendekatan Cetaphil yang berasaskan sains.
Pelbagai aktiviti menarik turut dijalankan termasuklah sesi interaktif, ceramah berinformatif yang diterajui oleh pakar dermatologi, dan demonstrasi inovasi terkini jenama Cetaphil.
Untuk ketahui lebih lanjut tentang Pembersih dan Losyen Lembut Pengelupasan Salisilik Asid baharu, Krim Pelembap Bayi Cetaphil atau Cetaphil SkinLABS, anda boleh layari laman web [DI SINI] atau menerusi TikTok, Instagram dan Facebook.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.