Now Reading
the Curve Kembali Dengan Merdeka Food Run 2025, Lari Sambil Nikmati Juadah Ikonik Malaysia

the Curve Kembali Dengan Merdeka Food Run 2025, Lari Sambil Nikmati Juadah Ikonik Malaysia

Merdeka Food Run 2025 ini akan berlangsung pada 30 Ogos jam 7.30 AM.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau anda suka berlari dan makan, inilah acara yang wajib anda sertai! the Curve Merdeka Food Run 2025 kini kembali dengan edisi lebih besar, lebih meriah dan pastinya lebih sedap.

Berlangsung sejauh 5KM, acara ini bukan sekadar larian biasa, ia adalah gabungan gaya hidup sihat, rasa cinta terhadap makanan tempatan, dan semangat kemerdekaan yang membara.

Pada tahun lalu (2024), larian ini berjaya menarik 1,500 peserta. Untuk tahun ini pula, penganjur menjangkakan kehadiran lebih 3,000 orang dari pelbagai latar belakang termasuk keluarga, penggemar kecergasan, pencinta makanan, dan semua rakyat Malaysia yang sukakan aktiviti penuh semangat.

Lari Sambil Singgah Makan Nasi Lemak, Karipap, Satay & Banyak Lagi

Acara ini akan bermula jam 7.30 pagi di Piazza, the Curve, dan sepanjang laluan 5KM, peserta akan disajikan dengan ‘food pit stops’ yang menyajikan juadah kegemaran rakyat Malaysia. Antaranya ialah Nasi Lemak, Karipap, dan Sate.

Siapa kata lari tak boleh sambil makan?

“Tiada cara yang lebih sesuai untuk meraikan Merdeka selain menyatukan rakyat melalui dua perkara yang kita paling gemari, makanan dan kebersamaan,” kata Ketua Pegawai Operasi Boustead Properties Berhad, Jazmi Kamarudin.

Sumber: the Curve

Promosi Kesihatan, Warisan & Semangat Komuniti

Merdeka Food Run 2025 adalah sebahagian daripada Kempen Merdeka the Curve sepanjang bulan Ogos, yang bertemakan kesihatan, warisan dan harmoni.

Selain larian, pengunjung juga boleh menikmati aktiviti kebudayaan dan program komuniti yang meraikan kepelbagaian budaya Malaysia.

Pendaftaran kini dibuka sehingga 3 Ogos 2025, dengan harga promosi khas untuk penyertaan berkumpulan (4 orang).

Terdapat juga pakej korporat untuk syarikat yang mahu menganjurkan aktiviti pembinaan pasukan. Peserta juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah bernilai RM10,000!

Sumber: the Curve

Jom Raikan Merdeka Cara Kita Dengan Langkah & Rasa!

Tak kisahlah anda berlari untuk kesihatan, keseronokan atau sekadar nak merasa makanan, the Curve Merdeka Food Run 2025 adalah pengalaman yang anda tidak patut lepaskan.

  • Tarikh: 30 Ogos 2025
  • Masa: 7.30AM
  • Lokasi: the Curve Mutiara Damansara

Untuk maklumat lanjut dan proses pendaftaran, anda boleh layari the Curve [DI SINI] atau HeyJom [DI SINI].

Bagi mendapatkan info seterusnya mengenai acara larian ini, anda boleh follow the Curve di Facebook dan Instagram.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd