ASICS Lancar Little Reminders, Jadi Pembakar Semangat Golongan Berumur Terus Bersenam
Sekumpulan kanak-kanak dikenali sebagai Little Reminders tampil dengan panduan senaman khas untuk orang dewasa, dengan mesej utama agar masyarakat bersenam demi rasa seronok dan sihat, bukan sekadar penampilan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bersempena dengan Global Running Month, ASICS memperkenalkan pasukan pempengaruh kecergasan termuda di Asia Tenggara yang diberi nama Little Reminders.
Mereka merupakan sekumpulan kanak-kanak berumur antara tujuh hingga sembilan tahun yang tampil dengan misi untuk mengingatkan orang dewasa agar bersenam kerana ia membuatkan kita tampak dan rasa sihat serta cergas.
Kanak-kanak secara semula jadinya suka bergerak. Mereka berlari, melompat dan memanjat kerana ia menyeronokkan.
Tetapi apabila meningkat dewasa, motivasi untuk bersenam sering berubah menjadi tekanan untuk kelihatan cantik, mengikut jadual yang ketat dan rutin yang terlalu serius.
Baca Artikel Berkaitan: ASICS Kongsi Kisah Para Wanita Terokai Pickleball, Bantu Pemain Kekal Cergas
ASICS Malaysia Bawa Keluarga Rasai Kegembiraan Bersenam Tanpa Tekanan
ASICS mewujudkan inisiatif Little Reminders sebagai usaha untuk mengingatkan semula orang dewasa tentang manfaat mental yang datang daripada bersenam.
Pasukan ini terdiri daripada kanak-kanak dari seluruh Asia Tenggara yang bersenam kerana mereka sukakannya, bukan kerana perlu.
Lebih menarik, mereka turut membangunkan Workout Guide pertama yang dihasilkan oleh kanak-kanak khas untuk orang dewasa.
Panduan ini memberi perspektif baru bahawa pergerakan fizikal tidak semestinya bersifat kompetitif atau penuh tekanan, malah ia juga boleh jadi seronok, ringan dan membahagiakan.
Mereka juga akan mengambil alih platform media sosial beberapa pempengaruh kecergasan terkenal bagi menyebarkan mesej ini kepada lebih ramai orang.
ASICS Asia Seru Kembali Kepada Tujuan Asal Pergerakan

Pengarah Urusan ASICS Asia, Yogesh Gandhi menjelaskan bahawa kanak-kanak bergerak kerana mereka mahu, bukan kerana mereka perlu mencapai apa-apa. Tiada tekanan, tiada sasaran, hanya rasa seronok.
Malangnya, apabila kita meningkat usia, senaman sering menjadi sesuatu yang didorong oleh angka, rupa dan jangkaan.
Beliau menegaskan bahawa apa yang sepatutnya menjadi aktiviti menaikkan semangat sering kali berubah menjadi beban tambahan dalam hidup. ASICS percaya sudah tiba masanya untuk mengembalikan semula kegembiraan itu.
Tambah beliau, nama ASICS sendiri membawa makna Anima Sana in Corpore Sano iaitu minda sihat dalam tubuh yang sihat.
Mesej itu menjadi teras utama kepada kempen Little Reminders yang membuktikan bahawa bersenam demi rasa bahagia sudah lebih daripada mencukupi.
Aktiviti Di Malaysia Tekankan Kegembiraan Bersama Keluarga

Di Malaysia, acara khas telah diadakan pada 29 Jun lalu di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur bagi menyemarakkan lagi mesej kempen ini.
Acara ini menghimpunkan keluarga, anak-anak dan peminat kecergasan yang ingin merasai pengalaman bersenam secara santai.
Para peserta turut diperkenalkan kepada Workout Guide yang memberi panduan tentang senaman ringkas tanpa tekanan, diinspirasikan sepenuhnya oleh dunia kanak-kanak.
Sepanjang acara, suasana dipenuhi gelak tawa dan pergerakan bebas, menandakan pendekatan baharu terhadap kecergasan.
Menurut Boon Tib Soom Nik, Pengurus Negara ASICS Malaysia, beliau melihat sendiri bagaimana keluarga mula menikmati semula pergerakan fizikal dalam bentuk yang lebih efisyen.
“Kempen Little Reminders ini membuktikan bahawa keseronokan adalah kunci kepada gaya hidup sihat. Kita perlu ingat semula bahawa bersenam adalah tentang rasa gembira, bukan semata-mata hasil luaran.”
Acara diakhiri dengan 3km Fun Run, di mana keluarga berlari tanpa tekanan untuk menang. Mereka hanya menikmati saat bergerak bersama, satu pengalaman yang mengingatkan tentang tujuan asal bersenam.
Ibu Bapa Akui Pendekatan Ini Dapat Ubah Perspektif Tentang Aktiviti Bersenam
Antara yang turut hadir ialah Adilla Noraidillina Adilla J. Sam, bekas pelumba basikal kebangsaan. Bersama anaknya, beliau menyertai aktiviti senaman Little Reminders dan mengakui ia membuka cara baru dalam menikmati senaman.
Beliau berkongsi bahawa sebelum ini, senaman sering dikaitkan dengan teknik dan sasaran. Namun melalui pendekatan ini, beliau mula melepaskan tekanan dan fokus kepada keseronokan bersama anaknya.
“Apabila saya buang jangkaan dan ikut rentak anak, saya sendiri lebih seronok bersenam. Inilah sebenarnya maksud minda sihat dalam tubuh yang sihat,” katanya.
Baca Artikel Berkaitan: “Move Your Body, Move Your Mind” – ASICS Taja Pakaian Acara Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2025
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.