K-Bakeri Tous Les Jours Dibuka Di Malaysia, Cawangan Pertama Di Sunway Pyramid
Di samping itu, satu lagi cawangan Tous Les Jours bakal dibuka di Sunway Velocity pada 14 Jun ini.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Peminat sajian bakeri berinspirasikan Korea (K-bakeri) yang menambat selera di Malaysia pasti gembira untuk mendapat berita bahawa Tous Les Jours, kafe bakeri yang diiktiraf global, akan membuka dua cawangan baharu yang amat dinanti-nantikan.
Kedua-dua pembukaan ini merupakan lokasi terawal yang dibuka di Malaysia berikutan termeterainya perjanjian francais induk dengan SEH Food, sebahagian daripada Stream Empire Holdings, pada bulan Januari 2025.
Tous Les Jours Bakal Dibuka Di Sunway Pyramid & Sunway Velocity
Tous Les Jours sekali lagi akan menawarkan pilihan pastri, kek dan roti yang serba menarik di lokasi perdana Sunway Pyramid dan Sunway Velocity.
Tous Les Jous, yang bermaksud “Setiap Hari” dalam Bahasa Perancis, jelas menepati namanya dengan menawarkan pilihan sajian lazat yang dibuat khas dengan ramuan premium dan dibakar segar di dalam kafe setiap hari.
Tidak lama lagi, rakyat Malaysia boleh menikmati daya tarikan unik jenama kegemaran ramai ini, yang diiktiraf secara meluas sebagai jenama K-bakeri terkemuka yang menggabungkan perisa kontemporari Korea dengan cita rasa tempatan.
Lokasi pertama daripada dua cawangan yang bakal membuka pintu dengan majlis pembukaan gilang-gemilang ialah di Sunway Pyramid yang menjadi tumpuan ramai pada 4 Jun 2025, diikuti oleh Sunway Velocity pada 14 Jun 2025.
Lokasi strategik ini mendukung cita-cita Tous Les Jours untuk menetapkan jenama sebagai kafe bakeri premium pilihan utama di Malaysia, dengan memanfaatkan minat kukuh di negara ini terhadap budaya Korea dan juga selera orang ramai untuk menikmati pengalaman bakeri yang luar biasa.

Nikmati Pelbagai Sajian Roti, Manisan & Kopi Di Tous Les Jours
Apabila singgah di kafe bakeri Tous Les Jours, anda akan disambut serta-merta oleh aroma sajian bakeri segar yang memikat selera.
Nikmati pelbagai jenis roti, yang dibuat khas berpandukan resepi asli, daripada roti Eropah klasik kepada pastri enak dan penambat hati menyelerakan yang sesuai dinikmati pada bila-bila masa.
Untuk memperingati detik istimewa atau sebagai pengikat kasih, pilihlah pelbagai kek yang disediakan, sesuai untuk diberikan sebagai hadiah dan menyambut perayaan.
Cuba juga pelbagai hidangan manisan lazat, termasuk tart, roti manis dan potongan kek individu.
Untuk pilihan yang mudah dibawa dan penuh berkhasiat khususnya bagi individu yang sibuk, Tous Les Jours menyediakan pelbagai sajian ringan termasuk roti ciptaan tersendiri, yang diisi dengan inti dan sayuran segar.
Lengkapkan pengalaman menjamu selera anda dengan pilihan kopi beraroma dan minuman istimewa, yang disediakan teliti supaya serasi dinikmati dengan sajian yang manis mahupun yang berperisa di kafe bakeri ini.

Peluasan Operasi Tous Les Jours Disokong Oleh Kerjasama Stream Empire Holdings & CJ Foodville
Jaclyn Tan, Ketua Pegawai Pemasaran Stream Empire Holdings, menyuarakan keghairahannya sambil berkata, “Kami amat teruja untuk membuka bukan satu tetapi dua cawangan Tous Les Jours baharu di Malaysia! Pembukaan sulung ini sejak pakatan kami diumumkan pada bulan Januari menunjukkan kesungguhan kami untuk berkongsi seni menyediakan sajian bakeri bercitarasakan Korea untuk anda semua.
“Setiap cawangan, di Sunway Pyramid dan Sunway Velocity, merupakan tempat di mana kami berusaha gigih untuk menghasilkan sajian bakeri yang segar dan benar-benar istimewa. Kami tidak sabar mahu menerima kunjungan pelanggan kami dan berkongsi pengalaman mesra dan menarik yang memang dikaitkan dengan Tous Les Jours,” katanya.
Jeong Soo Won, Ketua Serantau Asia Tenggara CJ Foodville menambah, “Kami sukacita untuk melihat Tous Les Jours diperkenalkan semula kepada pasaran Malaysia yang pesat berkembang menerusi dua lokasi menarik ini. Kepantasan pembukaan kedua-dua cawangan ini membuktikan kekuatan kerjasama ini.
“Kami di CJ Foodville yakin bahawa rakyat Malaysia akan kembali menerima keunikan cita rasa dan pengalaman mesra yang memang dikaitkan dengan Tous Les Jours, dan kami gembira untuk menyokong peluasan operasi ini,” ujarnya.

Rakyat Malaysia dijemput untuk mencuba sendiri kelazatan produk bakeri yang dibakar segar setiap hari yang ditawarkan oleh Tous Les Jours.
Catatkan pada kalendar anda tarikh majlis pembukaan gilang-gemilang, iaitu 4 Jun 2025 di Sunway Pyramid dan 14 Jun 2025 di Sunway Velocity dan bersiap sedia untuk mula menikmati cita rasa bakeri moden berinspirasikan Korea.
Untuk mengikuti perkembangan semasa dan tawaran terbaharu daripada Tous les Jours di Malaysia, layari @touslesjours_my di Instagram, Tous Les Jours MY di Facebook and touslesjours_my di Tik Tok.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.