Now Reading
Sentuhan Citarasa Korea, MB Gangjeong Chicken Kembali Temui Peminat Marrybrown!

Sentuhan Citarasa Korea, MB Gangjeong Chicken Kembali Temui Peminat Marrybrown!

Menu citarasa Korea bermusim daripada Marrybrown kembali menemui pelanggan seluruh negara bermula hari ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Demam Korea terus melanda Malaysia, bukan sahaja dalam muzik dan drama, malah dalam cita rasa makanan.

Semakin ramai penggemar makanan tempatan yang tidak mahu melepaskan peluang mencuba menu bertemakan Korea, apatah lagi apabila ia ditawarkan secara terhad.

Marrybrown kini kembali dengan menu popular pilihan ramai, MB Gangjeong Chicken, yang diinspirasikan oleh fenomena Hallyu dan diolah dengan citarasa rakyat Malaysia.

Baca Artikel Berkaitan: Marrybrown Perkenal Ayam Gangjeong. Peminat Pedas Mesti Suka!

Baca Artikel Berkaitan: Marrybrown Rai Ramadan Dengan Menu Istimewa ‘Riang Ramadan Raya’

Hidangan Korea Dengan Sentuhan Tempatan Kembali Pikat Selera

Sumber: Marrybrown

Menampilkan gabungan rasa Korea yang unik dan cita rasa tempatan, hidangan ini pasti memikat selera dengan kombinasi rasa manis, masam dan pedas yang memukau.

Menu ini boleh didapati di semua cawangan Marrybrown di seluruh negara bermula hari ini.

Pada asalnya diperkenalkan sebagai menu bermusim, namun MB Gangjeong Chicken telah berjaya mencuri perhatian dan menjadi kegemaran pelanggan setia Marrybrown dalam sekelip mata.

Kombinasi rasa manis, masam dan pedas yang menggoda menjadikannya pilihan utama dalam kalangan rakyat Malaysia yang menggemari sesuatu yang luar biasa.

Atas permintaan yang tinggi, Marrybrown telah beberapa kali membawa menu ini sebagai memenuhi kehendak para pelanggan yang menghargai sentuhan unik Marrybrown dalam menyajikan kelainan.

“Fenomena K-Wave telah mencetuskan minat mendalam terhadap menu berinspirasikan Korea. Setiap kali MB Gangjeong Chicken diperkenalkan, sambutannya amat memberangsangkan.

“Walaupun menu ini sering dibawa kembali, kami sentiasa berusaha mempertingkatkan keseimbangan rasa manis dan pedas agar sesuai dengan cita rasa rakyat Malaysia,” kata Encik Daniel Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.

Untuk pelancaran terkini, Marrybrown turut memperkenalkan pembungkusan bertemakan trend Korea yang berwarna-warni dan moden, seiring dengan populariti budaya K-Wave yang semakin berkembang di Malaysia.

Pilihan Menu Gangjeong Untuk Semua Selera

Sumber: Marrybrown
  • Gangjeong Kimchi Rice Bowl (RM13.90) – Nasi berperisa kimchi dengan ayam Gangjeong dan Fanta Strawberry.
  • Gangjeong Chicken Burger (RM17.90) – Burger ayam pedas dalam roti hitam lembut, bersama wedges dan Fanta.
  • Gangjeong Spicy Chicken (RM18.90) – 4 ketul ayam bersalut sos istimewa, wedges dan Fanta.
  • Gangjeong Spicy Chicken Box Meal (RM24.50) – Set lengkap dengan burger, ayam, wedges dan minuman.
  • 3-pc Korean Dumplings (RM4.50) – Dumpling rangup berinti ayam, kimchi dan cendawan.
  • Pai Kastard Strawberi (RM4.99) – Pastri kastard strawberi sebagai pencuci mulut.

Masa Terhad, Dapatkan Sekarang Di Cawangan Marrybrown Seluruh Negara

Menu MB Gangjeong Chicken boleh didapati di semua cawangan Marrybrown di seluruh negara bermula hari ini untuk tempoh terhad.

Bagi peminat makanan Korea dan mereka yang mahukan kelainan dalam hidangan segera, inilah masa terbaik untuk mencuba rasa unik yang ditawarkan.
Jangan lepaskan peluang sebelum ia kembali ‘hilang’ dari menu.

Baca Artikel Berkaitan: Jenama ‘Fast Food’ Malaysia, Marrybrown Kini Dibuka Di Australia


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd