Rai MR D.I.Y. Lovers, MANJA Land Tampil Dengan Pelbagai Aktiviti Syok Buat Pelanggan
Inisiatif terbaharu “Minta Maaf, MR D.I.Y. Terlalu Memanjakan Anda” ini bertujuan bagi menghargai sokongan padu rakyat tempatan yang menjadi pelanggan tetap setelah sekian lama.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Hari ini (9 Mei), Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad [MR D.I.Y.] melancarkan inisiatif terbaharunya, “Minta Maaf, MR D.I.Y. Terlalu Memanjakan Anda”.
Inisiatif unik ini merupakan ‘permohonan maaf’ berunsur jenaka bagi menghargai sokongan padu rakyat Malaysia yang telah menjadikan MR D.I.Y. destinasi pilihan utama mereka untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan yang ‘Always Low Prices’.
Ia bertujuan meraikan pelanggan dengan pengalaman istimewa yang melangkaui nilai dan penawaran mampu milik yang begitu sinonim dengan MR D.I.Y.

Dari 9 hingga 11 Mei 2025, MR D.I.Y. membawakan MANJA Land di MR D.I.Y. PLUS, Mid Valley Megamall yang mengubah ruang beli-belah ini menjadi sebuah santuari yang menenangkan, lengkap dengan sesi memanjakan diri untuk para pengunjung.
Pelanggan boleh menikmati bengkel interaktif, perkhidmatan rias kuku, urutan, snek, dan kopi, manakala zon khas kanak-kanak memastikan si kecil turut terhibur.


“Di MR D.I.Y., kami sentiasa mencari peluang untuk menghargai pelanggan kami. ‘Minta Maaf, MR D.I.Y. Terlalu Memanjakan Anda’ bukan sekadar menawarkan pelbagai barangan keperluan yang Always Low Prices, ia juga mempertingkatkan keseluruhan pengalaman membeli-belah.
“MANJA Land merupakan cara kami memanjakan pelanggan sebagai tanda terima kasih atas kesetiaan mereka,” kata Naib Presiden Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y. Alex Goh.

Untuk menikmati pengalaman di MANJA Land, pelanggan hanya perlu ke Kaunter Penebusan MANJA, mengumpul token melalui pembelian atau aktiviti media sosial, dan menebus pelbagai hadiah menarik. Tarikan utama MANJA Land ini termasuklah:
- Manja Fingers – Perkhidmatan rias kuku selama 20 minit untuk memanjakan tangan anda.
- Manja Lab – Bengkel interaktif seperti Analisis Warna Peribadi, Pembuatan Minyak Wangi, dan Gubahan Bunga.
- Manja Lounge – Ruang rehat selesa dengan kopi barista dan bertih jagung.
- Interactive Corner – Aktiviti menyeronokkan termasuk dinding foto, permainan memori dan roda hadiah.
- Lil’ Manja – Zon kanak-kanak dengan Slime Play dan Spa Kanak-Kanak.
- Manja Spa – Sesi urutan tangan dan bahu, dan sesi penggunaan kerusi urut dari ITSU.

Semasa berada di MANJA Land hari ini, kami diberikan 10 token bagi setiap satu. Token itu pula akan digunakan bagi setiap stesen di sana. Sebagai contoh di Interactive Corner, anda hanya perlu hulurkan satu token untuk tebus hadiah.
Memang sesuai jika anda mahu meluangkan masa bersama rakan-rakan dan keluarga di sini. Sambil shopping, dapat bermain permainan. Memang syok!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.