Now Reading
Guardian Rai Erti Sebenar Kecantikan Bagi Rakyat Malaysia Dalam Setiap Produk

Guardian Rai Erti Sebenar Kecantikan Bagi Rakyat Malaysia Dalam Setiap Produk

Guardian sentiasa meraikan kepercayaan dan keyakinan rakyat Malaysia terhadap produk kecantikan serta kesejahteraan yang guardian tawarkan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada 30 April lalu, Anugerah guardian: Kecantikan & Kesejahteraan 2025 secara rasmi dilancarkan di sebuah majlis yang menginspirasikan dan meraikan bukan sahaja produk, tetapi juga perjalanan peribadi, pilihan serta kisah di sebaliknya. 

Diadakan di Blue Atrium, Sunway Pyramid, acara ini mengalu-alukan kehadiran pakar kesihatan dan kecantikan, media, pempengaruh serta tetamu untuk merasai sendiri pengalaman mengenai maksud sebenar kecantikan serta kesejahteraan bagi rakyat Malaysia hari ini.

Berasaskan kepercayaan guardian terhadap pemerkasaan, anugerah ini bukan sahaja menitikberatkan pengiktirafan. Sebaliknya ia menghormati keperluan, kehidupan sebenar dan penjagaan berkaitan kecantikan dan kesejahteraan oleh rakyat Malaysia pada setiap hari.

Foto: Anugerah guardian, Kecantikan & Kesejahteraan 2025

Pengarah Pemasaran guardian Malaysia Anna Ng berkata, Anugerah guardian sentiasa meraikan kepercayaan dan keyakinan terhadap produk kecantikan serta kesejahteraan yang guardian tawarkan.

Kata Anna, pemenang dipilih oleh rakyat Malaysia sendiri berdasarkan pengalaman sebenar dan hasil sebenar pada setiap tahun.

Mengiktiraf Produk Paling Dipercayai 2025, Jualan Terbaik dan Pilihan Pakar

Buat pertama kalinya acara bagi Anugerah guardian 2025 ini dibahagi kepada dua kategori utama iaitu, Jualan Terbaik dan Pilihan Pakar.

Anugerah Jualan Terbaik 2025 menonjolkan produk yang paling kerap dibeli oleh rakyat Malaysia di guardian, dipercayai kerana sentiasa memberikan hasil yang berkesan. Ia adalah pilihan harian kegemaran yang telah menjadi barangan asas di rumah-rumah di seluruh negara, diiktiraf atas keberkesanan dan impaknya yang berkekalan.

Sementara itu, untuk kategori Pilihan Pakar 2025, ia dipilih oleh barisan panel yang terdiri daripada tokoh terkenal dalam bidang kecantikan dan kesejahteraan, Dr Shazril Shaharuddin, profesional penjagaan kesihatan dan peguambela, Yasmin Khalid, peminat penjagaan kulit dan pencipta kandungan, Shiyo Joo dan jurusolek selebriti yang juga penggaya rambut selebriti, Cody Chua.

Foto: Anugerah guardian, Kecantikan & Kesejahteraan 2025

Mereka menilai lebih 100 produk dalam kategori penjagaan kulit, kosmetik, penjagaan peribadi dan penjagaan kesihatan, selama sebulan berdasarkan keberkesanan, inovasi, serta kesesuaian dengan gaya hidup rakyat Malaysia.

Sambutan Interaktif Kecantikan dan Kesejahteraan

Tetamu juga akan menikmati sesi interaktif bersama panel Pilihan Pakar tahun ini, yang berkongsi pandangan profesional dan pengalaman peribadi mereka. 

Dr Shazril dan Yasmin Khalid telah menerokai kaitan antara kesihatan serta penjagaan kulit, menekankan bagaimana pendekatan seimbang terhadap minda, badan termasuk gaya hidup boleh menjadikan penjagaan diri sebagai bentuk pemerkasaan harian.

Foto: Anugerah guardian, Kecantikan & Kesejahteraan 2025

Dalam sesi lain, Shiyo dan Cody juga membongkar beberapa mitos kecantikan dan penjagaan diri paling lazim di media sosial, sambil memberikan nasihat praktikal mengenai cara membuat pilihan kecantikan yang lebih bijak.

Selain itu, hadirin turut berpeluang mengemukakan soalan kepada para pakar melalui sesi soal jawab bagi menjadikan keseluruhan acara lebih santai dan bermakna.

Ia juga mewujudkan ruang untuk perbualan yang jujur dan tulen tentang cara mendekati kecantikan dengan keyakinan, rasa ingin tahu, dan pemikiran yang kritikal dengan menegaskan bahawa keputusan yang baik bermula dengan maklumat yang baik.

Tidak terhenti di situ, tetamu berpeluang meneroka zon interakti yang mana setiap satu telah diketuai oleh seorang pakar. Mereka boleh mencuba, menguji dan mempelajari mengenai produk yang memenangi anugerah. 

Mereka turut menyertai permainan dan aktiviti menyeronokkan. Daripada cabaran rutin penjagaan kulit hinggalah ke kuiz kecantikan, memberikan penglibatan secara langsung dengan para pakar dan produk pemenang anugerah yang paling dipercayai oleh rakyat Malaysia.

Foto: Anugerah guardian, Kecantikan & Kesejahteraan 2025

Undian Kategori Kegemaran Peminat Kini Dibuka

Semasa acara berlangsung, undian rasmi untuk kategori Kegemaran Peminat turut dibuka. 

Dari 30 April hingga 3 Jun 2025, rakyat Malaysia boleh mengundi produk kosmetik, penjagaan kulit, penjagaan kesihatan dan penjagaan peribadi kegemaran mereka menerusi laman web dan platform media sosial guardian.

Melalui undian, peserta berpeluang memenangi hadiah eksklusif bernilai lebih RM100,000 termasuk Dyson Airstraight™ Straightener, ZenyumSonic™ Electric Toothbrush, DJI Osmo Pocket 3 dan tiga hadiah utama, iaitu penginapan 3H2M di Ocean Junior Suite di One & Only Desaru Coast.

Selain itu, dari sekarang hingga 4 Mei 2025, guardian juga akan membawakan kemeriahan Anugerah ini secara langsung menerusi jelajah di Blue Atrium, Sunway Pyramid.

Ia bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat sendiri produk yang dicalonkan, menikmati tawaran eksklusif dan hadiah percuma, serta mengundi Kegemaran Peminat mereka secara langsung.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd