Now Reading
Fresh Line Kini Mendarat Di Malaysia, Buka Kedai Pertama Di Sunway Pyramid

Fresh Line Kini Mendarat Di Malaysia, Buka Kedai Pertama Di Sunway Pyramid

Untuk info, Fresh Line yang terletak di tingkat bawah, Lot G1.125C, OASIS di Sunway Pyramid ini merupakan pemenang Anugerah Jenama Kecantikan Greek.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Jenama kecantikan Greek, Fresh Line kini muncul secara rasmi di pasaran Malaysia dengan menawarkan barangan penjagaan kulit, penjagaan rambut dan badan berteraskan tumbuh-tumbuhan di kedai pertamanya di Sunway Pyramid.

Diasaskan di Greece pada 1992 dan diilhamkan oleh ritual kesihatan dan tradisi unggul tumbuh-tumbuhan Mediterranean, Fresh Line menawarkan barangan penjagaan diri dengan ‘jiwa’.

Setiap produk ialah sebuah kembara deria, menggabungkan ramuan tradisi dengan sains moden dan kemewahan alamiah. Formula berteraskan lebih 90% kandungan semula jadi, padat dengan bahan berasaskan tumbuhan berprestasi tinggi, serta tekstur serta bau yang mempesona akan membawa anda mengembara ke kepulauan Greek dengan serta-merta.

Foto: Produk Fresh Line

Fresh Line Jamin Produk Penjagaan Kulit Yang Bermutu

Kehadiran Fresh Line di sepuluh buah negara dan lebih 750 titik jualan di seluruh dunia menjadikan jenama ini permata kecantikan global yang akhirnya tiba untuk menyerikan Malaysia.

Apakah yang menjadikannya begitu istimewa?

Fresh Line mengawal setiap langkah dalam proses pembuatannya dengan teliti, bermula daripada aktiviti penyelidikan dan pembangunan sehingggalah kepada kemudahan pengeluaran bioiklim termajunya sendiri seluas 6,000 meter persegi di Greece.

Ini bagi menjamin kualiti terunggul dalam setiap botol dan barangan keluarannya.

Pengunjung Boleh Dapatkan Khidmat Nasihat Penjagaan Kulit

Terletak di tingkat bawah, Lot G1.125C, OASIS di Sunway Pyramid, kedai ini menyerlahkan warna kuning jenamanya yang ceria dan dikenali ramai, dengan suasana yang meriah, wangi dan mesra.

Setiap perincian ruang direka untuk mencerminkan keharmonian dan keindahan semula jadi yang menjadi nilai teras Fresh Line. Pengunjung juga berpeluang untuk mendapatkan khidmat nasihat penjagaan kulit dan rambut peribadi, di samping pengalaman membeli-belah diiringi aroma yang mempesonakan serta tekstur yang mewah.

Foto: Demonstrasi khidmat nasihat penjagaan kulit kepada pengunjung

“Fresh Line bukan sekadar sebuah jenama kecantikan, ia jalinan antara penghayatan alam semula jadi, kesejahteraan dan aspek penjagaan diri. Budaya Malaysia yang ramah, menghargai rawatan berteraskan alam semula jadi dan peningkatan tahap kesedaran terhadap elemen kecantikan mesra alam menjadikan negara ini tuan rumah yang sempurna untuk kami di rantau Asia,” kata Pengarah Pemasaran Fresh Line Greece, Giota Ntarachani.

Fresh Line bukan sekadar jenama penjagaan kulit, ia adalah penghargaan terhadap alam, tradisi dan kemewahan yang mengasyikkan.

Sama ada anda ingin memanjakan diri sendiri atau mencari hadiah untuk si dia yang istimewa, kedai baharu Fresh Line di Sunway Pyramid ialah tempatnya untuk meneroka kemewahan dalam rangkaian penjagaan diri yang terkini.

Untuk info lanjut mengenai Fresh Line, anda boleh layari pautan [DI SINI].


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd