Doublemint & HALO Doughnuts Berkolaborasi Untuk Kombinasi FRESH!
Doublemint terus menjadi teman penting rakyat Malaysia—menyegarkan setiap perhimpunan, perjalanan dan sambutan sepanjang Ramadan dan Raya.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Doublemint, jenama gula-gula getah yang menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia, kini kembali menyegarkan suasana sempena musim Ramadan dan Raya. Kali ini, mereka bukan sekadar hadir malah turut turun padang, membawa nafas baru ke tengah-tengah komuniti.
Sebelum ini, Doublemint telah memeriahkan bazar-bazar utama dan pasar malam dengan gabungan cita rasa tempatan dan kesegaran pudina yang unik. Tapi tahun ini, kempen #KosongKosongDenganDoublemint dibawa ke satu tahap baharu—daripada lorong-lorong bazar yang sesak, sehinggalah ke rumah terbuka yang penuh kemeriahan.
Ketika rakyat Malaysia saling menziarahi, berkongsi juadah dan mengeratkan silaturahim, Doublemint setia menemani—memberi kesegaran selepas setiap hidangan, menjadikannya teman ideal sepanjang musim perayaan ini.
Donut + Doublemint = Kombinasi Yang ‘Refreshing’

Untuk musim ini, Doublemint bergabung tenaga dengan jenama tempatan terkenal, HALO Doughnuts—pakar donat premium. Hasil kolaborasi ini membawakan Donut Pillough eksklusif dengan inti serikaya lemon-pudina.
“Di Doublemint, kami percaya kesegaran musim perayaan bukan sekadar tentang nafas segar. Ia tentang permulaan baru, hubungan yang bermakna, dan perspektif yang segar. Sama ada selepas makan, di majlis perhimpunan, atau setiap detik istimewa—Doublemint sentiasa ada untuk menyegarkan momen anda,” kata Sean Jong, Pengurus Besar Mars Wrigley Asia Barat.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.