Now Reading
Nobu KL Rai Hari Wanita Sedunia, Perkenal Menu Eksklusif, Sakuya Omakase

Nobu KL Rai Hari Wanita Sedunia, Perkenal Menu Eksklusif, Sakuya Omakase

Nobu KL juga mempersembahkan gerakan isyarat yang unik untuk setiap pesanan Sakuya Omakase sebagai penghormatan kepada golongan wanita.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bersempena Hari Wanita Antarabangsa, Nobu Kuala Lumpur pada Mac ini memperkenalkan menu masa terhad baharu yang menarik, Sakuya Omakase; menu omakase tanpa alkohol.

Enam hidangan istimewa itu diilhamkan oleh Dewi Bunga Sakura Shinto-mitologi Jepun, Sakuya, yang melambangkan kecantikan, transformasi dan daya tahan.

Sebagai penghormatan kepada wanita, Nobu KL mempersembahkan gerakan isyarat yang unik untuk setiap pesanan Sakuya Omakase yang terhad kepada pasangan sahaja.

Pelanggan wanita bagi pasangan itu juga akan menerima Sakuya Omakase kedua secara percuma. Direka khas untuk meraikan wanita, tawaran ini tersedia secara eksklusif untuk setiap meja dengan sekurang-kurangnya seorang tetamu wanita.

Senarai Menu Dalam Set Sakuya Omakase (2 Pax)

Antara menu yang ditawarkan untuk Set Sakuya Omakase ini adalah seperti berikut:

  • Crispy Rice Tuna
  • Sushi Selection
  • Salmon New Style Sashimi
  • Tiger Shrimp Tempura with Butter Ponzu
  • Braised Wagyu Short Rib
  • Chocolate Bento Box

Untuk info, harga bagi per set menu Sakuya Omakase adalah RM700.

Nobu KL Iktiraf Golongan Wanita Dalam Komuniti

Di Nobu Kuala Lumpur, Sakuya Omakase bukan sahaja sebagai simbol bagi menyambut Hari Wanita Antarabangsa tetapi juga bukti komitmen Nobu KL untuk mengiktiraf dan menaikkan semangat wanita hebat dalam hidup masyarakat.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Malay Mail/Nobu KL

Inisiatif ini adalah sebagai permulaan kepada sambutan ulang tahun ke-10 Nobu KL, yang ditetapkan pada Q4 2025, menandakan satu dekad kecemerlangan dan inovasi masakan.

Dengan Sakuya Omakase yang tersedia sepanjang bulan Mac, Nobu KL menjemput anda untuk menyertai mereka dalam meraikan kekuatan dan keanggunan wanita yang luar biasa restoran tersebut.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi 03–2380 0028, WhatsApp 019 389 5085 atau e-mel nobuklreservations@noburestaurants.com.

Baca Artikel Berkaitan: Nobu KL Anjur Bengkel Buat Sushi & Teh Hijau Bersama Yayasan Chow Kit

Baca Artikel Berkaitan: Nobu Sambut Ulang Tahun Ke-30 Omakase Eksklusif Bermula 7 Hingga 13 Oktober Ini

Baca Artikel Berkaitan: Nobu KL Sambut Tahun Baru Cina 2024 Dengan Menu Khas Eksklusif


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook,  Twitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd