Now Reading
Alamanda Putrajaya Santuni Anak-anak Yatim YAYAKEM Sempena Ramadan & Syawal

Alamanda Putrajaya Santuni Anak-anak Yatim YAYAKEM Sempena Ramadan & Syawal

Selain program CSR, Alamanda turut menghidupkan kempen Hari Raya 2025 dengan hiasan bertemakan Maghribi menampilkan rona biru diraja dan emas di Centre Court.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam semangat Ramadan dan Aidilfitri, Pusat Beli-belah  Alamanda Putrajaya mengukuhkan komitmennya terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan meraikan anak-anak yatim dan kurang bernasib baik dari Yayasan Anak Yatim  dan Kebajikan Murid Islam Semenyih (YAYAKEM).

Seramai 41 orang anak-anak YAYAKEM berusia antara 9 hingga 12 tahun hadir ke Alamanda untuk menikmati pengalaman membeli-belah persiapan raya di mana mereka memilih sendiri pakaian dan kasut raya baharu ditaja oleh rakan niaga seperti Bata.

Majlis ini menjadi lebih istimewa apabila mereka turut menerima sumbangan duit raya daripada Alamanda dan TUCZ. Suasana menjadi lebih bermakna apabila anak-anak YAYAKEM diraikan dalam majlis berbuka puasa bersama para media, tetamu kehormat dan pengurusan Alamanda.

Menurut Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, “Sebagai pusat beli belah utama di Putrajaya, Alamanda memainkan peranan penting dalam memupuk semangat prihatin dan kebersamaan dalam komuniti.

“Melalui inisiatif seperti ini, kami berharap dapat menyuntik sinar keceriaan kepada mereka yang kurang berkemampuan, terutamanya kanak kanak yang tidak berpeluang menikmati suasana Ramadan dan Syawal seperti rakan sebaya  mereka.” 

Encik Muhammad Hanafi Bin Jalalludin, Naib Yang Dipertua YAYAKEM turut meluahkan rasa terima kasih atas inisiatif ini yang membolehkan anak-anak yayasan tersebut menikmati sambutan Aidilfitri yang lebih bermakna tahun ini.

Kempen Hari Raya Alamanda 2025

Selain program CSR, Alamanda turut menghidupkan kempen Hari Raya 2025 dengan hiasan bertemakan Maghribi menampilkan rona biru diraja dan emas di Centre Court. Pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan tarian Zapin dan Tarian Arab pada hujung minggu serta aktiviti ‘Moroccan Glass Painting’ untuk ahli VIKids. 

Sebagai tambahan, pengunjung yang berbelanja RM700 dan ke atas akan menerima satu set Sampul Raya dan balang kuih kaca, manakala pembelian RM1,500 dan ke atas akan menerima tambahan e-Baucar Alamanda bernilai RM50. 

Kempen ini turut menyokong kesedaran kesihatan mental melalui jualan ‘Green Ribbon Pin’ yang boleh didapati sepanjang tempoh promosi.

Untuk info lanjut dan terkini, KLIK SINI.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd