Now Reading
​Rakan Pemandu & Penghantar Grab Malaysia Kongsi Rasa Syukur Sempena Ramadan Raya Ini

​Rakan Pemandu & Penghantar Grab Malaysia Kongsi Rasa Syukur Sempena Ramadan Raya Ini

Grab Malaysia memperkenalkan filem terbaharu iaitu ‘Kebaikan Dalam Setiap Pesanan’ bersempena dengan bulan Ramadan dan Raya yang akan tiba.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sempena Ramadan Raya, Grab Malaysia dengan bangganya memperkenalkan filem jenama terbaharunya, ‘Kebaikan Dalam Setiap Pesanan’, satu sambutan penuh makna tentang kesyukuran dan kebaikan yang wujud dalam setiap penghantaran dan perjalanan.

Inisiatif ini memaparkan kisah-kisah sebenar yang menyentuh hati daripada rakan pemandu dan rakan penghantar Grab, mengetengahkan impak bermakna di sebalik setiap pesanan. Ia juga memberi mereka platform untuk berkongsi perkara yang paling mereka syukuri pada musim ini.

Foto: Kebaikan Dalam Setiap Pesanan, Grab

“Ramadan dan Raya adalah musim untuk bermuhasabah, berbudi dan bersatu. Melalui ‘Kebaikan Dalam Setiap Pesanan, kami ingin meraikan kebaikan harian yang berlaku dalam komuniti kami sambil merakamkan penghargaan kepada rakan-pemandu dan rakan-penghantar atas dedikasi dan usaha mereka yang tidak mengenal penat lelah.

“Dengan kembalinya program Umrah Bersama Rakan Grab, kami berusaha membalas jasa dengan menawarkan peluang kepada rakan-rakan kami untuk mengecapi keberkatan menunaikan Umrah. Inisiatif ini menjunjung nilai inklusif dan aksesibiliti, mengiktiraf kepelbagaian impian dan aspirasi rakyat Malaysia,” kata Pengarah Urusan Grab Malaysia, Adelene Foo.

Kisah-kisah Kesyukuran Rakan Grab

Membawakan kisah-kisah benar sepanjang musim perayaan ini, Grab Malaysia akan berkongsi cerita sebenar daripada rakan-pemandu dan rakan-penghantar bagi memaparkan bagaimana perbuatan baik yang kecil mampu memberi kesan berganda dalam komuniti mereka.

Kisah-kisah ini mendedahkan apa yang paling mereka syukuri pada Ramadan Raya ini, memberi gambaran tentang kehidupan mereka yang menjadikan perkhidmatan penghantaran yang lancar.

Setiap naratif merakamkan semangat Ramadan dan Raya serta menonjolkan kesan berganda daripada perbuatan baik yang kecil, memupuk semangat kemasyarakatan dan hubungan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Foto: Kebaikan Dalam Setiap Pesanan, Grab

Umrah Bersama Rakan Grab

Melengkapi siri ini, Grab Malaysia sekali lagi memperkenalkan Umrah Bersama Rakan Grab untuk rakan-rakannya.

Inisiatif ini memberi peluang kepada komuniti rakan-pemandu dan rakan-penghantar Grab, beserta keluarga mereka untuk memenangi pakej Umrah dengan hanya berkongsi kisah kesyukuran mereka yang penuh bermakna.

Bagi pemenang tahun lepas, Nor Fadzliana, seorang rakan-pemandu dari Kuala Lumpur, pengalaman ini mengubah hidupnya.

“Melihat Kaabah dengan mata sendiri adalah sesuatu yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ia adalah perkara yang tidak pernah saya bayangkan, tetapi Grab menjadikannya kenyataan. Setiap kali saya bercerita tentang perjalanan Umrah saya, air mata saya bergenang.

“Ini lebih daripada sekadar ganjaran, ia adalah impian yang tercapai. Dapat berkongsi perjalanan suci ini bersama ibu menjadikannya lebih istimewa. Ia benar-benar satu pengalaman yang mengagumkan.”

Foto: Pemenang Umrah Bersama Rakan Grab

Seorang lagi pemenang, juga rakan-pemandu, Muhammad Faizal dari Pulau Pinang berkongsi, “Kemenangan ini adalah satu rahmat yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

“Ketika saya melangkah masuk ke Masjidil Haram​ dan melihat Kaabah, hati saya dipenuhi kedamaian. Menunaikan Umrah bersama isteri bukan sekadar perjalanan, tetapi hadiah yang mendalamkan keimanan dan mengukuhkan ikatan sesama kami.

“Saya juga dapat membawanya menziarahi kubur ayah saya di Makkah, menjadikan pengalaman ini lebih bermakna. Saya akan sentiasa menghargai perjalanan ini, dan saya bersyukur kepada Grab kerana menjadikannya kenyataan.”

Melalui inisiatif-inisiatif ini, Grab Malaysia berharap dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengenali impak perbuatan baik yang kecil dan membawa semangat kemurahan hati ini melewati musim perayaan.

Baca Artikel Berkaitan: Perkhidmatan Grab Sumbang Hampir RM9.9 Bilion Kepada Ekonomi Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: Peka Isu Konflik Di Palestin, Grab Malaysia Sumbang RM1 Juta Menerusi Program Bantuan MERCY Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: Grab Uji Ciri ‘Quiet Ride’ Untuk Penumpang Yang Tak Mahu Berborak Dengan Pemandu


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd