Now Reading
Ini Tips Untuk Beli Barang Rumah Sempena Hari Raya Di Pavilion Bukit Jalil

Ini Tips Untuk Beli Barang Rumah Sempena Hari Raya Di Pavilion Bukit Jalil

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Raya bukan sekadar tentang hari perayaan itu sendiri, tapi juga tentang keseronokan membuat persiapan dan kegembiraan menghias setiap perincian.

Sama ada nak menghias rumah untuk balik kampung, cari baju Raya yang sempurna, tambah aksesori untuk gaya yang lebih wow, atau kumpul juadah istimewa untuk tetamu, Pavilion Bukit Jalil ada semuanya di bawah satu bumbung.

Dah, tak perlu pening.

Sumber: Pavilion Bukit Jalil

‘Makeover’ Rumah Sempena Sambut Aidilfitri

Bayangkan suasana Raya di rumah dengan keluarga yang datang berkunjung—mesti nak ruang yang selesa dan cantik kan? Dekorasi yang betul boleh ubah suasana serta-merta!

Di NITORI, ada koleksi pinggan mangkuk elegan untuk hidangan Raya yang lebih istimewa, sementara MUJI menawarkan cadar dan tilam minimalis yang selesa untuk tetamu yang bermalam.

Jika nak sentuhan moden dengan elemen tradisional, duluKINI ada dekorasi yang menarik. Kalau rasa nak upgrade ruang tamu, OMG Home ada set perabot eksklusif untuk melengkapkan gaya rumah anda.

Apa saja yang anda perlukan untuk mencantikkan rumah, Pavilion Bukit Jalil adalah destinasi terbaik untuk Raya yang lebih bergaya dan selesa.

📍 Lokasi:

  • NITORI – Level 2 (Pink Zone)
  • MUJI – Level 2 (Pink Zone)
  • duluKINI – Level 2 (Pink Zone)
  • OMG Home – Level 4 (Orange Zone)

Baju Raya ‘Hunting’

Persiapan Raya tak lengkap tanpa baju baru! Sama ada untuk gambar keluarga, kunjungan rumah terbuka, atau majlis istimewa, Pavilion Bukit Jalil ada pelbagai pilihan fesyen untuk semua gaya.

Parkson menawarkan Baju Melayu dan baju kurung klasik dengan sulaman elegan untuk penampilan tradisional yang mempesona.

Brands Outlet pula sesuai untuk pakaian sedondon keluarga yang comel dan menarik.

Bagi yang suka gabungan moden dan tradisional, H&M menampilkan koleksi Raya dengan sentuhan fesyen terkini. Tak kira apa gaya pilihan anda, Pavilion Bukit Jalil adalah tempat terbaik untuk mendapatkan pakaian Raya yang sempurna!

📍 Lokasi:

  • Parkson – Level 2, 3 & 4 (Pink Zone)
  • Brands Outlet – Level 2 (Orange Zone)
  • H&M – Level 2 (Orange Zone)

Sentuhan Kecantikan & Haruman Mewah

Nak tampil berseri di pagi Raya? Pavilion Bukit Jalil ada semua keperluan kecantikan dan wangian untuk melengkapkan gaya anda. Chanel menawarkan rangkaian solekan mewah, dari foundation flawless hingga gincu bold untuk penampilan yang menawan.

LELAS pula hadir dengan koleksi minyak wangi eksklusif bagi menambah aura elegan dalam setiap langkah. Untuk penjagaan kulit dan rambut yang lebih segar selepas seharian beraya, Greenology menyediakan rangkaian produk berasaskan bahan semula jadi.

📍 Lokasi:

  • Chanel – Level 3 (Orange Zone)
  • LELAS – Level 2 (Pink Zone)
  • Greenology – Level 2 (Orange Zone)

Sajian Hari Raya Buat Para Tetamu

Meraikan Raya bermakna berkongsi hidangan istimewa bersama keluarga dan sahabat. Di The Food Merchant, dapatkan bahan segar dan rempah berkualiti untuk masakan tradisional seperti rendang dan kuah kacang.

Lavender menawarkan pelbagai pilihan kuih Raya dan pastri enak yang sempurna untuk dinikmati bersama teh panas.

Jika ingin mencari hadiah yang bermakna, YONG SHENG mempunyai pelbagai hamper eksklusif dan kuih tradisional yang elegan. Dengan semua keperluan sajian di satu tempat, persiapan Raya pasti lebih mudah dan menyeronokkan!

📍 Lokasi:

  • The Food Merchant – Level 1 (Orange Zone)
  • Lavender – Level 1 (Orange Zone)
  • YONG SHENG– Level 1 (Pink Zone)

Dari dekorasi rumah, fesyen, kecantikan, hingga sajian Raya, Pavilion Bukit Jalil menawarkan segalanya untuk persiapan Raya yang lebih mudah dan lancar. Tak perlu bersusah payah ke banyak tempat, nikmati pengalaman membeli-belah tanpa tekanan dalam satu destinasi.

Selamat Hari Raya!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook,  Twitter, Threads  dan Instagram. 

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd