Lotus’s Malaysia Hulur Sumbangan Buat 16,000 Penerima Di 40 Masjid Sempena Ramadan
Setiap keluarga Muslim yang memerlukan akan menerima ayam segar Lotus’s serta barangan keperluan asas bernilai RM250 daripada Lotus’s Malaysia.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sejak diperkenalkan di pasaran, Lotuss Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. (Lotus’s Malaysia) terus komited dalam menjalankan tanggungjawab sosialnya dengan kerjasama bersama organisasi kebajikan dan rakan jenama bagi membantu komuniti memerlukan melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat #KitakanJiran.
Sempena Ramadan kali ini, Lotus’s Malaysia melancarkan kempen kebajikan sepanjang bulan bertemakan Senyuman Paling Bernilai dengan kerjasama Coca-Cola Refreshments (Malaysia) Sdn. Bhd. melalui inisiatif ‘Act of Kindness’.
‘Act of Kindness’ Bantu 200 Keluarga Muslim
Program ini bertujuan untuk membantu 200 keluarga Muslim yang memerlukan melalui masjid-masjid tempatan.
Setiap keluarga akan menerima ayam segar Lotus’s serta barangan keperluan asas bernilai RM250 bagi memastikan mereka dapat berpuasa dengan lebih selesa serta menikmati hidangan berkhasiat sepanjang bulan Ramadan.
Sumbangan pertama telah disampaikan oleh sukarelawan daripada kedua-dua syarikat pada hari ke-10 Ramadan kepada jemaah Masjid Sembilang, Seberang Jaya. Program ini akan diteruskan lagi dengan komuniti-komuniti lain termasuk komuniti di Rawang, Bangi, dan Kota Bharu pada minggu akan datang.

“Peluang untuk berbuat baik sentiasa akan menyatukan kita. Kempen kebajikan sepanjang bulan ini seperti ini bukan sahaja memberikan para sukarelawan #KitakanJiran dan rakan niaga satu matlamat yang sama, tetapi juga memberikan perasaan kepuasan dan keikhlasan dalam membantu golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi dalam bulan yang mulia ini,” kata Ketua Komunikasi dan Kelestarian, Lotus’s Malaysia, Hanim Hamdan.
Jumlah Sumbangan Cecah RM250,000
Dengan rangkaiannya di seluruh negara, Lotus’s Malaysia bertekad untuk membantu komuniti di 40 lokasi sepanjang Ramadan ini.
Turut serta dalam program kebajikan pada kali ini melalui sumbangan produk adalah syarikat-syarikat seperti:
- Coca-Cola Refreshments (Malaysia) Sdn Bhd (Jenama: Fuze, Tea Fanta)
- PK Agro-Industrial Products Sdn. Bhd. (Lotus’s Fresh Whole Chicken)
- Fraser & Neave (Malaya) Sdn. Bhd. (Jenama: SEASONS)
- Mondelēz Malaysia Sales Sdn. Bhd. (Jenama: Cadbury)
- Etika Sdn. Bhd. (Jenama: Tropicana)
- Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd. (Jenama: Lady’s Choice, Knorr)
- Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. (Jenama: Adabi)
Jenama-jenama ini juga terlibat dalam kempen Mengukir Senyuman Paling Bernilai.
Secara keseluruhan, jumlah sumbangan termasuk ayam segar, barangan keperluan asas, minuman, konfeksi dan perasa adalah dianggarkan bernilai sebanyak RM250,000.
“Seramai 220 sukarelawan akan turun padang ke seluruh negara bagi menyampaikan sumbangan kepada komuniti Muslim dan masjid-masjid tempatan. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada lebih daripada 16,000 individu yang memerlukan serta keluarga mereka. Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan dan kita dapat menyaksikan pelbagai aktiviti kebajikan berlangsung di seluruh tempat,” tambah Hanim Hamdan.

Lotus’s Malaysia Sediakan 600 Hidangan Buat Mereka Yang Memerlukan
Seperti tahun-tahun sebelumnya, Lotus’s Malaysia akan meneruskan Program Masakan Ramadan sebagai sebahagian daripada inisiatif kebajikannya.
Sebanyak 600 hidangan akan disediakan oleh Lotus’s Malaysia dengan sokongan sukarelawan daripada Food Aid Foundation serta rakan jenama bagi memastikan golongan yang memerlukan dapat menikmati juadah berbuka puasa yang berkhasiat.
Berikut adalah senarai cawangan Lotus’s dengan penyertaan Coca-Cola dan Yayasan Ikhlas:
- Seberang Jaya, Pulau Pinang
- Kota Bharu, Kelantan
- Rawang, Selangor
- Bandar Puteri Bangi

Di sini kami kongsikan pula senarai cawangan Lotus’s yang terlibat dalam kempen Mengukir Senyuman Paling Bernilai:
Lembah Klang (12 Lokasi) | Puncak Alam, Bukit Beruntung, Kuala Selangor, Rawang, Ampang, Cheras, Shah Alam, Semenyih, Kajang, Jenjarom, Setia Alam, Klang |
Selatan (10 Lokasi) | Nilai, Bahau, Seremban 2, Melaka Sentral, Duyong, Eco Tropics, Parit Raja, Seri Alam, Kulai, Setia Tropika |
Utara (14 Lokasi) | Ipoh Garden, Pulai Hartamas, Station 18, Seri Iskandar, Bertam Perdana, Jitra, Manjung, Kulim, Bagan Ajam, Sg Petani, Teluk Intan, Taiping, SP South, Stargate |
Pantai Timur (2 Lokasi) | Kota Bharu, Indera Mahkota |
Baca Artikel Berkaitan: Lotus’s Malaysia Sertai Program RAHMAH Untuk Bantu Golongan B40 & Yang Memerlukan
Baca Artikel Berkaitan: Lotus’s Malaysia Tawar Diskaun Hingga 50% Sempena Ramadan & Raya Yang Bakal Tiba!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.