Now Reading
Jaya Grocer Memperluaskan Barisan Produk Private Labels Bersama Grab Signatures Brands

Jaya Grocer Memperluaskan Barisan Produk Private Labels Bersama Grab Signatures Brands

Rangkaian produk Jaya Grocer Private Labels telah diperluaskan dengan beberapa produk dari empat jenama kegemaran iaitu Village Park, Inside Scoop, K Fry dan KGB.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Jaya Grocer, salah satu rangkaian pasar raya terkemuka di Malaysia telah memperluaskan barisan produk Jaya Grocer Private Labels melalui kerjasamanya dengan Grab Signatures Brands.

Kerjasama ini memperkenalkan produk daripada jenama kegemaran seperti Village Park, K Fry, Inside Scoop dan KGB – yang hanya terdapat di Jaya Grocer.

Dilancarkan dua tahun lalu, inisiatif Jaya Grocer Private Labels ini dihasilkan bagi memperkasa usahawan makanan dan minuman (F&B) untuk beralih ke ruang runcit.

Usaha ini meraikan semangat keusahawanan tempatan sambil menawarkan pelanggan akses yang lebih luas kepada pilihan makanan dan minuman ikonik, tersedia untuk dibeli di semua cawangan Jaya Grocer.

Grab Signatures Bantu Perniagaan Luaskan Jangkauan Produk

Rangkaian produk tempatan ini mempamerkan inovasi masakan tempatan dan menonjolkan komitmen syarikat untuk memperkasakan usahawan Malaysia. Dengan Grab Signatures, perniagaan disediakan laluan berstruktur untuk meluaskan jangkauan mereka melalui kerjasama. 

Rangkaian produk Jaya Grocer Private Labels yang diperluaskan kini adalah:

  • Village Park: Nasi Lemak Sambal, Nasi Lemak Sambal Lagi Pedas dan Ayam Goreng Berempah.
  • Inside Scoop: Vanila dengan Pusaran Gula Melaka, Garam Laut Gula Melaka serta Biskut dan Krim Berganda.
  • Ayam Goreng Tanpa Tulang K Fry.
  • Kentang Goreng Potongan Lurus KGB.
Sumber gambar: Jaya Grocer

“Kami teruja untuk memperluaskan rangkaian Private Labels kami, yang telah dikumpulkan dengan teliti bagi memenuhi citarasa dan kualiti yang diharapkan pelanggan kami melalui Grab Signatures Brands, koleksi restoran dan rakan kongsi peniaga yang paling digemari di Grab.

“Semenjak pelancarannya, konsep ini telah membantu pemilik restoran mengurangkan jurang di antara restoran dan rak runcit, membawa rasa istimewa mereka dari meja makan di kedai ke dapur-dapur di rumah. Hari ini, kami menambah lebih jenama tempatan yang digemari di kalangan pelanggan Malaysia.

“Melalui usaha sama diperluaskan ini, kami tidak sabar untuk menawarkan lebih banyak rangkaian produk bertaraf restoran ke rumah pelanggan untuk dinikmati oleh mereka,” kata Daniel Teng, Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer.

Rangkaian Produk Jaya Grocer Private Labels Boleh Didapatkan Menerusi GrabMart Juga

Produk dari Village Park, K Fry dan KGB akan tersedia di pasaran bermula dari 18 Februari 2025 manakala produk Inside Scoop akan tersedia pada awal bulan Mac, secara eksklusif di semua cawangan Jaya Grocer, di dalam kedai dan dalam talian melalui GrabMart.

Dengan setiap pembelian produk, pelanggan boleh memperoleh mata ganjaran GrabRewards melalui program Jaya Grocer Membership, dikuasakan oleh Grab.

Mata Ganjaran GrabRewards Boleh Digunakan Bagi Pembelian Di Jaya Grocer

Disepadukan dengan ekosistem GrabRewards, program ini membolehkan pelanggan menggunakan mata daripada rakan kongsi lain untuk pembelian di Jaya Grocer, menyerlahkan komitmen Jaya Grocer kepada nilai dan kemudahan pelanggan. 

“Sebagai rangkaian pasaraya premium massa terkemuka, kami komited kepada inovasi dan sentiasa mencari cara baharu untuk melayani pelanggan dan rakan kongsi kami dengan lebih baik.

“Peralihan daripada F&B ke perniagaan runcit menandakan satu lonjakan yang ketara bagi jenama tempatan ini, kerana ia melibatkan penyesuaian kepada model perniagaan baharu dan memahami kerumitan rantaian bekalan runcit.

“Di Jaya Grocer, kami berbangga dapat berganding bahu dengan wira-wira tempatan ini, membantu mereka memperoleh peluang untuk meningkatkan pengeluaran, mencapai pasaran yang lebih luas dan memastikan ketahanan jangka panjang jenama mereka,” Teng mengakhiri.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd