Back To School: Ibu Ini Kongsi 5 Tips Produktif Untuk Ibu Ayah Praktik Pada Musim Persekolahan


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Permulaan penggal sekolah baru pasti menjadi waktu yang mendebarkan dan mencabar bagi kedua ibu bapa yang perlu menguruskan jadual, membeli barang keperluan, dan membantu anak-anak beralih dari mod bercuti ke suasana bilik darjah.
Seorang wanita iaitu Mya Zulkifli selaku penerbit TV dan pencipta kandungan yang juga ibu kepada dua orang anak untuk berkongsi petua terbaik dalam persediaan kembali ke sekolah.
Tips Anak-anak Kembali Ke Sekolah
#1. Mulakan Dengan ‘Senarai Semak’
 “Saya sentiasa bermula awal dengan senarai semak yang terperinci – pakaian seragam, alat tulis, rutin—supaya tidak tergesa-gesa di saat-saat akhir.
“Sebagai seorang ibu yang bekerja, saya perlu melakukan banyak perkara dalam satu masa, mengimbangi tuntutan kerja dan keluarga. Walaupun seseorang itu merupakan multitasker terbaik sekalipun, pasti ada masa di mana perkara penting terlepas pandang.
“Senarai semak menjadi senjata rahsia saya, memastikan segala-galanya berada di landasan yang betul dan mengurangkan beban di fikiran,” jelas Mya.
#2. Tetapkan Rutin Sebelum Sekolah Bermula
Bantu anak-anak menyesuaikan diri dengan lebih mudah dengan memperkenalkan rutin sekolah seawal seminggu atau dua minggu sebelum sesi persekolahan bermula.

Mya juga berkongsi, “Rutin yang dimulakan lebih awal dapat mengurangkan kekusutan dan memberi rasa bersedia kepada anak-anak.Â
“Mulakan dengan waktu tidur dan bangun yang tetap untuk menyesuaikan semula jam biologi mereka, serta amalkan tabiat seperti mengemas beg dan menyediakan pakaian seragam pada malam sebelumnya. Bagi anak-anak kecil, jadual visual dapat membantu mereka memahami dan menjangkakan aktiviti harian mereka.”
Langkah-langkah kecil ini boleh memberi impak yang besar untuk memastikan permulaan sesi persekolahan yang lebih tenang dan bebas dari stres.
#3. Jadikan ‘Shopping’ Sebagai Aktiviti Seronok Bersama Anak-anak
Libatkan anak-anak dalam persiapan kembali ke sekolah. Biarkan mereka memilih alat tulis, kasut, atau bekas makan mereka supaya mereka rasa lebih terlibat dan bersemangat untuk sesi persekolahan yang baru.
Dr. Fatin Liyana, seorang doktor, pencipta kandungan, dan ibu kepada tiga orang anak turut berkongsi, “Jadual saya selalu sibuk, jadi saya cuba manfaatkan sepenuhnya masa yang ada bersama anak-anak.
“Biarkan mereka memilih kelengkapan sekolah bukan sahaja buat mereka lebih teruja untuk sesi baru, tetapi juga mengajar mereka cara membuat keputusan dan berdikari. Ia satu cara kecil yang bermakna untuk mengeratkan hubungan ketika dalam kesibukan.”
#4. Pilih Kasut Sekolah Yang Praktikal
Kasut sekolah adalah antara perkara yang paling penting dalam senarai persiapan kembali ke sekolah. Anak-anak memakai kasut tersebut berjam-jam setiap hari, dan kasut yang sesuai boleh memberi perbezaan besar dari segi keselesaan, keselamatan, dan keseluruhan pengalaman mereka di sekolah.
#5. Bijak Mengurus Belanja Semasa Musim Perayaan
Mengimbangkan antara membeli-belah untuk perayaan dengan persiapan kembali ke sekolah boleh menjadi cabaran, terutamanya dengan banyak perbelanjaan yang perlu diuruskan.
Untuk meringankan beban, ibu ayah boleh mencari tawaran promosi. Contohnya, kempen Kembali ke Sekolah ABARO memberi peluang kepada ibu bapa untuk berjimat dengan membeli kasut yang praktikal pada harga yang berbaloi.
Kalau nak cuba beli kasut ABARO untuk anak-anak, boleh klik di link Shopee, Lazada, dan TikTok.
Kerana setiap langkah penting untuk perjalanan anak anda. 😉
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads  dan Instagram.Â

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.