BLACKMORES Jadi Jenama Kesihatan Semula Jadi Buatan Australia Pertama Terima Sijil Halal JAKIM
Pensijilan halal ini bukan sahaja meningkatkan keyakinan pengguna tetapi juga mengukuhkan kedudukan jenama BLACKMORES dalam pasaran kesihatan Malaysia.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
BLACKMORES Malaysia mengumumkan pencapaiannya sebagai jenama kesihatan semula jadi buatan Australia pertama yang memperoleh Pensijilan Halal JAKIM.
Pensijilan ini mengukuhkan komitmen BLACKMORES dalam menyediakan produk beretika berkualiti tinggi yang bukan sahaja memenuhi keperluan masyarakat Islam tetapi juga semua pengguna.
Sijil rasmi Halal berkenaan diberikan dalam satu majlis di Connexion Conference & Event Centre, Bangsar South oleh Ketua Perundingan & Penasihat Halal dari Halal Development Corporation Berhad (HDC) iaitu Mohd Dhaliff Ghaus Mohd Anuar. Ketua Perundingan & Penasihat Halal dari Halal Development Corporation Berhad (HDC) kepada Pengurus Negara BLACKMORES bagi Malaysia & Singapura iaitu Kumaran Chandrasergaran.
Pensijilan Halal Bukti Dedikasi BLACKMORES Terhadap Piawaian Keselamatan
Selain memenuhi keperluan Halal, pensijilan ini membuktikan dedikasi BLACKMORES terhadap piawaian keselamatan yang ketat, sumber bahan yang telus dan pembuatan yang mampan. Ia juga menyerlahkan fokus jenama itu terhadap amalan buruh beretika, kemampanan alam sekitar dan kebajikan haiwan bagi memastikan produknya memenuhi piawaian global tertinggi.

“Bagi kami, pensijilan Halal ini bukan sekadar soal pematuhan; ia mencerminkan komitmen kami terhadap ketelusan, penyumberan beretika dan integriti dalam setiap aspek perniagaan kami, daripada ramuan hingga ke pembungkusan,” kata Kumaran Chandrasergaran, Pengurus Negara BLACKMORES bagi Malaysia & Singapura.
“Mendapatkan pensijilan Halal adalah langkah penting dalam memperkukuh kepercayaan pengguna. Bagi pelanggan kami yang beragama Islam, pensijilan ini meningkatkan keyakinan mereka untuk menggunakan produk keluaran BLACKMORES yang selari dengan pegangan mereka. Manakala untuk semua pengguna, ini adalah janji BLACKMORES terhadap kualiti dan keselamatan,” tambah Kumaran.
Sijil Halal Kukuhkan Kedudukan BLACKMORES
Ia bukan sahaja meningkatkan keyakinan pengguna tetapi juga mengukuhkan kedudukan jenama itu dalam pasaran kesihatan Malaysia.

“Pencapaian ini mencerminkan hubungan erat antara Australia-Malaysia, sekali gus menyerlahkan bagaimana inovasi dan komitmen Australia terhadap kualiti sejajar dengan nilai dan piawaian Malaysia,” kata Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia., Danielle Heinecke.
“Pensijilan Halal BLACKMORES menjadi contoh terbaik kepada piawaian global dan amalan beretika dalam industri kesihatan.
“Kami berbesar hati dapat menyokong dedikasi BLACKMORES terhadap kecemerlangan dan kebolehpercayaan dalam memenuhi keperluan pengguna Muslim,” kata Mohd Dhaliff Ghaus Mohd Anuar, Ketua Perundingan & Penasihat Halal di Halal Development Corporation Berhad.
Ketika BLACKMORES meluaskan kehadirannya di Malaysia, syarikat itu kekal teguh dalam misinya untuk mematuhi standard etika tertinggi dan menyampaikan kualiti, keselamatan dan ketelusan yang dipercayai oleh pengguna Malaysia.
BLACKMORES juga berbangga atas pengiktirafan Anugerah Platinum bagi Anugerah Jenama Paling Dipercayai, setelah memenangi anugerah berprestij itu selama 10 tahun berturut-turut melalui undian oleh pengguna Malaysia.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.