Kejohanan Tarian Singa Genting Ke-15 Sempena Sambutan Jubli Intan Resorts World Genting
Malaysia akan diwakili oleh Xuan Long Dragon & Lion Dance, Persatuan Alumni SMK Katolik Dragon & Lion Dance Troupe dan Tarian Singa Kwong Ngai di Kejohanan Dunia Tarian Singa Genting ke-15.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kejohanan Dunia Tarian Singa Genting ke-15 yang dinantikan ramai bakal menyaksikan saingan sengit antara pasukan-pasukan tarian singa terbaik dari seluruh dunia dalam satu acara penuh keterujaan di Arena of Stars, dari 25 hingga 27 Julai.
Dengan kerjasama Resorts World Genting bersama Persatuan Tarian Naga dan Singa Selangor & Wilayah Persekutuan, pertandingan berprestij ini akan menampilkan persembahan yang memukau, persaingan hebat, serta aksi-aksi luar biasa yang pasti mempesona penonton.
Kejohanan ke-15 Bertepatan Dengan Ulang Tahun Ke-60 Resorts World Genting
Kejohanan tahun ini amat bermakna kerana ia bertetapan dengan ulang tahun ke-60 Resorts World Genting. Bagi meraikan pencapaian ini, jumlah hadiah yang ditawarkan telah dipertingkatkan dengan ketara bagi edisi kali ini, sekaligus meningkatkan tahap persaingan dan keterujaan bagi peserta serta penonton.
“Tarian singa telah menjadi ikatan budaya yang kuat, menyatukan komuniti dan individu di seluruh dunia. Bersempena dengan sambutan Jubli Intan tahun ini, kami berhasrat untuk menampilkan 40 pasukan dari seluruh dunia, meningkat daripada 36 pasukan pada edisi sebelumnya.
“Pasukan yang menang akan menerima hadiah yang lebih lumayan, sementara penggemar tarian singa pula boleh menantikan persembahan yang lebih mendebarkan,” kata Spencer Lee, Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam.
Jangan lepaskan peluang! Pasukan dari seluruh dunia digalakkan untuk mendaftar sebelum 15 Mac 2025 bagi merebut peluang beraksi dalam kejohanan berprestij ini.

Juara Akan Bawa Pulang USD18,000 & Trofi Terukir Nama Pasukan
Kejohanan Dunia Tarian Singa Genting ke-15 bakal menyaksikan peningkatan jumlah hadiah buat pertama kalinya, di mana juara akan membawa pulang USD18,000 (RM79170) , dengan nama pasukan mereka terukir pada trofi yang berprestij, bersama trofi dan pingat individu.
Satu penambahan baru tahun ini adalah pengenalan ‘Anugerah Pencapaian Kesukaran’, yang memberi penghargaan kepada pasukan yang mempersembahkan aksi paling berani dan mencabar. Penghargaan khas ini akan diberikan dengan hadiah wang tunai sebanyak USD2,000 (RM8,797) dan trofi, sebagai pengiktirafan terhadap kreativiti dan kemahiran luar biasa mereka.

Malaysia akan diwakili dengan penuh kebanggaan oleh tiga pasukan terbaik dari Kejohanan Tarian Singa Kebangsaan Malaysia ke-20, iaitu Xuan Long Dragon & Lion Dance dari Rawang, Persatuan Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Katolik Dragon & Lion Dance Troupe, serta Tarian Singa Kwong Ngai.
Untuk maklumat terkini mengenai Kejohanan Dunia Tarian Singa Genting ke-15, kunjungi laman web rwgenting.com atau ikuti saluran media sosial rasmi di @Resorts World Genting.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.