Nongshim Shin Ramyun Dan Chef Taraf Michelin Cipta Kolaborasi Unik, Hasilkan Perisa Tom Yum!
Nongshim Shin Ramyun Tom Yum ini dicipta dengan kolaborasi bersama Chef Jay Fai bertaraf Michelin dari Bangkok, Thailand.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Nongshim Shin Ramyun Tom Yum, inovasi kulinari terkini daripada Nongshim yang baru sahaja dilancarkan di Thailand, kini secara rasmi boleh didapati di Malaysia.
Ia dicipta melalui kolaborasi bersama Jay Fai, chef makanan jalanan legenda bertaraf Michelin dari Bangkok, Nongshim Shin Ramyun Tom Yum adalah gabungan unik yang menggabungkan rasa kaya ikonik Nongshim Shin Ramyun dengan rasa aromatik Tom Yum asli dari Thailand.
Nongshim Shin Ramyun Tom Yum bukan seperti Tom Yum biasa, ia menghadirkan kombinasi unik rasa pedas dan berperisa khas Nongshim Shin Ramyun dengan rasa masam dan umami Tom Yum tradisional dari Thailand.
Menampilkan mi kenyal yang sempurna, cendawan shiitake, bok choy, lobak merah, dan rempah ratus eksotik, perisa ini menjanjikan pengalaman rasa berlapisan yang tiada tandingan.
Chef Jay Fai dikenali di seluruh dunia sebagai “Ratu Makanan Jalanan”, ialah penjaja jalanan pertama yang dianugerahkan bintang Michelin.

Hidangan istimewanya dan keazaman untuk mencapai kesempurnaan telah memikat hati peminat di seluruh dunia. Kolaborasi ini menghidupkan semangat Chef Jay Fai terhadap rasa-rasa autentik dan kaya dalam keluarga Nongshim Shin Ramyun.
“Saya sentiasa percaya kepada keaslian rasa yang dekat di hati. Kami berbangga kerana melalui Nongshim Shin Ramyun Tom Yum, kami berjaya mencipta sesuatu yang luar biasa serta memberi penghormatan kepada tradisi Korea dan Thailand,” kata Chef Jay Fai.
Sebagai jenama mi segera No. 1 Korea, Nongshim Shin Ramyun terkenal dengan mi kenyal yang sempurna, asas sup kaya, dan kualiti bertaraf tinggi. Perisa Tom Yum baharu ini menjadi sebahagian daripada keluarga Nongshim Shin Ramyun ikonik, memberikan rasa asli yang digemari peminat sambil meneroka citarasa baru.
Menambah lagi daya tarikan Nongshim Shin Ramyun Tom Yum ialah sokongan selebriti antarabangsa. Baru-baru ini, Lisa BLACKPINK berkongsi kegemarannya terhadap hidangan Chef Jay Fai semasa lawatannya ke Bangkok, mengukuhkan lagi hubungan budaya dan daya tarikan kolaborasi istimewa ini.
Rangkaian Nongshim Shin Ramyun Tom Yum kini tersedia di pasar raya dan pasar raya besar utama di Malaysia.
Perisa Tom Yum Tampil Dengan Pembungkusan Baharu

Produk ini menampilkan pembungkusan baharu berwarna ungu dalam dua varian: sup klasik dan goreng. Kedua-dua varian telah disahkan Halal, memastikan ia sesuai dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Kunjungi kedai terdekat anda untuk mendapatkan perisa baharu yang menarik, Nongshim Shin Ramyun Tom Yum dan nikmati kolaborasi ikonik ini.
Untuk maklumat lanjut dan informasi terkini, boleh layari laman web Nongshim atau di media sosial mereka.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.