Now Reading
Ini 5 Tips Jana Pendapatan 5 Angka Dengan Promosikan Produk Di Lazada

Ini 5 Tips Jana Pendapatan 5 Angka Dengan Promosikan Produk Di Lazada

Program LazAffiliate oleh Lazada ini boleh disertai oleh sesiapa sahaja tidak terhad kepada pencipta kandungan, pempengaruh, atau pengguna media sosial.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Jika anda pernah terfikir untuk menjadikan minat membeli-belah anda sebagai sumber pendapatan, inilah peluangnya!

Selamat datang ke dunia pemasaran gabungan (affiliate marketing) di mana anda boleh mendapatkan komisen hanya dengan mempromosikan produk yang anda suka. Dengan hanya beberapa klik, anda boleh memulakan perjalanan ini dengan LazAffiliates Malaysia – program gabungan Lazada yang membolehkan anda menjana pendapatan dari mana-mana sahaja.

Untuk mengetahui cara menjana pendapatan, mari kita kenal pasti beberapa perkara penting yang dapat membantu anda mendapatkan duit tambahan hanya dengan menggunakan telefon pintar atau komputer anda. Jom buat duit dengan cara yang lebih mudah!

Sumber: Lazada

Bagaimana Untuk Menjadi Pemasar Gabungan Lazada

#1. Daftar Akaun LazAffiliates

Sesiapa sahaja boleh menjadi LazAffiliate – bukan sahaja pencipta kandungan, pempengaruh, atau pengguna media sosial. Jika anda sudah mempunyai akaun Lazada dan mahu mendaftar sebagai ahli gabungan, anda hanya perlu log masuk ke akaun Lazada anda dan klik pada ikon LazAfiliates di bahagian ‘My Account’.

Isikan borang pendaftaran dengan maklumat peribadi, butiran bank, dan pautan media sosial (jika ada). Selepas itu, anda boleh mula mendapatkan pautan ahli gabungan anda dan berkongsi dengan keluarga, rakan, dan pengikut media sosial anda! Ia memang semudah itu!

#2. Kekal Terhubung dengan LazAffiliates

Untuk menjadi cekap dalam pemasaran gabungan, adalah penting untuk mengikuti kempen dan promosi terkini Lazada. Pastikan anda memanfaatkan sumber maklumat, panduan, dan pengetahuan yang tersedia. Ikuti TikTok, Instagram, dan Telegram LazAffiliates untuk mendapatkan berita terkini.

Anda juga boleh menyertai Facebook Group Lazada Affiliate untuk berhubung dengan ahli gabungan lain, di mana anda juga boleh mendapatkan cerapan dan strategi berjaya. Dengan menjadi sebahagian daripada komuniti ini, anda akan berada selangkah di depan — ia juga bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga memberi anda kelebihan untuk terus maju!

#3. Sertai Acara dan Webinar

Acara gabungan dan seminar dalam talian (webinar) di Lazada University juga merupakan cara terbaik untuk mendapatkan tips untuk memaksimumkan pendapatan anda.

Nantikan surat berita untuk acara seterusnya yang boleh merangkumi tips seperti penciptaan kandungan yang berkesan, reka bentuk kreatif, dan banyak lagi. Anda juga boleh mendapatkan bimbingan terus daripada pasukan Pemasaran Gabungan Lazada untuk pertanyaan atau sokongan yang anda perlukan untuk berkembang sebagai ahli gabungan Lazada.

#4. Pantau Kemajuan Anda

Sebaik sahaja anda memulakan perjalanan anda sebagai Ahli Gabungan Lazada, adalah penting untuk menjejaki prestasi anda. Dengan papan pemuka LazAffiliates, anda boleh memantau prestasi pautan – menjejaki penukaran, pesanan, dan trend produk yang berprestasi tinggi. Anda juga boleh menggunakan Google Adsense untuk mendapatkan laporan pendapatan dan kadar komisen yang terkini.

Tips Utama: Untuk komisen yang lebih tinggi, pastikan anda mempromosikan produk yang tersenarai pada halaman ‘Super High Commission’ yang menjamin pendapatan yang lebih tinggi dengan setiap pembelian.

#5. Konsistensi Adalah Kunci Kejayaan

Untuk berjaya, anda perlu konsisten dalam memuat naik kandungan dan berkongsi pautan. Pastikan anda mematuhi jadual penyiaran dan buat lebih banyak kandungan untuk meningkatkan peluang trafik dan pendapatan anda.

Lebih banyak pautan yang anda kongsi, lebih banyak peluang untuk anda menjana pendapatan, yang seterusnya membolehkan anda mendapatkan sokongan dan insentif tambahan, serta tajaan yang khusus untuk ahli gabungan.

Cara-cara untuk mendaftar sebagai LazAffliates

Tips Untuk Memaksimakan Pendapatan Anda

Di samping menyebarkan pautan ahli gabungan anda, ia juga penting untuk memahami kumpulan sasaran anda dan minat mereka. Selain itu, anda juga perlu mencipta kandungan yang menarik dan kreatif untuk mendorong trafik dan meningkatkan potensi penjanaan pendapatan. Berikut adalah beberapa tips yang anda boleh amalkan untuk mempromosikan pautan ahli gabungan anda:

  • Sertai Kempen Bermusim: Fokus pada kempen khas dan tingkatkan kandungan semasa tempoh promosi seperti jualan 11.11 dan 12.12 Lazada, apabila trafik meningkat dan pembeli lebih cenderung untuk membuat pembelian. Kempen bermusim juga sering menampilkanmenawarkan kadar komisen yang lebih tinggi.
  • Fokus pada 4P – Pengalaman Peribadi, Harga (Price), Promosi, dan Populariti: Pilih produk yang relevan dengan pengikut anda untuk meningkatkan potensi pembelian. Kongsikan produk yang anda gunakan, serta tampilkan penjimatan atau item yang viral atau trending untuk menarik perhatian.
  • Manfaatkan Perkongsian Video: Kongsi video unboxing, ulasan peribadi, tutorial, atau strim langsung pada platform kegemaran anda dengan menampilkan pautan ahli gabungan anda untuk menggalakkan minat dan meningkatkan interaksi.
  • Cipta Kandungan Kreatif, Tulen, dan Relevan: Gunakan meme viral dan kandungan yang trending untuk mencipta visual yang karusel gambar menarik di media sosial. Elakkan daripada mencatat blog yang panjang, sebaliknya, hasilkan kandungan yang ringkas, mudah difahami, atau lucu untuk meningkatkan trafik. Pastikan kandungan anda adalah tulen untuk menarik perhatian tanpa kelihatan terlalu berpromosi.
Sumber: Lazada

Kejayaan tidak datang dalam sekelip mata. Tetapi dengan konsistensi, kreativiti, dan dedikasi, anda boleh mencapai pendapatan 5 angka. Mulakan perjalanan anda sebagai LazAffiliate hari ini dengan mendaftar di aplikasi Lazada. Daftarlah sekarang dan kongsikan pautan unik anda bersama komuniti anda!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook,  Twitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd