Now Reading
Marrybrown Kembali Dengan Menu ‘Egg-stra Ong’ Sempena CNY, Peminat Sos Telur Masin Boleh Cuba!

Marrybrown Kembali Dengan Menu ‘Egg-stra Ong’ Sempena CNY, Peminat Sos Telur Masin Boleh Cuba!

Antara menu yang anda boleh cuba untuk edisi Egg-stra Ong ini adalah Egg-stra Ong Mashed Bowl, Egg-stra Ong Spicy Burger Combo dan banyak lagi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR) Halal terkemuka kegemaran Malaysia, Marrybrown® menyambut Tahun Baru Lunar dengan membawa kembali menu bermusimnya, Egg-stra Ong!

Mulai semalam (21 Januari), pelanggan di seluruh negara dapat menikmati hidangan yang lazat dengan limpahan sos telur masin dan rempah ratus yang pasti menggamit selera.

“Tahun Baru Lunar mengumpul generasi keluarga bagi meraikan permulaan baharu yang penuh dengan harapan. Tahun ini, kami berbesar hati untuk membawa kembali hidangan istimewa kami iaitu Egg-stra Ong, yang bukan hanya sekadar hidangan tetapi ia merupakan sebahagian daripada tradisi perayaan yang menyatukan kekeluargaan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown®, Encik Daniel Chan.

Dilimpahi dengan sos telur masin yang enak dengan gabungan rempah ratus, Egg-stra Ong direka untuk menambat selera dan mencipta pengalaman pemakanan yang sempurna. Gabungan dengan pelbagai pilihan yang menarik, pelanggan boleh menikmati.

Menu Tersedia Dalam Edisi Egg-stra Ong

Berikut adalah senarai menu yang tersedia untuk edisi Egg-stra Ong:

Egg-stra Ong Mashed Bowl:

  • Harga bermula dari RM6.88.
  • Kentang lenyek berkrim yang dilimpahi sos telur masin dan ketulan ayam.

Egg-stra Ong Spicy Burger Combo:

  • Harga bermula dari RM18.38.
  • Kentang goreng.
  • Jus oren Minute Maid®.
Foto: Egg-stra Ong Spicy Burger Combo

Egg-stra Ong Chicken Combo:

  • Harga bermula dari RM20.38.
  • Pilihan 2 atau 3 ketul ayam.
  • Kentang lenyek.
  • Salad sayur.
Foto: Egg-stra Ong Chicken Combo

Egg-stra Ong Box Meal:

  • Harga bermula dari RM24.88.
  • Setul Ayam Egg-stra Ong.
  • Egg-stra Ong Spicy Burger.
  • Kentang goreng bersaiz regular.
  • Jus oren Minute Maid®.
Foto: Egg-stra Ong Box Meal

5-pc Ong Bucket:

  • Harga bermula dari RM55.88.
  • Sesuai untuk majlis keluarga, menampilkan lima ketul Ayam Goreng MB® dengan sos telur masin.
  • Empat keping Chicken Fillet.
  • Enam ketul nugget.
  • Tiga cawan jus oren Minute Maid®.

“Dalam budaya Malaysia, makanan adalah simbol kegembiraan di setiap perayaan. Menu dengan kelazatan telur masin yang dapat mengeratkan kemesraan dan mencipta kemeriahan tahun baru lunar dengan setiap hidangan di musim perayaan ini,” ulas Encik Daniel.

Untuk info, Marrybrown kini mempunyai berjuta-juta pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan objektif untuk menyediakan standard kualiti, servis, kebersihan dan nilai tertinggi bagi menikmati pengalaman serta pemakanan yang sempurna. 


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd