Sertai Keseronokan Di Skyline Luge Kuala Lumpur Dengan Pakej ‘Ong For Luge’ & ‘School’s Out’
Dua pakej yang ditawarkan oleh Skyline Luge Kuala Lumpur sempena Tahun Baru Cina dan cuti sekolah ialah ‘Ong For Luge’ and ‘School’s Out’.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sempena Tahun Baru Cina dan cuti sekolah, Skyline Luge Kuala Lumpur menjemput orang ramai untuk merasai pengalaman menggabungkan perayaan dan kegembiraan cuti sekolah dengan dua pakej menarik. Sama ada anda menaiki Luge untuk tuah atau memanfaatkan cuti sekolah, Skyline Luge Kuala Lumpur adalah tempat yang sesuai!
Skyline Luge Kuala Lumpur adalah destinasi utama bagi keseronokan perayaan pada musim ini. Terbang tinggi di Skyride untuk pemandangan yang indah, bermain Luge di empat landasan berbeza dan menikmati perayaan Tahun Baru Cina yang meriah lengkap dengan hiasan di sekitar taman tersebut.
Ia adalah suasana yang sempurna untuk mencipta kenangan indah dengan orang tersayang sambil merayakan kegembiraan pada musim ini.
Pakej ‘Ong for Luge’
Raikan Tahun Ular dengan cara yang paling menyeronokkan dengan Pakej ‘Ong for Luge’! Bersedia untuk pengembaraan yang mendebarkan apabila anda meluncur di landasan Luge dan menikmati pemandangan indah dari Skyride.
Sama ada anda mencari keterujaan atau hanya ingin menikmati keindahan musim ini, ini adalah cara yang sempurna untuk memulakan perayaan CNY anda.
Maklumat tawaran istimewa ini adalah seperti berikut:
- Promosi eksklusif dalam talian ini sah bagi semua slot masa dan terpakai bagi pembelian dalam talian bagi pakej empat (RM70) atau lima (RM80) Luge Rides + Skyride Combo.
- Termasuk 1x Coca-Cola Zero (330ml) dan Angpao edisi terhad dalam setiap pakej.
- Tersedia selagi stok masih ada, sehingga 24 Januari 2025.
Pakej ‘School’s Out’
Mencari cara yang sempurna untuk menjadikan cuti sekolah ini sesuatu yang tidak dilupakan oleh anak-anak? Pakej ‘School’s Out’ juga tersedia khas untuk keluarga, rakan-rakan dan mereka yang mencari keterujaan yang ingin mencipta kenangan berkekalan seumur hidup.
Manfaatkan cuti sekolah ini dengan hari yang penuh kegembiraan yang pasti akan memberi keterujaan dalam setiap ahli keluarga! Maklumat tawaran istimewa ini adalah seperti berikut:
- Promosi ini sah bagi pembelian secara dalam talian dan secara langsung bagi pakej empat (RM70) atau lima (RM80) Luge Rides + Skyride Combo, dan terpakar bagi slot masa tertentu sahaja; 12pm, 1pm, 2pm, 3pm, dan 4pm.
- Termasuk 1x Coca-Cola Zero (330ml) dalam setiap pakej.
- Tersedia dari 25 Januari hingga 16 Februari 2025.


Sertai Kegembiraan Perayaan!
Jangan lepaskan peluang untuk merasai musim yang luar biasa dengan keseronokan dan perayaan di Skyline Luge Kuala Lumpur. Cipta kenangan yang kekal selamanya dan jangan lupa kongsikan kegembiraan dengan #CubaTryLuge!
Semasa melawat Skyline Luge Kuala Lumpur, jangan lupa untuk ke FunPark, Gamuda Luge Gardens untuk Chinese New Year Activation dari 18 Januari hingga 16 Februari 2025.
Nikmati hiasan perayaan, buah tangan eksklusif dan hiburan yang menarik termasuk tarian singa serta persembahan kebudayaan. Jangan melepaskan JomHavoc Weekly Bazaar yang dibuka setiap Sabtu dan Ahad dari Januari hingga Mac 2025, dengan tarikh istimewa Tahun Baru China (29-30 Januari) dan Thaipusam (10-11 Februari).
Untuk maklumat lanjut dan membuat pembelian tiket ke Skyline Luge Kuala Lumpur, layari laman web kami di www.skylineluge.my atau ikuti kami di laman media sosial:
- Facebook: facebook.com/skylinelugekualalumpur
- Instagram: instagram.com/skylinelugekualalumpur
Skyline Luge Kuala Lumpur Luge Park Ke-8 Di Dunia
Skyline Luge Kuala Lumpur merupakan Luge Park pertama di Malaysia dan kelapan di dunia. Skyline Luge Kuala Lumpur yang dibuka pada Disember 2023 dan baru sahaja menyambut ulang tahun pertamanya, telah menerima lebih 1.5 juta penunggang.
Skyline Luge Kuala Lumpur mempunyai dua tarikan utama; Skyride iaitu perjalanan pengembaraan indah dan santai yang menunjukkan sudut pandang burung Garden serta keindahan alam sekitar; dan Luge yang merupakan permainan berasaskan graviti yang selamat dinikmati oleh setiap umur dan peringkat.
Tarikan akan datang termasuklah Hyfly Zipline yang canggih, membawa beberapa ciri unik seperti laluan berkembar yang membolehkan rakan-rakan berlumba dan zipline berlingkar pertama di Malaysia, menjanjikan pengalaman pengembaraan yang tiada tandingan.
Skyline Enterprises, syarikat induk berpusat di New Zealand mempunyai sejarah yang kaya sebagai perintis pelancongan sejak 1960-an di Queenstown, New Zealand. Syarikat terbabit telah mewujudkan destinasi pelancongan terkemuka di seluruh dunia termasuk di New Zealand, Canada, Singapura dan Korea Selatan.
Akaun sosial media Skyline Luge Kuala Lumpur adalah seperti berikut:
- Facebook: facebook.com/skylinelugekualalumpur
- Instagram: instagram.com/skylinelugekualalumpur
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.