Now Reading
Mokky’s Pizza & OnePlusTwo, Kolaborasi 2 Jenama Tempatan Hasilkan T-Shirt, Topi & Keychain

Mokky’s Pizza & OnePlusTwo, Kolaborasi 2 Jenama Tempatan Hasilkan T-Shirt, Topi & Keychain

Acara pelancaran buah tangan Mokky’s X OPT telah berlangsung pada 15 Januari 2025 di Mokky’s Subang Parade yang dihadiri rakan-rakan media dan pempengaruh fesyen terkenal.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Mokky’s Pizza, sebuah pizzeria tempatan dengan bangganya mengumumkan kerjasama yang menarik dengan OnePlusTwo (OPT), jenama streetwear terkenal di Malaysia dengan lebih 90,000 pengikut setia atau lebih dikenali sebagai #KroniOPT.

Kerjasama unik ini bertujuan untuk menyatukan cinta kepada pizza dan fesyen streetwear yang trendi, menyasarkan pasaran massa di Malaysia.

Mokky’s x OPT: Gabungan Fesyen & Kulinari

Mokky’s Pizza dan OnePlusTwo mengumumkan kolaborasi dalam penciptaan koleksi eksklusif yang menggabungkan hidangan kulinari dengan reka bentuk fesyen terkini. Kerjasama ini menampilkan pakaian streetwear edisi terhad yang diilhamkan oleh penjenamaan ikonik Mokky’s Pizza, yang boleh didapati secara dalam talian di laman sesawang rasmi OPT sendiri.

Acara pelancaran telah diadakan pada 15 Januari 2025 di Mokky’s Subang Parade bermula dari jam 5 petang sehingga 10 malam dan dihadiri oleh rakan-rakan media dan juga pempengaruh fesyen terkenal untuk sesi ‘pizza party #MokkysXOPT’.

Sumber gambar: Mokky’s Pizza

Koleksi Mokky’s x OPT

Kerjasama ini akan menawarkan pelbagai barangan streetwear yang bergaya, termasuk t-shirt yang berharga RM159, topi trucker berharga RM139, dan keychain berharga RM39. Setiap item dalam koleksi ini adalah bukti kepada kreativiti dan kualiti yang dikenali oleh kedua-dua jenama.

Umar Abdul Aziz selaku Ketua Pegawai Eksekutif Mokky’s Pizza menyatakan bahawa, “Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan OnePlusTwo, sebuah jenama yang dekat dengan golongan muda dan mempamerkan semangat kreativiti dan inovasi. Kerjasama ini adalah gabungan sempurna antara semangat kami terhadap makanan dan fesyen trendi.

Sumber gambar: Mokky’s Pizza

Mengulas lanjut, Muhammad Azfar Abdul Aziz, Pengarah Pemasaran Mokky’s Pizza berkata, “Kerjasama dengan OnePlusTwo ini adalah contoh komitmen kami untuk menggabungkan keseronokan dan rasa, dan kami teruja untuk melihat pelanggan kami menerima gabungan unik pizza dan streetwear ini.

Kami percaya setiap kunjungan ke Mokky’s Pizza seharusnya menjadi satu perayaan, dan kami menantikan untuk mencipta lebih banyak detik istimewa bersama komuniti kami.”

Pengasas OnePlusTwo, Hakim Mazlan, juga dikenali sebagai Hakim Langat berkongsi kegembiraannya, “Ini adalah kerjasama yang sangat menarik kerana ini kali pertama jenama kami bekerjasama dengan F&B. Saya berharap jenama kami (OPTXMOKKYS) dapat berkongsi lebih banyak love and power ➕,” tambahnya.

Untuk maklumat lanjut, ikuti @oneplustwo.my & @mokkyspizza di Instagram untuk mendapatkan kemas kini terkini mengenai perkembangan mereka!

Sumber gambar: Mokky’s Pizza

Mokky’s & OPT: Dua Jenama Tempatan Dengan Peminat Setia

Sekadar info, Mokky’s Pizza yang diasaskan pada tahun 2022 telah berjaya dikembangkan dengan dorongan kerjasama empat rakan kongsi. Pada Julai 2023, syarikat piza ini membawa wajah baharu apabila melancarkan cawangan pertamanya di Bukit Jelutong.

Dengan setup kedai yang bersahaja, Mokky’s kini telah menonjol dalam industri piza tempatan. Restoran ini juga berjaya menarik hati komuniti setempat dengan komitmennya dalam menghasilkan piza yang sempurna menggunakan bahan-bahan tempatan segar.

OnePlusTwo (OPT) pula merupakan jemana streetwear tempatan yang telah berjaya mengumpulkan peminat setia dengan design yang trendi dan pakaian berkualiti tinggi. Dengan fokus ke atas kreativiti dan identiti, OPT turut menjadi kegemaran dalam kalangan peminat fesyen di dalam dan luar negara.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd