Now Reading
Cashless Boleh 4.0 Tetapkan Tahap Baharu Transformasi Pembayaran Digital Malaysia

Cashless Boleh 4.0 Tetapkan Tahap Baharu Transformasi Pembayaran Digital Malaysia

Kempen PayNet ini sudah memasuki tahun kelima dan ia akan terus diperkukuhkan bagi menguatkan lagi infrastruktur pembayaran digital Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) hari ini mengumumkan bahawa siri keempat Kempen Pembayaran Tanpa  Tunai dan Cek Peringkat Nasional Siri Ke-4, atau Cashless Boleh 4.0, telah mencapai satu tahap baharu dalam transformasi digital Malaysia.  

Kempen yang berlangsung dari 1 Disember 2023 hingga 30 November 2024 tersebut menyaksikan penyertaan daripada 20 Agensi Kerajaan Persekutuan dan Badan  Berkanun, yang merekodkan sejumlah 138,817,425 transaksi pembayaran digital,  mencapai kadar penembusan sebanyak 86%. Selain itu, lapan (8) Kerajaan Negeri  turut menyertai kempen itu, dan berjaya merekodkan 46,372,978 e-pembayaran,  mewakili 92% daripada 50,251,855 jumlah transaksi. 

Kempen Cashless Boleh merupakan kerjasama tahunan antara PayNet dan  Kementerian Kewangan (MOF) yang bertujuan mempercepat penerimaan  pembayaran digital dalam sektor awam Malaysia dengan menggalakkan rakyat untuk  menggunakan kaedah pembayaran elektronik seperti MyDebit, FPX, JomPAY,  DirectDebit, dan DuitNow QR apabila berurusan dengan agensi kerajaan. 

Dalam satu majlis bagi mengumumkan Agensi Kerajaan Persekutuan, Badan  Berkanun, dan Kerajaan Negeri yang berprestasi tinggi di bawah Cashless Boleh 4.0, serta meluncur kempen Cashless Boleh 5.0, Timbalan Menteri Kewangan YB Puan  Lim Hui Ying menekankan peranan penting kerjasama antara sektor awam dan  swasta dalam mempercepat penerimaan pembayaran digital di Malaysia. 

“Pelaksanaan pembayaran tanpa tunai merupakan satu keperluan masa kini bagi  meningkatkan keselamatan, kecekapan dan kebolehcapaian perkhidmatan yang  ditawarkan oleh Kerajaan; sekaligus dapat memudah dan membantu rakyat dalam membuat transaksi dengan lebih pantas dan selamat, sama ada di peringkat domestik  mahupun global”, kata beliau.  

Pengerusi PayNet, Dato’ Izzaddin Idris berkata selaku peneraju dalam agenda  pendigitalan pembayaran negara, PayNet komited dalam memperkasa ekonomi  digital melalui inisiatif strategik, yang bertujuan memudahkan, memastikan  keselamatan, serta memberikan akses pembayaran digital kepada semua.  

Beliau berkata, “Kempen Cashless Boleh adalah satu inisiatif yang bertujuan  memperkukuh infrastruktur pembayaran tanpa tunai di seluruh negara, khususnya  dalam ekosistem kerajaan.

“Ini selaras dengan objektif keseluruhan untuk  menggalakkan transaksi digital yang bukan sahaja meningkatkan kecekapan dan  ketelusan, tetapi juga memangkin transformasi menuju masyarakat tanpa tunai yang  progresif. Kempen ini juga selaras dengan inti pati Pelan Tindakan Ekonomi  MyDIGITAL bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang kompetitif dalam ekonomi  digital.”

Pengiktirafan Peserta Terbaik Cashless Boleh 4.0

 Dalam majlis tersebut, peserta berprestasi tinggi bagi kempen Cashless Boleh 4.0  telah diumumkan:

KategoriPenerima Anugerah
Kategori A:
Agensi Persekutuan yang Mencatat
Lebih 5 Juta Transaksi
Peserta Terbaik:
Pertubuhan Keselamatan Sosial
(PERKESO)
Kategori C:
Agensi Persekutuan yang Mencatat
Kurang Daripada 500,000 Transaksi
Peserta Terbaik:
Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia (JBPM)
Kategori D:
Agensi Kerajaan Negeri yang Menyertai
Cashless Boleh 4.0
Tiga Peserta Terbaik:
– Kerajaan Negeri Pulau Pinang
– Kerajaan Negeri Selangor
– Kerajaan Negeri Perlis
Anugerah Khas:
Peserta Dengan Pertumbuhan (%)
Transaksi Pembayaran Digital Tertinggi
Tiga Peserta Terbaik:
– Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
– Kerajaan Negeri Perak
– Kerajaan Negeri Melaka
Anugerah Khas:
Agensi Persekutuan atau Negeri yang
Mencapai / Mengekalkan 100% (Agensi Persekutuan) atau 80% (Agensi
Kerajaan Negeri) dalam Transaksi
Digital
Penerima:
– Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTPN)
– Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
– Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)

Peluncuran Cashless Boleh 5.0

Dalam usaha meneruskan kejayaan kempen sebelumnya, Cashless Boleh 5.0 telah  diluncurkan pada majlis tersebut, dengan sasaran yang lebih tinggi. Kempen ini  bertujuan:

  • Meningkatkan jumlah penyertaan agensi kepada lebih 105 agensi.
  • Mencapai 90% penembusan pembayaran digital dalam sektor awam.

Inisiatif ini terus menyokong matlamat Malaysia untuk menjadi masyarakat tanpa  tunai, meningkatkan ketelusan, kemudahan, dan kecekapan dalam transaksi sektor  awam.

Sasaran utama inisiatif Cashless Boleh adalah untuk mempercepat penerimaan  pembayaran masa nyata dalam semua perkhidmatan kerajaan. Transformasi ini akan  disokong oleh teknologi terkini, termasuk sistem pengesanan penipuan berasaskan AI, yang mengukuhkan keselamatan, dan pada masa yang sama membolehkan  integrasi pembayaran yang lancar di pelbagai agensi kerajaan. 


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd