Eco-shop ‘Sui Sui Semua Pun Lengkap’ Tawar Hadiah Menarik Sempena CNY 2025
Untuk info, pembeli berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM12,880 dalam acara ‘Beli & Menang’ di Eco-shop pada bulan Februari ini.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Hari ini (13 Januari), kami berperluang untuk turut serta dalam satu sesi makan tengahari bersama peruncit isi rumah ultra mampu milik Eco-shop. Perjumpaan ini bersempena untuk mengalu-alukan kedatangan Tahun Ular dengan kempen Tahun Baharu Cina iaitu, ‘Sui Sui Semua Pun Lengkap’.
Acara ini bermula dengan ucapan ringkas dari Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Eco-shop Malaysia, Jessica Ng dan sesi menggaul Yee Sang (prosperity toss).
Kempen ‘Sui Sui Semua Pun Lengkap’ Tawar Keperluan Perayaan Tahun Baru Cina Yang Lengkap
Berbicara mengenai kempen baharu Eco-shop, syarikat ini komited bagi menyediakan barangan keperluan perayaan yang berkualiti pada harga RM2.40 selain memastikan ahli keluarga boleh meraikan Tahun Baru Cina dengan meriah.
Kempen ‘Sui Sui Semua Pun Lengkap’ tahun ini merangkumi semangat perayaan dan kemakmuran yang meriah, direka untuk memastikan setiap isi rumah Malaysia dapat menyambut musim perayaan sepenuhnya.
Melalui promosi eksklusif dan hadiah perayaan, Eco-shop meneruskan tradisinya iaitu dengan menawarkan tawaran terbaik untuk barangan keperluan rumah dan hiasan perayaan.

“Dalam masa kenaikan kos menjejaskan setiap isi rumah, Eco-shop berdiri teguh dalam misi kami untuk menjadikan perayaan perayaan dapat dicapai oleh semua rakyat Malaysia.
“Kempen ‘Sui Sui Semua Pun Lengkap’ kami bukan sekadar menawarkan harga yang berpatutan, ia berfungsi mengekalkan kegembiraan perayaan dan memastikan setiap keluarga dapat menyambut Tahun Ular dengan penuh maruah dan melimpah ruah,” kata Jessica Ng.
Hadiah Nilai RM12,880 Menanti Pelanggan Eco-shop
‘God of Prosperity’ akan membuat penampilan istimewa di cawangan terpilih di seluruh negara dari 17 hingga 26 Januari 2025 untuk membawa rahmat yang bertuah kepada pembeli.
Ahli Eco-App yang membelanjakan RM60 atau lebih dalam satu resit dari Jumaat hingga Ahad akan menerima beg kitar semula edisi terhad eksklusif yang direka khas untuk Tahun Ular.
Pada bulan Februari pula, acara ‘Beli & Menang’ menawarkan pelbagai hadiah menarik buat para pembeli bernilai RM12,880. Antaranya:
- Baucar Eco-shop bernilai RM100
- Pin tambah nilai Touch ‘n Go bernilai RM 100
- Tiket taman tema keluarga bernilai RM776
- Pakej percutian bernilai RM1,000
Untuk pengalaman membeli-belah yang lebih eksklusif, pelanggan boleh mengunjungi Kedai Konsep Eco-Plus di IOI City Mall, Berjaya Times Square dan NU Sentral yang menampilkan rangkaian produk diperluaskan pada harga yang lebih kompetitif.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram