Trevi Properties Bakal Lancar Projek Kondominium Pegangan Bebas Di Bandar Mahkota Cheras
Pelancaran projek ini dijangka akan dilakukan pada suku pertama 2025 dengan anggaran tempoh ia akan siap adalah pada tahun 2028.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Trevi Properties Sdn Bhd merupakan pemaju hartanah terkemuka dan juga ahli berdaftar REHDA yang mempunyai visi komited dalam membentuk pasaran hartanah yang dinamik di Malaysia.
Asal usul Trevi Properties ini adalah daripada gabungan strategik melibatkan tiga syarikat terkenal iaitu Ancom Crop Care Sdn Bhd, Sri Tinggi Sdn Bhd dan Kim Tin Holdings Sdn Bhd.
Dengan kerjasama ini, mereka menawarkan kepakaran yang cukup berharga dan visi bersama dalam menyumbang kepada penciptaan pembangunan bagi meningkatkan standard kualiti serta inovasi dalam sektor hartanah Malaysia.
Trevi Properties Bakal Lancar Projek Kondominium Pertama
Projek pertama oleh Trevi Properties adalah kondominium pegangan bebas terletak di Bandar Mahkota Cheras yang direka dengan teliti berdasarkan konsep Live Work Play.
Projek tersebut direka oleh arkitek yang sebelum ini pernah memenangi anugerah dan merangkul Luxury Residential Design Excellence Award di McMillan Woods Global Awards 2024.
Pelancaran projek ini dijangka akan dilakukan pada suku pertama 2025 dengan anggaran tempoh ia akan siap adalah pada tahun 2028.
Projek berkenaan akan melibatkan lebih 4.6 ekar tanah yang terdiri daripada satu menara dengan 350 unit kondominium yang direka dengan saiz sekitar 1,080 hingga 1,359 kaki persegi.
Antara kemudahan yang bakal disediakan termasuklah:
- Gelanggang badminton jenis indoor
- Trek joging
- Gelanggang bola keranjang
- Gelanggang pickleball
- Kolam renang
- Gimnasium
- Tempat barbeku
- Sky deck
- Ruang kerja seluas 1,500 kaki persegi
Selain kesemua fasiliti ini, kondominium ini juga mudah diakses ke stesen MRT serta lebuh raya utama.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.