#MAJUYOURHOMEWITHBSN: Perabot Bernilai RM50,000 Dihadiahkan Kepada 23 Para Pemenang
23 orang pemenang, termasuk dua mangsa banjir akan menerima perabot bernilai RM50,000 sempena ulang tahun ke-38 MAJUHOME Concept dan ulang tahun ke-50 BSN.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
MAJUHOME Concept dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN) teruja untuk menyampaikan 23 pemenang kempen #MAJUYOURHOMEWITHBSN dengan barangan perabot bernilai RM50,000.
Diadakan bersempena dengan ulang tahun ke-38 MAJUHOME Concept dan ulang tahun ke-50 BSN, kempen berinovatif menerusi media sosial ini memberi para pengikut peluang untuk memenangi barangan perabot dengan mengambil bahagian dalam pertandingan di TikTok.
Objektif utama kempen ini adalah untuk memberi peluang kepada komuniti bagi menghias rumah mereka dengan barangan berkualiti tinggi dari jenama perabot urban terkenal, MAJUHOME Concept.
3 Segmen Pertandingan: Bilik Tidur, Pejabat Di Rumah & Ruang Tamu
Memberi tumpuan kepada ruang kediaman yang berbeza, pertandingan tersebut dibahagikan kepada tiga segmen iaitu Bilik Tidur, Pejabat di Rumah dan Ruang Tamu, setiapnya menawarkan perabot yang unik.
Peserta terlibat dalam beberapa siri pertandingan bertema di TikTok, dengan tumpuan ke atas ruang kediaman berbeza seperti berikut:
- Bilik Tidur: 21 Oktober – 3 November 2024
- Pejabat di Rumah: 4 November – 17 November 2024
- Ruang Tamu: 18 November – 1 Disember 2024
Di samping pertandingan berkenaan, tiga bilik pameran MAJUHOME Concept telah dihias dengan hadiah yang bakal dimenangi bagi setiap ruang kediaman tersebut.
Lokasi bilik pameran termasuk MAJUHOME Concept di IOI City Mall, Putrajaya (bilik tidur), MAJUHOME Concept di IOI Mall Puchong (pejabat di rumah) dan MAJUHOME di The Curve (ruang tamu).
“Kami berbangga untuk bekerjasama dengan BSN bagi sebab yang baik ini, menyediakan perabot kami kepada rakyat Malaysia yang ingin menghias atau menaik taraf rumah mereka.
“Kempen ini bersesuaian dengan nilai jenama MAJUHOME Concept dan BSN dalam menyediakan yang terbaik buat rakyat Malaysia,” kata Naib Presiden MAJUHOME Concept, Frankie Cheng.
Mangsa Banjir Berpeluang Bina Semula Rumah Selepas Memenangi Pertandingan
Bagi sebuah keluarga yang terkesan dengan banjir baru-baru ini, kempen ini bukanlah sekadar pertandingan, tetapi peluang untuk membina semula rumah mereka.
Kemusnahan akibat banjir baru-baru ini di Kelantan menyebabkan kebanyakan perabot rosak, tetapi memenangi pertandingan #MAJUYOURHOMEWITHBSN memberi peluang untuk membina semula dan memulih rumah mereka.
“Banjir merosakkan hampir kesemua perabot kami. Memenangi pertandingan ini adalah satu rahmat, memberikan kami perabot yang diperlukan untuk berasa seperti di rumah kembali.
“Kami amat berterima kasih kepada MAJUHOME Concept dan BSN atas peluang ini,” kata salah seorang pemenang, Aishah Iskandar yang merupakan ibu tidak berkerja.
Aishah Iskandar & Soleh Nande Terima Penyertaan Cemerlang
Dua penyertaan cemerlang dalam kempen terbabit termasuk penyertaan kreatif oleh Aishah Iskandar. Menerusi pendekatan yang menarik dan inovatif, penyertaannnya berasa dekat dengan penonton sehingga video menerima lebih 11,000 perkongsian di TikTok.
Satu lagi merupakan penyertaan oleh Soleh Nande yang menimbulkan rasa sebak kerana menekankan kepentingan keluarga dan rumah, dengan lebih 9,000 perkongsian.
Untuk info lanjut dan untuk menonton sorotan kempen, layari TikTok @bsnmalaysia.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.