Now Reading
Ini Idea ‘Travel’ Untuk 5 Cuti Umum Pada 2025, Jangan Lupa Mohon Cuti Tahunan

Ini Idea ‘Travel’ Untuk 5 Cuti Umum Pada 2025, Jangan Lupa Mohon Cuti Tahunan

RedBus kongsi rancangan tarikh cuti yang perlu anda mohon untuk merasai cuti tahunan yang lebih lama pada 2025.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dengan kalendar yang penuh dengan cuti umum pada tahun 2025 akan datang, ini masa terbaik untuk merancang percutian impian anda.

Panduan ringkas di bawah ini akan membantu anda menikmati lima hujung minggu panjang dengan mudah! Apa yang anda perlu lakukan adalah memohon satu hari cuti tahunan untuk setiap cuti umum yang disenaraikan.


5 Cuti Tahunan Anda Perlu Ambil Pada Tahun 2025 & Lokasi Menarik Anda Boleh Kunjungi

Di sini kami sediakan lima idea percutian yang sesuai untuk setiap cuti umum. Antaranya:

#1. Tahun Baru Cina: 29 & 30 Januari (Rabu & Khamis)

Ambil Cuti: 31 Januari (Jumaat)

Sumber: Pahang Tourism

Daripada terperangkap dalam kesesakan ke utara sempena Tahun Baru Cina, apa kata anda pilih percutian yang lebih santai dan dekat dengan alam semula jadi di Pahang?

Terokai keajaiban hutan hujan tropika Taman Negara, yang kaya dengan flora dan fauna unik.

Anda mungkin berpeluang melihat harimau dan haiwan menarik yang lain di habitat semula jadi mereka. Untuk pengalaman yang tidak boleh dilupakan, jangan lupa menaiki perahu kayu merentasi jeram!

Kalau bertemu harimau atau menempuh jeram terasa terlalu mencabar, Pahang juga mempunyai pengalaman alam semula jadi yang lebih santai.

Di Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah, anda boleh memberi makan, memandikan, dan belajar tentang gajah Malaysia melalui sesi interaktif yang menyeronokkan.

Tidak jauh dari situ, singgah pula ke Deerland Park untuk berinteraksi dengan rusa, arnab, dan burung merak. Aktiviti ini bukan saja menarik untuk golongan dewasa, tapi juga sesuai untuk kanak-kanak.

#2. Hari Pekerja: 1 Mei (Khamis)

Ambil Cuti: 2 Mei (Jumaat)

Sumber: Wonderful Indonesia

Hari Pekerja adalah peluang terbaik untuk meraikan kerja keras anda dengan percutian yang berbaloi! Ambil cuti pada hari Jumaat dan nikmati percutian 4 hari yang santai dengan menaiki feri redBus ke Batam.

Pulau ini menawarkan gabungan antara ketenangan dan keseronokan iaitu di resort pantai yang mendamaikan. Anda juga berpeluang membeli-belah dengan pembebasan cukai.

Jangan lupa singgah di mercu tanda ikonik seperti Jambatan Barelang, rangkaian enam jambatan yang menghubungkan tiga pulau dan Nagoya Super Block untuk sesi terapi beli-belah.

#3. Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong: 2 Jun (Isnin)

Ambil Cuti: 30 Mei (Jumaat)

Sumber: Tourism Johor

Luangkan masa sempena Hari Keputeraan YDPA dengan menerokai Johor, bermula dengan lawatan ke Laman Mahkota yang menempatkan replika mahkota diraja ikonik.

Jangan lupa juga untuk melawat Monumen Kemahkotaan Johor, mercu tanda baharu yang menakjubkan di Dataran Batu Hampar.

Teruskan perjalanan anda ke arah timur ke Desaru Coast untuk percutian santai. Temui biodiversiti yang kaya melalui aktiviti memerhati burung atau sertai lawatan pendidikan di Pantai Desaru dan kolam pasang surut untuk pengalaman merasai keindahan alam semula jadi.

#4. Hari Malaysia: 16 September (Selasa)

Ambil Cuti: 15 September (Isnin)

Sumber: Sabah Tourism Board

Jadikan Hari Malaysia anda lebih bermakna dengan merancang cuti hujung minggu yang tidak boleh dilupakan. Ambil cuti pada hari Isnin dan terokai keajaiban Sabah atau Sarawak.

Hari istimewa adalah masa yang sesuai untuk memperingati pembentukan Persekutuan Malaysia, menjadikannya detik tepat untuk menikmati kekayaan warisan Malaysia Timur.

Di Sabah pula, nikmatilah keindahan semula jadi dengan melawat Taman Kinabalu, Poring Hot Spring, Ladang Tenusu Desa, dan Pekan Nabalu.

Untuk pengalaman yang teratur, pilih pakej 4H3M Kota Kinabalu dan Kundasang yang tersedia di redBus.

Jika Sarawak menjadi pilihan anda, jangan lepaskan peluang melawat Kampung Budaya Sarawak atau menerokai taman negara yang indah dan mercu tanda ikonik negeri ini, seperti Patung Kucing terkenal di sepanjang Kuching Waterfront.

#5. Hari Krismas: 25 Disember (Khamis) 

Ambil Cuti: 26 Disember (Jumaat)

Sumber: Resorts World Genting

Malaysia menyambut Krismas di bawah sinar matahari, jadi mengapa tidak melarikan diri ke udara sejuk di Genting Highlands untuk sambut percutian ini?

Resorts World Genting terkenal dengan transformasinya menjadi Winter Wonderland yang magikal pada hujung tahun, menawarkan aktiviti unik setiap musim untuk menarik pengunjung.

Dengan laluan bas ke Genting, perjalanan ke sana menjadi lebih senang. Sementara di situ, nikmati juga keseronokan di Genting Skytropolis Indoor Theme Park, atau naik gondola (kabin) yang menawarkan pemandangan menakjubkan.

Perancangan percutian anda menjadi lebih mudah dengan redBus. Nikmati perjalanan yang senang dengan tempahan bas dan feri lebih awal, dan terokai ‘Things to Do’ untuk menempah tiket ke tarikan dan lawatan dengan mudah.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd