Serba Wangi Lancar Kempen Sejati & Produk Red Rice Mix Thai Hom Mali
Serba Wangi mengumumkan bahawa ia akan menyumbang bekalan beras selama setahun kepada 30 rumah kelainan upaya, bersama wang tunai sebanyak RM300,000.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Serba Wangi Sdn Bhd dengan bangganya mengumumkan pelancaran kempen tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) terbaharu mereka, Sejati, bersama pengenalan produk baharu di bawah jenama Songhe, Red Rice Mix Thai Horn Mali.
Inisiatif ini dilihat dapat mengetengahkan lagi komitmen syarikat terhadap menyediakan platform sokongan moral kepada masyarakat selain menawarkan produk makanan berkualiti tinggi.
Acara ini turut dihadiri oleh Yang Berusaha Puan Nordina Binti Haron, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Kebajikan Negara, sebagai tanda sokongan beliau terhadap inisiatif ini.
Serba Wangi Sumbang Bekalan Beras Selama Setahun
Kempen Sejati, yang dibawa khas oleh JATI Foundation, komited untuk menyokong komuniti masyarakat kelainan upaya dengan menyediakan sumber dan peluang pekerjaan.
Serba Wangi dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia akan menyumbang bekalan beras selama setahun kepada 30 rumah kelainan upaya, bersama sumbangan wang tunai sebanyak RM300,000.
Inisiatif ini mencerminkan dedikasi Serba Wangi dalam usaha untuk berkongsi sinar dalam kehidupan mereka yang memerlukan.
Untuk memperluaskan jangkauan kempen ini, Serba Wangi telah menyediakan platform Google Form di mana individu yang memerlukan boleh memohon bantuan.
Setiap permohonan akan diteliti bagi memastikan bahawa mereka yang benar-benar memerlukan bantuan tidak dipinggirkan.
Bersempena dengan pelancara kempen ini juga, Serba Wangi turut mengambil kesempatan untuk meraikan pelanggan setia mereka melalui majlis penyampaian hadiah untuk kempen ‘Beras Habis? Hati Supply’, di mana sepuluh pemenang akan menerima bekalan beras seumur hidup sebagai tanda penghargaan.
Produk Baharu Gabungan Beras Merah & Aroma Beras Thai Hom Mali
Selain itu, Serba Wangi turut memperkenalkan beras baharu jenama Songhe iaitu Red Rice Mix Thai Hom Mali, yang menggabungkan rasa lazat beras merah dengan aroma wangi beras Thai Hom Mali.
Pilihan yang lazat dan berkhasiat ini adalah sempurna untuk pengguna yang mementingkan kesihatan. Adalah menjadi misi utama Serba Wangi untuk memberikan beras yang kualiti tinggi kepada para pelanggan.
Kempen Sejati dan pelancaran Red Rice Mix Thai Hom Mali yang baharu ini secara tak langsung mencerminkan visi Serba Wangi untuk mencipta perubahan positif dan meningkatkan kepelbagaian pilihan beras yang berkhasiat kepada para pelanggan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi info@malaysiarice.com.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.