Now Reading
Joybean & 7CAFé by 7-Eleven Tawar Soya Segar Untuk Orang Ramai

Joybean & 7CAFé by 7-Eleven Tawar Soya Segar Untuk Orang Ramai

Joybean mengembangkan perniagaan susu soya segar dan puding popularnya mereka di 7CAFé by 7-Eleven seluruh Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Joybean, jenama popular yang dikenali dengan minuman dan snek segar berasaskan soya kini teruja untuk mengumumkan perkongsian baharu mereka dengan 7CAFé by 7-Eleven, tepat ketika sambutan Hari 7-Eleven.

Pelancaran ini sekaligus memperkenalkan susu soya segar dan tiga puding susu soya berperisa asli, coklat dan strawberi.

Diperbuat daripada kacang bukan GMO dari Kanada, pelancaran ini merangkumi misi Joybean untuk berkongsi kegembiraan melalui minuman dan makanan ringan berasaskan tumbuhan yang sihat.

Dengan setiap teguk susu soya dan puding ini, Joybean memberikan rasa nostalgia kepada pelanggan dengan mengimbau semula kenangan ketika zaman kanak-kanak mereka.

Kesegaran setiap produk dijamin dan memastikan pengalamannya berbaloi dengan setiap pembelian.

Senior General Manager Berjaya Jollibean (M) Sdn Bhd, Luis Daniel.

Joybean Kembangkan Perniagaan Di 7CAFé by 7-Eleven

Joybean, salah satu jenama terkemuka Berjaya Food Berhad (BFood) kini sedang mengembangkan perniagaan di 7CAFé by 7-Eleven dan ia merupakan salah satu peristiwa penting bagi strategi pertumbuhan BFood.

Walaupun produk sedia untuk diminum (RTD) dan sedia untuk dimakan (RTE) Joybean sudah tersedia di kedai 7-Eleven, pelancaran produk ini membolehkan Joybean membawa tawaran kepada 500 buah cawangan 7CAFé by 7-Eleven.

Langkah ini membolehkan BFood memanfaatkan permintaan yang semakin meningkat di Malaysia untuk pilihan berasaskan tumbuhan yang berpatutan, berkhasiat, menyediakan akses mudah kepada produk berasaskan soya yang lazat untuk pengguna.

Dapatkan susu soya segar dengan hanya RM3.90 secawan serta pelbagai puding pada harga RM3.50 sahaja.

“Memandangkan pilihan pengguna beralih ke arah alternatif berasaskan tumbuhan yang mesra poket, kerjasama kami dengan 7CAFé by 7-Eleven mewakili satu peristiwa penting bagi kami. Perkongsian ini sejajar dengan komitmen BFood untuk membawa penyelesaian makanan dan minuman yang sihat dan inovatif kepada pengguna global kami.

“Dengan nama 7-Eleven yang terkenal dan rangkaian yang luas, kami yakin Joybean akan menjadi jenama pilihan bagi sesiapa yang mencari pilihan berasaskan tumbuhan, sama ada ianya sebahagian daripada rutin harian mereka atau minuman ringan,” Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berjaya Food Berhad, Datuk Sydney Quays.

“Di 7-Eleven, kami komited untuk menawarkan pelanggan kami pilihan mampu milik yang sesuai dalam kehidupan seharian mereka. Bekerjasama dengan Joybean dan BFood membolehkan kami menyediakan susu soya dan puding lazat yang boleh diakses oleh semua orang.

“Pelancaran pada 7-Eleven Day menjadikan kerjasama ini lebih istimewa, kerana kami meraikan pelanggan dengan pilihan baharu yang memenuhi cita rasa dan bajet.

“Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Joybean bagi mencipta standard kemudahan dan kualiti baharu di kedai 7CAFé by 7-Eleven di seluruh negara,” kata Pengurus Besar Jaminan Makanan & Kualiti Segar 7-Eleven Malaysia, Jason Koven.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk terbaharu dari Joybean ini, boleh klik [DI SINI].


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd