Now Reading
Safi Perfect White Tampilkan ‘Sunscreen’ Pertama, Siap Ada Asid Glikolik & Niacinamide!

Safi Perfect White Tampilkan ‘Sunscreen’ Pertama, Siap Ada Asid Glikolik & Niacinamide!

Pelindung Matahari Safi Perfect White 3X Advance Brightening SPF 50+ PA++++ mampu untuk memberikan keserasian ideal antara pencerahan dan perlindungan kulit daripada sinaran matahari.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Malaysia mengalami sinaran matahari sepanjang tahun dan ia secara tidak langsung telah menyebabkan kerosakan UV yang berpanjangan dan agak membimbangkan. Kerosakan ini juga boleh mengakibatkan bintik hitam, penuaan pramatang atau pigmentasi serta tona kulit yang tidak sekata.

Safi telah membuat kajian terperinci untuk menghasilkan produk yang unik bagi melindungi kulit daripada sinaran UV dan membantu mencerahkannya pada masa yang sama.


Safi Malaysia Lancar Pelindung Matahari Pertama Dalam Rangaian Safi Perfect White

Oleh itu, Safi Malaysia telah melancarkan inovasi baharu dalam penjagaan kulit dengan menjadikan Pelindung Matahari Safi Perfect White 3X Advance Brightening SPF 50+ PA++++ sebagai pelindung matahari pertama dalam rangkaian Safi Perfect White yang menawarkan wanita di Malaysia dengan perlindungan dan penjagaan kulit dalam satu langkah mudah.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Pelindung Matahari Safi Perfect White 3X Advance Brightening SPF 50+ PA++++ yang memberikan 100X Vitamin C, diekstrak daripada Kakadu Plum, boleh menembusi lapisan dalam kulit hingga lapisan paling dalam epidermis kulit untuk mengurangkan bintik-bintik hitam yang ketara serta mencerahkan kulit.

Ia juga diperkaya dengan dua bahan istimewa iaitu Asid Glikolik yang membantu mengelupas sel kulit mati dan mempercepatkan pembaharuan sel dan juga adanya Niacinamide bagi mengurangkan pigmentasi untuk tona kulit lebih sekata.

“Kita sebagai warga Malaysia sering terdedah kepada sinaran matahari setiap hari dan ia boleh menjejaskan kesihatan kulit kita,” kata Pakar Jenama dan Penyelidikan di Wipro Unza (Malaysia) Sdn Bhd, Kazlina Kassim.

“Safi Perfect White Sunscreen dihasilkan untuk memberikan perlindungan matahari yang lengkap dan pada masa yang sama ia boleh menyerikan kulit. Kami ingin memberi pelanggan kami produk yang membantu mencerahkan dan menyerikan kulit mereka sambil melindungi daripada sinaran UV yang memudaratkan kulit,” jelasnya.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Kelebihan Pelindung Matahari Terbaharu Dari Safi Malaysia

Pelindung Matahari Safi Perfect White 3X Advance Brightening SPF 50+ PA++++ memberikan perlindungan yang menyeluruh dengan SPF 50+ PA++++ bagi melindungi kulit anda daripada sinaran UVA dan UVB yang berbahaya.

Ia turut membantu mencegah kulit menjadi kusam akibat pendedahan matahari yang berpanjangan.

Formula yang ringan dan tidak berminyak ini tidak meninggalkan kesan putih dan memberikan perlindungan yang tahan lama di samping membantu mencerahkan kulit.

Pelindung Matahari Safi Perfect White 3X Advance Brightening SPF 50+ PA++++ adalah ideal untuk kegunaan harian dan sesuai untuk semua jenis kulit.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Ia boleh didapati pada harga yang mesra poket iaitu RM19.90. Kini, anda boleh melakukan aktiviti luar dengan yakin tanpa risau akan keselamatan dan kesihatan kulit anda.

Ia boleh didapati di semua farmasi dan peruncit kecantikan terkemuka termasuk Watsons, Guardian, dan kedai dalam talian seperti TikTok, Shopee dan Lazada.


Safi Perfect White Anjur Aktiviti Menarik Sempena Pelancarannya

Sempena pelancaran Safi Perfect White Sunscreen, satu roadshow baru-baru ini telah diadakan di Premier Terrace @ Lot 10 dengan tema ‘Dome of Defense: Under Our Protective Dome‘ yang menawarkan pengalaman unik dengan menekankan kepentingan penggunaan pelindung matahari.

Pengunjung berpeluang menikmati sampel produk, tawaran eksklusif serta menyertai aktiviti menarik seperti membuat gelang telefon DIY dan bergambar di gerai foto untuk menyimpan kenangan indah.

Pelindung Matahari Safi Perfect White 3X Advance Brightening SPF 50+ PA++++ sebagai pelindung matahari pertama dalam rangkaian Safi Perfect White

Sebagai sebahagian daripada acara ini, beberapa influencer turut dijemput untuk menyertai Jelajah KL Bersama Safi Perfect White di mana Safi menghiasi Hop On Hop Off Bus Kuala Lumpur dan menjelajah beberapa mercu tanda utama di Kuala Lumpur seperti KLCC, Istana Negara, Dataran Merdeka, dan Menara Kuala Lumpur.

Ia sekaligus membantu mempromosikan dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pelindung matahari.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd